Home > Shoutout, Tips > [E] Cerita insuran kereta

[E] Cerita insuran kereta

Oii, lupa nak cerita pasal insuran kereta.

End of this March, insuran Si Putih dah nak mati so Win check kat ISM nak tengok nilai NCD insurans tu. Supposedly NCD = 55% lah sebab tak pernah claim apa-apa. Sekali tengok 0%!!!! FUUUUUUU~

Nak tau kenapa boleh jadi mcm ni?

Masa Jun 2011, Si Putih kene langgar dengan motor (kita panggil dia Motor A) yang dilanggar oleh satu lagi motor (kita panggil Motor B). Si Putih mestilah cedera, dia bukan dibuat daripada besi tahan remuk. Motor A marah Motor B sebab langgar dia, then Motor B mengaku bersalah dan nak setel kat balai polis – bayar saman RM300. Dia tak cedera pun & motor dia pun tak teruk. Ok fine.

Sapa nak bayar kos repair Si Putih?

Aku try buat third party claim through my insurance company (Allianz), yakni buat tuntutan kat insuran motor tu. Apparently, kereta TAK BOLEH claim insuran motorsikal. Kereta tak boleh claim insuran bas, lori & semua pengangkutan awam. Mampos.

Win pun dengan baik hati menggunakan duit bonus beliau membayar kos ketuk & cat semula Si Putih. Kesian Win, bukan salah dia pun tapi dia plak kene bayar kos repair. Tu yang buat aku tambah sayang kat Win tu.

Insurance company aku dapat tau yang this accident involving a motorcyclist, diorang reset NCD aku jadi 0% without even bother to send me any notice.  Nak duit pandai, bagi duit tak mahu!

Bila aku call tanya WEY APESAL KAU RESET NCD INSURAN AKU? AKU TAK CLAIM SESEN PUN? Allianz kata, “Polisi dah stated kalo eksiden dengan motor, NCD akan reset 0% sebab ada polisi untuk motor tu buat tuntutan kecederaan & kerosakan motor.” Polisi molisi.

Kurang assam sangat kan? Padahal mana ada Motor B buat apa-apa tuntutan pon.

Aku tanyalah, habis tu macam mana aku nak dapat balik NCD tu? Allianz soh buat rayuan. RAYUAN? ehh aku plak kene merayu padahal bukan salah aku. Akulah mangsa dalam hal ni! &^%$%#$^&

Mula-mula dia kata, buat surat kata Motor B takkan buat tuntuan. Cari Motor B dan suruh dia sain. Kejadah aku simpan nombor tepon Motor B sedangkan dia dah mengaku salah & bayar saman kat polis?

Prosedur rayuan plak leceh. Allianz soh buat Surat Sumpah kata yang Motor B takkan buat tuntutan sebab dia tak cedera & attached skali report polis dari Motor B yang kata dia tak cedera & motor tak rosak. Nasib baik mamat Motor B ni pandai buat karangan. Dia dah bagitau dalam report yang dia tak cedera.

Kami pun gigih buat surat sumpah & minta sain peguam sumpah tu. Bukan minta tapi BELI RM6 untuk satu cop hokey? satu hal pulak aku kene bayar! eeee geram betul la aku dengan insuran ni. Menyusahkan orang teraniaya macam aku ni je.

Ok aku pun pos semua dokumen dia nak.

2 minggu lepas tu, insuran call cakap tak dapat apa-apa surat pon. Bengong. Dia la tu tak cek pos box. Hujung-hujung aku scan & email je soh dia print sendiri kat sana.

Tak lama lepas tu dia balas email aku cakap NCD dah retain. Ok bagus.

Tapi, the retained value 55% tu tak update kat ISM. Bila aku tanya kenapa? Headquarters cakap yang aku kene call Allianz Ipoh sebab dorang je bole update status NCD kat ISM. Eh, apesal kau tak beritahu aku awal-awal? Aku pulak kene call! Menyusahkan aku betul laaaaa~

Agaknya kalau Win tak cek tiap 2 hari memang sampai ke sudah NCD aku dlm ISM 0%. Kang masalahnye, kalau tak udpate kat ISM, nanti bila nak renew insuran kereta kat kompeni insuran lain, dorang cek status NCD kat situ untuk tengok berapa NCD bole transfer! Bengongggg~

Ok moral of the story: Kalau kereta korang kene langgar dengan motorcyclist, jadikan cerita aku ni sebagai pedoman. Bye.

 

Categories: Shoutout, Tips
  1. zyda
    March 1, 2012 at 10:06 PM

    hmm.. nasib baik edot ckp. roadtax akak mati bulan ni, dan akak cek td, NCD akak pun 0%? Ni gara2 accident last year, patut dia claim kat kereta yang salah tu, bengkel tu gi claim kat akak.. tu yg NCD jd 0%.. Ish… esok jugak nak kena call balik diorang nih…

    • March 2, 2012 at 6:23 AM

      sian akak. cpt2 call kak kasi setel

  2. palie
    March 2, 2012 at 12:30 AM

    penah alami nasib yg sama sekitar tahun 2008.. kene lenyek ngn treller yg pemandu die mabuk, remuk abis dpn.. xleh claim insurance sbb die kate lori, motor n segala pengangkutan awam kebal.. so, terpaksa claim insurance sendiri, ncd plak jadi 0%.. tu blom campo nak rasuah polis utk dpt report on that day jgk (rm300).. then since aku lesen P masa tu, hanya bleh claim 90% je.. 10% (dlm RM1K++) kene bayar sendiri..

    n pemandu treller mabuk tu just kene saman rm300.. TERBAEEKKK WWOKKK!

    • March 2, 2012 at 6:25 AM

      waaaahhh.. lg sedih dr citer aku. klocamtu kite bw lori bole sedap2 langgar sesiapa aje.. xyah takut org claim insuran kite horr

  3. kay
    July 22, 2013 at 9:32 AM

    ni cte kakak aku yg kena… awal tahun 2013, masa tgh tggu lampu isyarat tiba2 lori simen depan dia bergerak mengundur ke belakang… kakak aku pun tekan la hon banyak kali tapi dia tak dengar agaknya, dumm!!! ranap bonet depan kereta. Dia pun keluar dan settle kat balai. Tapi boleh pulak dia klim ngan insuran dari lori simen tu.. sbln pastu, kete dia ok dah di repair dan di tanggung oleh insuran lori tersebut.

    • July 24, 2013 at 3:23 PM

      hi kay,

      Wahhh untung kakak ko. Agaknya betul kot bole claim lori tu kan? Tapi yg kalo kene langgar dgn motorsikal memang leceh laaa kene macam aku

      peace.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: