Home > Shoutout > [E] Internet ni kadang-kadang tak bagus juga

[E] Internet ni kadang-kadang tak bagus juga

Win sekarang asyik ushar telefon SE yang baru nak kuar tu je.

Asyik compare data plan tengok mana yang harga ok.

Hmmmph. Nak tuko hempon ler tuuu.. nasib baik dia cakap nak tuko hempon tuk aku skali😛 Kalo tak sure aku merajuk haha.

Ekceli aku tak kisah pun pasal hempon aku sekarang ni. OK je pada aku. Ni hadiah Win bagi. Sejak tahun 2007 aku tak pnah beli hempon sendiri.. semua Win bagi. 2 ketul plak tu. Hikhikhik (gelak gedik)

Tapi bila tengok kawan-kawan kat opis seronok main Draw Free tu pastu gelak-gelak kat meja makan.. aku rase outcast-ed. Outdated pun ye jugak.

Aku pun teringin nak ada hempon beso gabak dengan data plan. Bole berinternet di mana-mana!

Ala, hempon yang sekarang ni pun not bad. Wifi je pun – jadilah.

Masalahnye, hempon dengan data plan ni mungkin buat kite jadi anti-sosial even nak bersembang with our spouse pun boleh terlupa. Setuju?

Macam Win sekarang ni, asal dok kedai makan ade wifi je mulalah menggelupur minta password. Nak berinternet. Tapi aku tengok, bukan selalu dia update status fesbuk sangat pun. Foursquare pun tidak. Dia baca je status fesbuk orang, pastu senyum-senyum. Whatsapp dengan kawan-kawan opis dia pun, senyum-senyum jugak. Ligat sangat menaip kan. Padahallllll dengan aku wah mahal sangat nak senyum. Huhuhu.

Yang aku plak? Termangu tak tahu nak buat apa, berfesbuk jugak lah.

Tu kalau pakai hempon dengan data plan gamaknye, dalam kete pun tanak layan aku bercakap kot😛

Tapi sebenarnya, aku nak bersembang dengan Win. Nak cerita macam masa bercinta dulu. Rindu.

Kat rumah kami tak sembang apa, cuma tengok TV. Aimi tidur, aku pun cepat-cepat tidur. Kalau nak cakap apa-apa, GTalk kat opis keesokan harinya.

Sedihlah..

 

 

 

(=.=)

Tapi takkan nak tolak Win nak bagi hadiah hempon kan? Tempted jugak. Kuikuikui

 

 

 

Categories: Shoutout
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: