Home > Whatever > [E] Belajar bersyukur

[E] Belajar bersyukur

Masa aku kat hospital jaga Aimi itu hari, banyak benda aku belajar.

Bersyukur salah satunya.

Masa tu kami duduk wad katil double, maknanya ada jiran katil sebelah kami. Jiran kami masa tu sorang budak lelaki yang jatuh atas lantai tersagat muka kat cable atas tanah. Luka kat pipi. Tengah tunggu nak operet jahit.

Aku bersembang dengan mak budak tu. Katanya anak dia tu mak dia yang jaga. Ya, orang Cina kat KL ni kebanyakannya mesti hantar kat mak sendiri jaga. Lebih selamat katanya.

Tapikan, tak semestinya selamat. Alangkan kita sendiri jaga pun boleh terjatuh katil, inikan pula orang lain jaga. Jadi tak bolehlah nak cakap, anak yang mak kita jaga pasti sempurna jagaannya. Malang kan tak berbau? Sesiapa yang jaga pun, macam-macam boleh jadi.

Tapi tu bukan main point cerita aku ni.

Mak budak ni lebih pentingkan rupa anak dia lepas operet. Takut ada parut katanya.

Parut? Itu yang dia risaukan?

Sedar tak ada ibubapa lain kat luar sana yang cuma berharap anak dorang sembuh dari penyakit yang lagi dahsyat tak kisahlah ada parut ke tak.

Mak budak tu tanya doktor, “Gonna have scar or not?” Doktor jawab, “Of course larrrr.”

Haih.
Eleh, mengata orang. Aku dulu pun sama.

Aku tengok Aimi ni kulit dia gelap. Pastu tanya Mak aku, “Kenapa Aimi gelap eh Mak? Nak putih…” Nak pakaikan dia baju gaun macam pompuan cukup susah sebab kaler kulit dia gelap.

Pastu Mak kata, “Ish kamu ni! Biarla gelap asalkan sihat. Kalau putih melepak tapi melepekkk je tak boleh gerak kaki & tangan.. haaaa~”

Tak bersyukur kan aku ni?

Padahal ada makpak kat luar sana yang cuma harap anak dia normal macam baby lain tak kisahlah gelap ke cerah.

 

 

 

 

 

 

 

Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: