Home > Tips, Whatever > [E] Review: Bersalin di KPJ Kajang

[E] Review: Bersalin di KPJ Kajang

Aku dah lama nak tulis ni sebenarnya, tapi asyik lupa. Busy pun ye juga. Entry ni bukan nak promot KPJ Kajang, dorang tak bagi sesen pun kat aku. Caj bil mahal lagi, ada. Haha. Ok here goes..

Checkup doktor

  • Aku paling suka jumpa doktor kat sini sebab tak pernah kene marah. Yang buat checkup kat aku Dr Rasliza, tapi time aku nak dekat bersalin tu dia pergi haji so Dr Mashita ganti kejap. Doktor baik, tak over peramah & tak menakut-nakutkan macam asyik-asyik bagi nasihat “You kena makan ini.. jangan makan itu.” Bosanlah doktor camtu
  • Dengar cerita, doktor O&G yang paling otai kat sini ialah Dr Bala tapi Win kate lebih baiklah kalau doktor pompuan yang sambut baby. So aku ikut jelah. Aku dah pernah jadi patient Dr Bala, mase miscarriage dulu buat D&C dengan dia. Memang terer. Takde complication apa pun, lepas D&C sihat walafiat terus & masih ingat lagi Dr Bala kata lepas D&C tu, “Tak payah pantang. You boleh makan dari KFC sampai ke McD.” I LOIKE
  • Tiap kali checkup memang akan scan perut so seronok la jugak tengok orang dalam tu tendang-tendang. Pastu doktor print bagi kat aku buat kenangan. Macam tau-tau je kami eksaited sebab anak first heh..

Labour Room

  • Cantik giler. Warna apa kau suka? Pink? Purple? Baby Blue? Mintak je nak bilik wallpaper kaler apa (kalau time tu banyak pilihan lah). Labour room tu ada single bed, tv and dedicated CTG (untuk check degupan jantung baby).
  • Tapi cuma suami je dibenarkan masuk jadi tak payahlah aku tepon mak ayah, mertua & ipar duai datang mase nak bersalin tu.. bukannya boleh masuk pun.
  • Tapi kalau rase-rase cam nak cepatkan contraction, tak payah beranganlah nurse nak bagi kau keluar dari labour room tu. Dok situ sampai beranak. Nak jalan pun dalam tu saja.
  • Ade wifi so kalau rase nak update status fesbuk dah bukaan brape cm senang.
  • Tenang je dalam bilik tu, selagi tak ada orang menjerit lah. Kebanyakan kat sini pakai epidural so dorang rileks-rileks je. Orang kaye beb, sanggup bayar epidural kat sini = Rm900.

Nurse

  • Baik hati, cantik, peramah, berbudi bahasa & paling penting ialah tak marah tak tentuhala.
  • Masa aku sakit contraction tu dorang datang tengok tiap 10minit. Check CTG. Kalau nak kencing, dorang bawakan besen besi tu. Nak makan tak boleh sebenarnya, tapi nurse tu baik jadi die bagi juga & pesan jangan bagitau doktor. Aku lapar, dahla nak simpan tenaga nak push.. haha.
  • Nurse datang check lepas bersalin pun bagus. Aku bodoh je cakap, “Saya tak tahu camane nak tukar diapers baby” dengan senang hati dia ajar. Tukar diapers baby girl susah sket ok.. ade teknik2 tertentu – dari depan ke belakang. Kalau baby boy senang, ko cuci mana hala pun takde infection risk. Tak pandai susukan baby pun, dorang ajar. Time aku first time nak tukar maternity pad (sebab hospital pakaikan yang tali, aku tak tahu nak bukak camana), nurse pun offer nak tolong tukarkan pad. Tu yang aku sayang tu.
  • Again, aku suka nurse kat sana. Yang muda comel lote, yang berumur tak ramai haha. Yang berumur ni slalu otai marah-marah kot.

Ward Bersalin

  • Aku amik pakej double bed sebab single bed dah penuh. Ok what double ni, katil sebelah tu aku book tuk Win dengan extra caj RM50 jek. Selesa Win nak tido.
  • Rooming in memang digalakkan kat sini sebab nanti baby & mom bonding bagus sket. So bole mintak nurse bawa baby nak tidur sama kat wad. Aimi masa tidur kat katil aku die muntah kahak, banyak plak tu. terpaksalah kami berhimpit-himpit tidur huhu sebab nak elak space yang kene muntah.
  • Makan biasalah.. kita pilih nak menu apa dari borang dia bagi tu.
  • Complete dengan flask air so tak payah susah2 bawa dari rumah.

Kesimpulannya, aku memang suka servis kat KPJ Kajang ni. Pengalaman bersalin pun tidak menakutkan untuk first timer macam aku.

Terima kasih Felda kerana membayar 80% dari bil hospital saya! Saya mesti pilih!

Categories: Tips, Whatever
  1. Nurul
    February 3, 2012 at 2:12 PM

    wow best nya edot..berapa rege total? mcmana nak mintak Felda sponsor? heee..husband aku anak felda..boleh xdpt?heeee…

    • February 3, 2012 at 2:48 PM

      total 2680 hukhukhuk. tu tanpa sebarang painkiller la tapi. harga pakej double bed. kalo single 2888* kot.

      felda sponsor sebab laki aku keje kat felda prodata hohoho. anak felda aku tak sure la plak. cer try tanye😛

  2. February 3, 2012 at 2:37 PM

    dapat sponsor bestnya..gunakan sehabis baik..huhu

    • February 3, 2012 at 2:49 PM

      haah, sponsor kate limit tuk 5 anak pertama. tapi mampuuu ker nak beranak banyak? dahlah beli rumah kecik ketot haha

  3. November 8, 2012 at 12:29 AM

    setuju, isteri sy br deliver kat sini, company sy sponsor 100%, memula nk piley princecourt tp mcm mak tak suke, pastu pilih KPJ mmg tak nyesal, bini saya checkup dgn dr rasliza n die yg sambut lahir, dr rasliza mmg tebaik, cool je die xpenah marah, byk buat lawak lak masa baby nk kuar, bini dh berkerut gila sakit, hahaha…nurse semua ramah giler, kami tak pegi atenatal class so mmg blur2 hanjin bab jaga baby n nyusukan, nurse sanggup ajar smp berejam2 walaupun dah pukul 2 3 pagi. nk jaga baby? tak payah serahkan pada nurse, diorang aja yg tuka lampin check suhu bagai, huhuhuhu…masa nk discharge byk pulok dpt hadiah dr KPJ…kesimpulannya, walaupun mahal mmg worth…cuma la ni nk checkup baby plak, tp company tak cover lg, tgh berkira budget, agak2 cik puan tau tak brp rate die?

    • November 9, 2012 at 10:00 AM

      checkup?

      saya amik shot vaccination tuk baby je.. depend kepada harga shot tu sendiri & kos consultation doktor. sy dengan Dr. Asmuni Yahya.

      sy pun bayar dulu, then suruh dia buat detail breakdown of the vaccines name so dat saya boleh cuba claim dari kompeni saya punye ING insurans. hihi😛

  4. RIna Hamid
    April 4, 2013 at 11:16 AM

    bagus info ni..insya Allah sy pun nak plih kpj kajang sbb tu je option agak dekat..

  5. Rohayah Ahamad
    June 13, 2013 at 9:17 AM

    KPJ Kajang mmg pilihan saya….sentiasa dihati….nurse dan doktor sgt2 helpful n baik…bersalin kt situ, check up tiga2 anak pn sma kt situ…..thx KPJ KAJANG FOR YOUR SERVICE

  6. Alina
    November 3, 2013 at 5:17 PM

    …sy ngah tunggu ari je nak besalin nie…bile baca komen2 di atas lega rasenya..x lah rase takut sggt….tq for the info…

    • December 4, 2013 at 4:23 PM

      selamat bersalin! semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti

  7. December 4, 2013 at 4:04 PM

    Tq for entry yg sgt mmbantu..bbrpa hari ni dukla google mncari hospital yg terdekat ngn rumah..duk nilai so blur nk g hosp mana..ingat nak try annur tp dr hasil servey mcm x memuaskan..hsbnd suh kpj kajang je abb anak 1st kpj ampang putri..so sng da tau prosedur kpj ni mcm lbh krg.. Btw baca nye baca terkwjut sbb husbang edotz keje prodata..saya pun staf prodata dlu..tp da sthun lebih resign..dkt 9 tahun gak la kt situ..

    • December 4, 2013 at 4:07 PM

      ala teha, kita pernah jumpa & dah banyak kali pun😀

      On Wed, Dec 4, 2013 at 4:04 PM, W.E CHRONICLES

      • December 4, 2013 at 4:12 PM

        Ya Allah org punyala kaji entry2 lama eia ni sbb nak tau sapekah gerangan encik win tu..baru je junpa kat entry psl diet tu..kekeke..bace yg lain2 mcm da dpt tgkap sbb tgk nama aimi,,edotz..mcm familiar …alahai… Malu kite..hehehe…org dah 9 ++ ni tp x g cek lg…blur nak refer mana..nsb la jumpe entry ni..mcm best jer doc tu..heheh

    • December 4, 2013 at 4:21 PM

      oh dah nak terberanak la ni. tuk pengalaman beranak yang dulu memang ok hospital ni. and luckily tade komplikasi sangat so kejap je dok hospital 2 hari 1 malam ikut pakej hari weekdays biasa. kalo weekends, mahal sket bil nye😛

      selamat bersalin! semoga dipermudahkan segala urusannya nanti.

  8. December 4, 2013 at 4:21 PM

    oh dah nak terberanak la ni. tuk pengalaman beranak yang dulu memang ok hospital ni. and luckily tade komplikasi sangat so kejap je dok hospital 2 hari 1 malam ikut pakej hari weekdays biasa. kalo weekends, mahal sket bil nye😛

    selamat bersalin! semoga dipermudahkan segala urusannya nanti.

    • December 4, 2013 at 4:26 PM

      Eh no..baru 9 minggu ++ ..heheh.. Wa untungnye jap je kt hosp.. Org dlu 5 hari gak la..total kos yg 1st tu 12k..2k gakla kene byr cash mase nak resign dlu tu..sobsob…

      • December 4, 2013 at 4:27 PM

        laaa, ingat 9bulan~! lol.

        alhamdulillah aritu bersalin x banyak ragam. ngam2 ikut pakej, painkiller pun aku tak amik. tu yang risau nak beranak lagi ni, sakit yang lama pun masih ingat! hahaha

  9. Zai
    January 1, 2014 at 1:01 PM

    Pengalaman buruk kami bermula bila anak kami masuk nursery di kpj kajang due to complications. Doktor dah advice, 3k for normal and 7k for cezar. Saya simpan cash 8k dan bil bersalin 6.5k settle…no problem. Tiba2 ada staf dtg suruh bayar deposit 4k utk anak. Tak ada request form, nothing….just verbal and terus blah je. anak sy yg pertama after 4 yrs, ulang alik ke kpj dgn isteri yg susah nak jln dgn parking yang sgt2 teruk kat kpj dgn anak kat nursery, duit yg belum ada kat tangan, byg la tension saya. Duit ada, cuma kena pecah fd kat bank. Sy tanya pasal current bill kat accts only 1.2k so sy bayar duit 1k yg ada kat tangan dulu. Plan tinggal isteri sy kat nursery and sy settle keje bank. Budak tu ternampak isteri sy kat lobi and her words in public ‘awak belum bayar duit 4k, byr cepat’ dan terus blah lagi. On the way sy hantar isteri ke nursery dia complain kat saya. Dia dah mula risau. Saya dah mula marah. Anything citer la ngan saya. On the way to the bank, budak tu call saya mintak duit lagi. Saya tegur dia pasal cara dia layan isteri saya….dia marah and bising kat saya and I shouted back. Saya terus byr bal dep 3k dan naik nursery, dia ada kat situ lagi. Dia bising kat sy dlm nursery questioning me bila dia rude ngan saya. Sy dah tak bole ckp sbb marah sgt dgn kat dlm nursery tu sy tak nak bising. Saya ckp dia tak tau hormat manusia and suruh dia ‘get out of my face’ and that’s when kata2 yang paling menyakitkan keluar dari mulut dia di depan nurse2 and my wife. The words: ‘Kalau tak ada duit, cakap sajalah, lain kali jangan datang sini’ dan mcm biasa, terus blah lagi. My wife dah mula nangis.

    Total bil 11k. Pengalaman ??

    My cousin bersalin kat hospital kajang dgn cezar dan anak duk kat nursery 5 hari.

    Total bil RM387.00. Pengalaman ‘indah’ katanya.

    • January 1, 2014 at 5:55 PM

      Ya Allah, teruknya layanan nurse situ kat your family.
      Kalau saya kena mcm tu memang x pegi dahla. Ada option lain banyak kat selangor ni, semoga next time you and your wife dapat layanan elok drpd hospital lain kelak.
      Maybe nasib saya agak baik sebab baby masa tu takde complication and bayar pon guna GL felda je. Sebab tu sy x rasa apa korang rasa.

      Dengar cerita KPMC pon elok.

      • syaz
        March 4, 2014 at 2:54 PM

        Boleh tye, mase checkup dgn dr rasliza tu, awk byr kos checkup or gune gl felda jugak..? Tq😉

      • March 4, 2014 at 8:47 PM

        Checkup saya bayar sendiri the first 7 months. Kos consultancy dalam 60 and then depends apa ubat n vitamin yg doktor bagi bulan tu. Hope it helps

        On Tuesday, March 4, 2014, W.E CHRONICLES wrote:

        >

  10. March 4, 2014 at 8:39 PM

    First 7months saya bayar sendiri. Kos checkup – Consultation rm60 rasanya masatu, yg lain depends kat ubat n vitamin yg doktor bagi.

    • syaz
      March 5, 2014 at 8:45 PM

      Then after 7mths gune gl? So each time checkup juz bw gl? Hehe.. tq😉

  11. Aly
    May 9, 2014 at 12:40 PM

    hi nk tanya.. mcm mna nk daftar pregnancy check up kt kpj kajang tu ek?

    • May 11, 2014 at 8:22 AM

      Lps 8-10 minggu jmp dr obgyn kat kpj je

  12. Wawa
    May 21, 2014 at 12:11 PM

    Salam,nak tanya. Bagi injection yg baby bakal terima mcm Hep B,++ sume tu include dlm package deliver yg kite amik ke? Rate utk normal deliver skrng about rm2600++ kan?

    • May 21, 2014 at 7:29 PM

      Dlm bil x nampak plak kos tuk hep B .. Rasanya dah termasuk kot. Or baik confirm dgn hospital sbb skrg maybe dah lain

    • July 17, 2014 at 5:53 PM

      Yes

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: