Home > Whatever > [E] Kadang-kadang aku terfikir

[E] Kadang-kadang aku terfikir

.. adakah orang lain nampak apa yang aku nampak?

Aku nampak yang aku ni berusaha nak jadi mak yang baik, cuba nak anak exclusively breastfed. Jadi aku akan pergi perah susu tiap 3 jam kat ofis. Walaupun sibuk, aku tetap pergi pam dan terkocoh-kocoh nak sambung buat keje semula.

Tapi, kawan sebelah aku yang tengah mengandung ni, dia nampak “perah susu tiap 3 jam adalah sangat ma-fann (menyusahkan)” lalu berazam untuk memberikan bakal anaknye nanti susu formula je sebab tengok aku macam sengsara je nak mengepam susu kat opis.

Alamak, aku tak pnah langsung berniat nak dia fikir sampai macam tu! Aku dah salah hantar mesej ni (T_T)

Next.

Adakah aku ni mak yang tak baik sebenarnya? Sebab bagi anak minum susu formula kat neseri?

Aku kalau baca forum ibu yang obsess dengan susu badan ni, aku jadi stress gila tau tak? Diorang ni punyalah hardcore, sampai air masak pun pantanggggg masuk mulut anak diorang tau. Inikan pula aku, segala air zamzam, air masak, air anggur lenyek, ubat batuk, ubat sesema, ubat demam – semua aku dah bagi anak. Jahatkah aku?

Jadi tuk sedapkan hati sendiri, aku cakap yang mungkin susu formula tu pun ada baiknya kalau anak aku sendiri yang refuse minum susu yang aku perah. Satu, cikgu kat neseri senang nak bagi dia minum, kalau paksa minum susu aku perah.. kena pujuk lama sebenarnya. Dorang pun ada manusia lain yang nak diberi perhatian, bukan anak aku saja. Asalkan cikgu tak rasa beban & anak aku tak kelaparan, susu lembu pon lembu lah.

Dua. Lagipun aku ni makan tak tentu hala. Kejap makan beger, kejap makan tah ape-ape. Jadi nutrien dalam susu badan pun tak complete. Nak sedapkan hati sendiri, aku bagitahu diri sendiri yang mungkin susu formula boleh bantu provide nutrien yang aku kurang. DHA contohnya?

Hey, cuba menegakkan benang yang basah.. nampak?

Next.

Adakah aku ni isteri yang tak baik sebenarnya? Sebab tak bagi laki aku makan malam-malam?

Agaknya.

Tapi Win sayang aku kot, kalau tak sayang kenapa dia belikan hempon baru? ngehh😛

Ok. Kalau aku tak masak, kadang-kadang aku belikan makanan kat pasar malam – yang tak heavy sangatlah. Kadang-kadang kalau Win jaga Aimi dan aku tak penat sangat, aku akan masak nasik goreng. Itupun Win tanak makan sebab takut gemuk. Dia makan esoknye je. Kadang-kadang aku bagi Win roti sapu Nutella, buat alas perut je. Yang penting, aku mesti teman Win makan! Sebab HAMKA KeretaMayat kata, kalau biarkan suami makan sorang-sorang nanti suami cari bini lain kahkahkah.

Oih, dulu mase nak dekat bersalin, Win beriya-iya soh aku cari set lepas bersalin. Jamu itulah inilah. Nak aku kurussssss balik katekan. Tapi aku tak beli satu apa pun, aku telan pil supplement yang doktor bagi masa pregnant je. Janji jaga makan & ikut pesan mak.

Tapi aku kurus jugak! Yang tak kurus-kurus siapa? Win.

Aci lah kan. Takkanlah nak bini kurus selim-melim tapi diri sendiri makin gemok.. mana aci?!

Jomlah sama-sama dapatkan body cantik.

Hmm, banyak lagi aku tengah fikir ni sebenarnya tapi tak larat nak taip.

Kbai.

Categories: Whatever
  1. zulia
    April 20, 2012 at 9:39 PM

    buatla apa sedap di mata sendiri & suami. other people do not live our lives, so do we. jgn pk sgt apa kata org, kalau x mmg merana diri..

    • April 22, 2012 at 3:13 AM

      Haah laaa… Stress kot kalo asek fikir apa org fikir. Tengs zulia😉

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: