Home > Shoutout > [E] Bihun tiga ringgit bapak mahal

[E] Bihun tiga ringgit bapak mahal

Pagi-pagi dah stress dengan harga bihun.

Aku bungkus bihun goreng dengan telur rebus.

 

Orang kedai: erm, tiga ringgit.

Aku: Ehhh? mahalnya. ingatkan dua ringgit setengah ker..

Orang kedai: Mana ada kak, orang jual dua ringgit

Aku: Kedai sanaaaaa tu jual dua ringgit je dengan telur.

Orang kedai: habis tu kenapa akak tak beli dekat sana?

Aku: saje nak try kat sini pulak. (dalam hati aku tak hengen dahlah beli bihun kat sini!)

 

Alah, bihun goreng bodoh je pon.. daging tak ada, ayam tak ada. sayur pun sket sangat. yang nak jual mahal sangat kenapa?

Dorang yang meniaga kat cafe TPM ni ingat semua orang keje kat sini gaji banyak ke hape nak jual barang mahal-mahal sangat?

 

Mesti korang yang baca ni kata, “masak lah sendiri.” kan?

Ekceli, aku tengah seronok tak payah masak secara terpaksa sebulan dua ni.

Stress free tau. Malam-malam aku tak payah pikir nak basuh pinggan mangkuk apa, kuali segala. Tak payah fikir nak masak apa. Setakat basuh cawan takpe. Pastu perut pun tak penuh jadi boleh tidur awal. Bila aku tidur awal, Aimi nak menyusu malam pun aku tak liat nak bangun. Happy je rase. Tidur pukul 9 bangun pukul 6. I get to sleep at least 7 hours a day! (minus the feeding time)

Bila aku happy.. of course budak 2 orang ni (Aimi & Win) tak kene marah tak pasal-pasal. Aku cakap pun dengan lemah lembut, budi bahasa & tertib.

Kalau aku masak secara terpaksa, nanti tak pasal-pasal dorang kena tembak walaupun hal kecik je. Bila aku masak, Win makan banyak. Terus tidur pulak tu. Tak bagus tak bagus.

Tapi.. kalau rajin tu datang, memang aku masak. Last weekends masak makaroni bakar hokeh.

Cumanya tak masak malam-malam ni, memang lapar la. Win tu on diet sekarang.. ‘slightly’ overweight. Minum organik Melilea je. Takpon dia minta milo panas.

Kesian juga tapi demi mendapatkan berat ideal tuk Win, biarlah aku tak masak. (ceh padahal diri sendiri pemalas)

 

Categories: Shoutout
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: