Home > Shoutout > [E] AngryMama

[E] AngryMama

Huhuhuuuu..

Bulan Feb yang lepas memang aku agak stress la juga.

Kat opis keje semua nak cepat, rasa macam sehari tak cukup 24jam, kalau boleh nak lebih. Sebab nak kejar task dateline, semua orang kena kerja lebih masa. 10jam sehari without extra payment (Tapi boss belanja dinner). Tapi tu biasalah, programmer memang kene kejar dateline.

Ada satu hari tu aku balik kerja, dengan muka penat & tersangatlah cepat marah. Yang kena tembak siapa? Mestilah Win yang kena.

Kerja rumah yang aku kene buat banyak tapi aku tengok Win rilex je berinternet. Mase tu aku rase, ehhhh ini tidak adil!

Terus aku tembak Win.

Aku cakap, kalau aku masak dinner – dia kene tolong basuh kuali semua. Kalau tanak basuh, aku tak nak masak.

Sebab rasa cam bebal tau buat semua kerja sorang-sorang. Dahlah penat balik dari kerja.

Sejak hari tu, Win cakap dia tanak makan malam. Dia nak minum air organik Melilea jek.

Sejak tu juga, aku pun tak makan malam. Aku makan roti je kalau lapar sangat. Takpun aku bantai makan banyak2 masa lunch. Kalau lapar jugak, aku minum air suam je.

Bagus jugak, biar kurus sikit badan.

Huhu, berdosakah aku?

Ehh, korang yang tinggal sendiri dengan suami & baby tade rase nak marah ke bila kene buat semua kerja tapi dorang rilex? Ker, aku je yang gila?

Korang bahagi-bahagi tugas ekkk?

Oh ada satu lagi cerita.

Win dapat tugas baru, siapkan botol susu Aimi dalam beg neseri dia. Maknanya dia kena basuh, sterilize (guna mikrowave je) & keringkan semua botol. Senang je tak susah sangat pun.

Pernah satu hari Win tertidur awal pastu terlupa nak pek botol & the next morning Aimi pun ke neseri tanpa botol susu. Cikgu kat neseri bagi Aimi susu guna syringe. Apa lagi, kene tembak lagi lah si Papa dengan Angry Mama. Win pun balik rumah dan amik botol hantar kat neseri Aimi. Nasib baik masa tu dia ada dekat dengan rumah.

Sejak kejadian itu, Win tak lagi lupa untuk siapkan botol susu Aimi. Bagussss~

Aku tak taulah, cepat betul jadi AngryMama sejak dua menjak ni.

Eh, yeke? Ke.. memang sejak azali?😛

ps: Sorry ye Hubby, sejak dua menjak ni selalu marah-marah kihkihkih.

 

Categories: Shoutout
  1. Nurul
    March 7, 2012 at 5:45 PM

    aku lagi nak comment Edot..dah 3 tahun kawin ni..aku perasan..lelaki mmg mcm tu.selalu nak kene tembak baru beringat nak tlng. tension tul..

    bukan ko je kene..laki aku pun mcmtu..aku balik dah penat..nak masak lg,cuci pinggan + periuk lg,cuci n sterilize botol lg..basuh & jemur baju.siap kan beg taska Fahim, cuci berak dia lg.dr balik pukul 7 pai 10 pun xsiap keje. yg laki aku boleh duk baring tengok tv pai nak tidoo. mau aku tak hangin 1 badan.. lepas dah tembak cukup2..baru ler reti nak tlng lipatkan baju ngn cuci berak fahim time aku masak (EVERYDAY).heee baru puas hati ni.hehehe.

    • March 7, 2012 at 10:08 PM

      wuhuuu… kannnn. aku pon 3thn kawen ni erghhh xleh nk thn sabar sgt dh la. memang camni ke sume org yg dh lama kawen ekkk

      • Nurul
        March 8, 2012 at 9:26 AM

        mmg mcmtu kut Edot..t bila dah terluah benda yg tak puas hati pastu dia berubah jadi ringan tulang tlng bt keje rumah baru lah xgeram sngt.hehe.

      • March 8, 2012 at 10:37 AM

        same here.

        skrg ada dah tlg2 keje rumah & jaga aimi. bestnyeee. kadang2 lega jugak dapat luahkan perasaan ni sebab at least tak pendam sorang2.

  2. March 9, 2012 at 3:44 PM

    Welcome to the club dik.. Sebenarnya, diorang bukan tanak tolong.. Tapi, diorang belum faham lagi. Esok, bila anak masuk 2, 3 dan seterusnya, kita pun dah malas nak bising. Dan diorang pun dah faham sendiri…🙂

    • March 9, 2012 at 5:13 PM

      yeke kak?

      rasenye kalo tak bising, dorg makin tak paham kot😛

      skrg ni sy masak ikut mood. kalau mood sy baik, sy msk x payah mintak tolong dia basuh kuali ke hapa. dah malas nak bising. tapi kalau saya tade mood nak masak, nanti rajin pulak Win masak megi. siap masak tuk saya skali huhuhu

  3. AYAM
    March 10, 2012 at 4:03 AM

    jgn smpi Win cari lain je nnt hahaha..

  4. March 12, 2012 at 10:19 AM

    berani ke cari lain kalau yang ada satu ni pun tak cukup tangan hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: