Home > aimi, Shoutout > [E] Apa khabar

[E] Apa khabar

Aku dah kembali bekerja hujung bulan 1 aritu. First day sampai kat bangunan ofis, aku lupa mana floor yang project team aku duduk? Wing mana? Sebab kompeni ni sewa ofis level 3, 4 & 5 so aku memang confuse gile mase tu mana aku nak tuju. Nasib baik aku jumpa jugak last-last.

First day kawan-kawan ofis tengok aku, dorang kata aku kurus!! Siap tanya tips. Bwahahaha.. sapa kata orang lepas bersalin akan menjadi gemuk? Memang boleh kurus ok. Ekceli taklah kurus sangat tapi at least aku dapat ideal weight. Dulu aku underweight.

Aku raselah, boleh kurus cepat kalau mase pregnant tu berat badan naik ikut yang dicadangkan. Masa hujung-hujung pregnant berat dalam 62kg, ni baru jap tadi aku timbang berat badan.. sekarang 52.9kg. Seluar jeans longgar & londeh sudey.

Lagipun masa aku pregnant tu, bulan puasa – aku puasa penuh tolak lima hari HAHAHA. Sebab demam & termuntahkan sahur. Masa awal-awal tu muntah tiap hari jadi berat turun 2kg.

Mase berpantang plak memang Mak aku tak bagi tambah nasi. Tak boleh makan makanan berlemak & bersantan. Bertungku & paling penting pakai bengkung ketat-ketat. Ni pun dok pakai lagi korset waktu siang pergi ofis – sebab tu la nampak slim kahkahkah.

Aimi plak kat neseri macam ok aku tengok. Masa dia kat sana aku tak tahulah macam mana, tapi bila aku ambil dia petang-petang tak comot lah. Dah mandi, tukar baju, cikgu tolong potongkan kuku, urut perut sebab kembung.

Manalah tak kembung, malam-malam dia tidur dari maghrib sampai subuh taknak bangun minum susu. Dulu aku kejut gak soh minum tapi dia boleh menangis sebab aku kacau dia tidur & die tak mau minum! Fenin la akakkkk~ Mak aku kate, biarlah dia tidur.. kalau dia lapar dia mintaklah susu. Tapi best gak wey, sekarang aku boleh tidur lena sebab dia tak meragam malam. Baik aku enjoy saat ini sebelum dia pandai buat hal.

So kepada yang wish aku “selamat berjaga malam…”… your wish didn’t come true – yet. HAHA.

Tadi cikgu nursery Aimi kata yang dia tanak susu badan yang aku bekalkan, dia nak susu tepung Anmum yang aku spare dalam beg dia in case aku punya bekalan susu tak cukup. Haihlah anak~

Aku ni usahalah perah susu setakat ada. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang orang tua-tua kata. Harini perah, esok minum. Susu tinggal sebelah je ni, punyalah susah hati. Besar sebelah plak tu, tak belen! Eeeeee~ Aku dah minum susu soya Melilea, telan habatussauda, minum air banyak2.. adalah sikit peningkatan. Tapi budak ni tak nak pulakkkk ah sudah.

Win pula bolehlah diharap jaga anak. Pandai mandikan, tukar lampin & pujuk2 sikit. Aku cakap terus-terang, tak pernah terlintas kat fikiran aku pun yang Win nak buat semua ni. Soh goreng telur pun dia guna microwave.. inikan tukar lampin anak kan?

Tapi nampaknya aku silap. Win boleh buat semua yang aku tak bajet dia boleh buat. Tulah, tak baik tau prasangka buruk kat orang😛

Keep it up, Papa!

Be a good girl, Aimi!

Categories: aimi, Shoutout
  1. February 15, 2012 at 12:14 PM

    Win dah lama bersedia jadi papa..hehehe

    • February 16, 2012 at 10:00 PM

      tak jugak.. sebab dia yg rancang nak lambat jadi papa. haha

  2. hanisakura
    February 16, 2012 at 11:53 AM

    goreng telur gune microwave??!! watdehek!!

    • February 16, 2012 at 11:56 AM

      Haaa.. tere kan Win? goreng telur mesti guna mikrowave. 1minit dh siap. masak megi of koz la die gune mikrowave jugak😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: