Home > Whatever > [E] Bias

[E] Bias

Beberapa kali aku ke hospital bawa Aimi, mesti ada orang tanya “Baby boy ke?”. Aku tak kisah pun soalan tu sebab Aimi memang tak nampak girlish dengan rambut botaknya & baju robot dia tu. Pakai je baju apapun, dia bukan tau kan?

Tapi jawapan dorang bila aku jawab, “Girl” tu yang aku nak pertikaikan.

“Tak apalah baby girl.. janji sihat”

Aku macam EHHHHHHH tak best ke baby girl? Baby boy je ke yang bagus? Agaknya kalau aku jawab baby aku boy, mesti dia jawab “eeee bestnye baby boy!”

Macam ko tanye result UPSR budak darjah 6 la..

“Dapat berapa A?”

“3A”

“Tak apalah 3A.. janji lulus”

Kan?

Ni bukan sekali, tapi dah berkali-kali dapat jawapan yang macam tu.

Sian kita budak pompuan ni.. rupa-rupanya ada sesetengah orang lebih suka dapat anak lelaki berbanding pompuan.

Mungkin dorang harapkan anak lelaki sebab nanti boleh menjaga keluarga bila dah besar.

Eh, zaman dah berubah kot. Anak pompuan pun boleh diharap menjaga keluarga juga. Pompuan pun ramai dah bekerja & boleh bagi duit belanja kat makbapak. Dahlah dari kecik dilatih tolong Mak buat  kerja rumah.. dah besar nanti bole ambil alih tugas mak kat umah. Kan?

Anak lelaki pula disuruh dok depan ngadap tv @ main komputer 24 jam. Macam tu nak diharap menjaga keluarga bila dah besar? Bagussss sangatttt.

Patutnya kene adil. Kalau suruh anak pompuan basuh pinggan, suruh anak lelaki tu sidai kain.

PS: Anak sedare aku yang lelaki si Ashraf tu, darjah satu dah disuruh sidai kain. Tolong Mak aku masak pun rajin. Dan tak, dia bukan lelaki lembut.

Categories: Whatever
  1. December 28, 2011 at 9:09 PM

    As salam..
    Idot mmg impian semua org nk dpt anak lelaki ttpi klu dh ditakdirkn dpt anak pompuan pun ape salahnya. Itu rezeki Tuhan. Sebagai ibu & bapa pastikan kite didik dgn nilai-nilai ISLAM & IMAN. Klu anak lelaki tetapi tk taat pd Allah bt pa?? Begitu juga pompuan. Yang penting pastikan anak-anak kite bila dh besar nnti mjd anak yg taat pd perintah Allah dan Rasul dlm masa yg sm taat juga kpd kedua ibu & bapanya. Tk gitu idot..

    Kite sbg ibu & bapanya bagilah contoh2 teladan yg baik seperti yg dipertonton & diajar oleh Rasullullah pasti anak2 kite bile dh besar nnti ingt kite smpi die MATI..

    Sekian. Terima kasih.
    Wassalam.

  2. December 30, 2011 at 12:25 PM

    Tula,aku ada gak tegur wife aku sebab suka sangat dapat anak laki.Aku cakap esok2 kalo dapat anak pompuan, jangan dibezakan keduanya.Best example aku bagi ialah mak aku.Mak aku tak penah bezakan mana2 anaknya tak kira laki pompuan,sulung ke bongsu.Tapi ayat “Tak apalah baby girl.. janji sihat” memang sentap sungguh.Kenapa impian nak anak laki?Agaknya sebab fikir jaga anak laki senang,tu sebab bebudak laki sekarang banyak perangai ntah hapa2 banding pompuan.Patutnya jaga anak laki susah sebab laki bakal jadi pemimpin.Tak kira laki ke pompuan, kalau soleh solehah, doa dia tetap diterima bila kita dalam kubur ye tak?

    • January 4, 2012 at 6:46 PM

      Sentapppp akak. Haah kan.. didik anak jadi soleh so dat ada org akan doakan kita bila dh mati nanti tu yg penting

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: