Home > Jalan-Jalan, Whatever > [WE] Langkawi Trip

[WE] Langkawi Trip

Kami pergi ke Langkawi 3 hari 2 malam pada hujung minggu yang lepas. Parking kereta kat Putrajaya Sentral pastu beli tiket KL Transit ke LCCT.

Harga tiket tuk 2 orang RM11. Tapi disebabkan ke LCCT tak ada stesen KL Transit, kami kena turun kat Salak Tinggi & naik bas ke LCCT. Tambang bas termasok dengan harga tiket yang beli kat Putrajaya Sentral tadi.

Flight sampai di Langkawi dalam pukul 2 ptg macam tu. Aimi baik sangat dalam flight & tak nangis apa pun, maybe sebab aku sumbat mulut dia dengan pacifier sebab tak nak dia sakit telinga mase take off. Tu haaa yang tergantung kat baju dia tu, pacifier la. Selalu sangat ludah pacifier tak bagi signal, last-last gantung je sebab susah nak basuh kalau dah jatuh.

Lepas check in kami gerak ke kedai Pak Aji Mail ni. Beli coklat! Beli kain batik! Beli kain pelekat! Beli beg troli semata-mata nak bawak balik coklat ke KL!

Pastu tengok kat bahagian pinggan mangkuk & set Corning Ware.. Win kata, “Kalau nak, amiklah..”

Apelagi aku pun sambar laaa satu set Corning Ware hohoho! YABEDABEDUUUU~ terima kasih ye Hubby kerana mengganti balik set Pyrex yang awak pecahkan itu hari (hahaha mengungkit!)

Hari kedua kat Langkawi kami pergi ke Pulau Payar. Amik pakej Langkawi Coral RM110 per adult. Naik feri dalam 45 minit, dapat satu bento box nasi goreng sejuk & ayam goreng kejung with drinks & oren. Bolehlah. Yang penting kami dapat tengok Marine Park ni.

Air kat sini jernih & aktiviti utama kat sini adalah snorkeling. On our way from jetty to the beach, nampak corals, ikan nemo & baby sharks berenang kegembiraan di bawah jeti. Cantiknya subhanallah~

Aku saja celup Aimi dalam air laut ni sebab nak bagi dia rasa semua benda di sekeliling dia. Kawan aku takut nak celup anak dia, takut gatal katanya. Aku tak peduli, dari jauh aku datang takkan nak tengok saja.

Aimi suka je dok mandi pantai ni. Dia memang hantu air. Siap hirup air laut lagi! Bila dia rasa masin, mulalah buat muka pelik. Nasib baik dia tak makan pasir, tengok gambar muka dia macam nak makan pasir jek kan?

Aku dah lumur si pipi labuh ni dengan sunblock SPF50++ dengan harapan janganlah kena sunburn. Dahlah kulit dia memang sediakala gelap, kang jadi gelap lagi plak😛 So far, tade masalah kulit pun budak ni lepas mandi pantai.

Budak ni baikkkkk sangat masa kat Pulau Payar ni. Dia dah kenyang pastu dia pun selamba tidur kat meja tepi pantai. Win sangatlah baik hati menjaga budak tu tidur hohoho.

Aku pun apa lagi berdesuppppppp pegi snorkeling! Corals kat sini taklah cantik sangat tapi aku suka masa berenang-pakai-baju-keselamatan tu, ikan-ikan comel datang berenang sama-sama. Sumpah aku tak bawak roti ke apa tau.

Our final day kat Langkawi, kami naik cable car kat Gunung Mat Chincang. Budak ni tak peduli pun gayat ke apa. Tapi masa naik cable car ni, tekanan udara berubah so sakit telingat sikit. Sebab tu aku sumbat pacifier kat mulut Aimi sebab nak suruh dia telan air liur tuk kurangkan rasa sakit telinga.

Cantik gilaaa permandangan dari atas cable car ni… nampak laut biru kehijauan gituuu~

Gambar ni kat checkpoint cable car pertama Gunung Mat Chincang. 700 meters above sea level. Budak ni mengantuk pastu cranky. Kena sumbat pacifier baru diam nak soh bergambar.

All in all, best bercuti kat Langkawi kali ni. Walaupun tak pergi ke tempat-tempat standard pelancong pergi, tapi aku puas hati.

Disebabkan si pipi labuh ni baik semasa bercuti, aku rase bole pergi bercuti lagi kat pulau lain kali😀

Categories: Jalan-Jalan, Whatever
  1. aito
    July 19, 2012 at 11:29 AM

    slh entry plak comment..hahaha. si pipi labuh okeh…aimi!!!!!!shooomeeelllll..rs nk geget pipi tuhhhhhh!~..

    • July 19, 2012 at 11:31 AM

      hahaha tula aku heran. yg test tu sebab entry sblm ni xleh publish. network error apa tah.

      kadang2 kesian jugak tiap hari sampai neseri semua budak lain datang main pipi labuh dia tu. mesti dia bosan😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: