Home > Whatever > [E] Cuit sikit orang J

[E] Cuit sikit orang J

Tak boleh sebut nama negeri, nanti terasa.

Ekceli semalam kat timeline twitter aku kecoh pasal Hamis Jalikha RT pendapat sorg budak ni pasal budak pompuan dari negeri J. Pendapat ni based on berita pasal budak 14 tahun sanggup jual body tuk sugar daddy.

Pastu tak pasal-pasal ada 2-3 budak pompuan (dari negeri J) merempan kat twitter disebabkan statement ni. Katanya tak semua budak pompuan dari negeri J macam tu. Pastu kata si Hamis ni mengutuk orang negeri J pulak. Aku ni pun bacelah tweet Hamis yang belakang-belakang, tak nampak pun yang dia ada kutuk-mengutuk orang negeri J.

Orang negeri J yang merempan ni, terus jump to conclusion based on one single tweet. Pastu marah-marah.

Aku gelak jela, sebab memang diketahui ramai orang negeri J ni sesetengahnya memang pantang dicuit, cepat benor melenting. Cuit bab sultan dorang, merempan. Cuit kata remaja dorang rosak, merempan.

Bukan semua, sesetengah je.

Win pun orang negeri J, tapi dia ok je. Family dia pun ok.

Sebenarnya, sebelum aku kenal Win & keluarga dia.. aku sendiri pun dah stereotype, orang negeri J ni sombong/berlagak. Hepp jangan marah. Ada sebab kenapa aku fikir macam ni.

Dulu mase kecik-kecik, aku pergi ke negeri J tiap tahun time raya untuk jumpa sedara. Keluarga dorang ni kalau bersembang, semua nak gebang yang hebat-hebat je. Kencang la berlabun. Sampai tahap mak aku pun berat hati kalau nak pergi rumah dorang lagi sebab nak kene dengar cerita kencang dorang tu. Gelang dia paling besar, rumah dia paling hebat, anak dia paling cantik. Ah, penatlah nak dengar. Susah nak dengar kata-kata merendah diri.

Disebabkan depalah, aku ingat semua org J pun camni. Cakap besar. Alah aku masa tu budak lah katakan, terus buat kesimpulan. HAHAHA.

Then bila aku jumpa Win, eh tak semua orang J cakap besar rupanyaaaa. Win ni low profile je, takde pun nak cakap pompang sini sana. Barulah aku pun tukar mindset.

Tapi kadang-kadang bila bersembang dengan orang yang aku baru kenal (contohnya kat hospital area selangor ni), dari gaya dia bercakap pun aku boleh teka dia dari negeri mana. Kalau cakap jenis taknak kalah, nak menang & dia je betul… aku tanya, “Orang negeri J eh?” Guess what, jawabnya “Haah. Mana tahu?”

HAHAHA.

Ok.. orang J jangan marah ekk.. saje je nak share cerita.

Kbai.

Categories: Whatever
  1. July 20, 2012 at 3:24 PM

    Org J tu orang JOHOR ke EDOT?

    • July 20, 2012 at 3:25 PM

      haah ye.😛
      sebab budak2 twitter cakap tak patut sebut nama negeri huhuhu

      • July 20, 2012 at 4:04 PM

        Yer ke?
        Isk dorang ni.
        Kalau dah tau ape yang die post tu, buat orang lain terasa,
        takyah lah post.
        Itu namanya “Menjolok Sarang Tebuan”.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: