Home > damnitstrue > [E] Pelik bila rindu sekolah

[E] Pelik bila rindu sekolah

Dulu aku belajar kat Sekolah Sains Mat Jiwa. Ya, nama sekolah aku sering mengundang ejekan kawan-kawan sekolah lain, katanya kami ni semua sakit jiwa. Mana ada!

Tiba-tiba aku jadi rindu kat sekolah tu. Taklah rindu, tapi teringat.

Dulu aku rasa sekolah ni macam sangat mengongkong hidup aku. Pakai tudung tak boleh selepang ke bahu. Kena pakai stokin. Kena pakai kain dalam. Kena pakai singlet kalau pakai baju sekolah yang putih jarang. Kena solat jemaah. Kena solat sunat. Kena pergi Qiamullail tiap minggu. Kena lari cross-country. Kena beratur nak amik makanan. Kena pergi kelas prep petang prep malam. Kena main petang. Kena berkawad. Kena cek gigi -yang ni paaaaaaaling aku benci!

Sampai aku terfikir, ni sekolah sains kaaaaa~ sekolah agama?

Kata Ustazah Hafsah, kalau Ustazah tak suruh kami solat sunat & solat jemaah masa sekolah, nanti bila besar.. dah kerja.. kami takkan ada banyak masa nak buat solat sunat & solat berjemaah macam kami kat sekolah.

Guess what? Ustazah tak tipu.

Memang betul bila dah kerja ni, solat sunat payah betul nak buat.

Alangkan solat fardhu pun lewat, inikan pulak nak kejar yang sunat. Tsk!

Ustazah Hafsah banyak menyumbangkan usaha (dan mungkin wang ringgit) untuk bagi pendedahan fadhilat solat sunat kat kami masa tu. Ustazah buat buku Panduan Solat Sunat dan beri secara percuma kat semua murid. Mungkin duit buat buku tu sekolah yang bagi tapi still itu usaha gigih Ustazah. MasyaAllah, besarnya pahala Ustazah Hafsah kan?

Ustazah suruh kami solat sunat Dhuha masa waktu recess. Ofkos la aku jarang buat, time recess aku makan pastu berfoya-foya😛

Tapi aku tengok ramai juga kawan aku yang solat Dhuha kat surau sekolah. Kebanyakan dorang yang buat solat sunat tu memang cemerlang pun masa SPM. Alhamdulillah.*tulah, dulu aku tanak buat Dhuha, kan dah tak cemerlang SPM. padan muka*

Solat sunat lain, aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku belajar masa kat sekolah dulu. Nak harapkan buat sekarang  memang tak dapat lah. Aku rasa, kalau aku tak sekolah kat sana, tak banyak aku tahu pasal solat sunat ni.

Terima kasih Ustazah Hafsah.

Doakan saya dapat teruskan (ke.. mulakan?) buat solat sunat walaupun dah bekerja.

 

 

Categories: damnitstrue
  1. May 2, 2012 at 11:16 AM

    Memang best kalau dapat amalkan Edot.
    Impact nya, susah nak describe. tapi rasa lah kelainannya.
    solat dhuha aku amalkan mase aku kerja kat johor. Plus, bos aku yang ajak buat solat sunat ni memandangkan setiap hari pukul 10 die akan buat.
    Bila kat kl ni, dan tempat kerja baru, buat bila bos tak ade (^_^).
    Gud luck!
    Bila buat benda baik, insya Allah , Allah tolong mudahkan…

    • May 2, 2012 at 11:21 AM

      Aku dah lama tinggal Dhuha sejak beranakkan Aimi.Dulu masa pregnant tiap hari ada la jugak buat, tu agaknye yang Aimi senang je plup plup push 2x dah keluar. tak sampai 10 saat haha. Eh, ke tu sebab selalu baca surah Maryam ehhh😛

      Masa kat uni dulu, ada jugak amalkan, dapat 4 flat semester tu!! Best gilaaa.

      Hmmm, kat surau TPM ni boleh tahan ramai jugak yang buat Dhuha. Ada jugak semangat nak mulakan balik amalan ni.

      Tenkiu~ ^_^

  2. to_heri
    June 14, 2012 at 12:29 PM

    mmg betul ((>_<)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: