Home > Whatever > [E] Ephyra – First 2 weeks

[E] Ephyra – First 2 weeks

Aku ada makan supplement nama ephyra ni, baru 2 minggu. Lebih tepat kalau aku katakan benda ni kolagen.

Saja je nak try makan kolagen since aku ada masalah keguguran rambut yang sangat teruk walaupun dah 2 botol Himalaya shampoo yang aku pompang kata bagus tuk rambut gugur tu habis.

Satu lagi masalah aku.. erm nak cakap ke tak ah.. oklah, masalah “kilang susu” yang tidak lagi digunapakai (stop breastfeeding since Aimi lebih menggemari susu lembu) – macam mengecil :(( So, disebabkan rasa rendah diri dengan rupa bentuk diri sendiri, aku pun menghadiahkan diri sendiri kolagen ni sempena birthday 8 July dulu cewahhh. (ada je alasannn)

Kot-kotlah boleh tolong kalau makan kolagen~

Sekarang dah 2 minggu makan Ephyra ni, sehari sekali. Disarankan 2 kali sehari tapi kalau korang gugel harga Ephyra ni, mesti tau kenapa aku makan sehari sekali je hahaha.

Dari segi perubahan kat rambut, frankly rambut aku still gugur like nobody’s business. Nak kata perubahan kat rupa bentuk kilang susu, masih macam tuuuu jek. Nak kata kulit makin cantik, tak nampak beza lagi sebab jerawat still keluar bila bulan mengambang & parut lama masih kat situ. Cuma kulit kurang berminyak je aku bole rasa setakat ni.

TAPI banyak side efek lain pulak. Yang aku nak, tak dapat lagi! Tapi efek lain yang sampingan ni aku suka jugakla.

Bertenaga macam rabbit energizer. 

  • Selalunya kalau aku balik kerja, mesti rase penat semacam. Padahallll cuma duduk kat kerusi dalam bilik ekon mengadap komputer je pun, apa yang penat cuma otak je. Sejak consume Ephyra ni, aku rase balik kerja tu macam ada tenaga lagi nak memasak. Kalau dulu paksa diri memasak sebab lapar, ni memasak sebab xleh nak duduk rehat. Rase nak buat keje je.
  • ceh berlagak. tu ada kain baju tak berlipat? OK jap aku explain kenapa..

Tidur lena

  • Tapi side efek kepada jadi rabbit energizer ni, mata mengantuk sangat pukul 9-10 malam. Pastu letak je kepala, terussss tidor. Tu yang tak sempat nak lipat kain tu! HAHA alasan lagi! Nasib baik Aimi jenis tak bangun malam mintak susu, lena sangat aku tidur sampai ke pagi. Then bila tidur berkualiti, bangun pagi pun terus zasssss bertenaga nak buat keje.

Lawas

  • Aku ni memang ada masalah sembelit. Lepas consume Ephyra ni ada rase cam kurang sket masalah kat situ.

Kuat Makan

  • Aku tak surelah betul ke sebab Ephyra tapi mungkin ya sebab dia tinggikan metabolism badan. Tapi aku tak kisah makan banyak pun sebab memang nak naikkan berat badan! Dah underweight larrr :(( Pakai seluar saiz 25 pun asik nak terlondeh. Eeee, dahla aku beli sluar saiz 26 yang banyak! Kena makan banyak kalau tak, pakai baju raya nanti tak cantik sebab kurus kedingggg. Tula gatal pi tempah baju raya time badan ideal weight & breastfeeding.. semua elok curve. Padan muka.

Image

Aku tak jual pun benda ni, just nak share apa aku rase setakat makan benda ni 2 minggu. Ada lagi 2 kotak setengah nak kena makan tu sebab aku beli pek promo.

Nanti ada changes lain aku cerita lagi.

Kbai.

Categories: Whatever
  1. izza
    July 23, 2012 at 7:53 PM

    good to hear ur using EPHYRA! it does give wonders to all women!

    im selling EPHYRA at a very good deal (below market price for sure)!

    contact me at 0192198619/email izza_grrl@hotmail.com if interested🙂

    regards, EPHYRA authorised dealer

  2. July 24, 2012 at 5:39 AM

    aku bab rambut gugur memang gone case la. stress gile tgk berterabur. rasa mcm aku ni kena leukimia ke. hahaha.

    • July 24, 2012 at 9:30 AM

      haah, aku selalu cakap, “agaknya aku dah nak mati rambut gugur sampai banyak camni” mase menyapu rambut atas lantai huhuhu

  3. Uni
    September 27, 2013 at 3:15 PM

    Hai. Salam Perkenalan. Saya tengah survey survey pasal produk Ephyra. Kebanyakan survey sume bagi review yang bagus, so memang baguslah agaknya produk ni ye. Tengok kat website die, ade trial pack tapi dah out of stock. Admin tu cakap next month ade restock. So saya tunggu next month baru nak beli trial pack 10 peket tu,🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: