Home > HerHisTory > [E] New addition to the family

[E] New addition to the family

Image – Credit to Below 300cc

No, not a human baby. But this *tunjuk atas* baby.

Semalam ada orang tuuu balik kerja, hati berbunga-bunga! Loan dah lulus katanya. Nak beli motor kat dalam gambar tu.🙂

Aku pun tumpang happy untuk dia sebab kesian sangat dah lama dia meroyan mengidam nak motor ni, sampai termimpi-mimpi! Dulu masa nak kawen dengan aku takde plak termimpi-mimpi. Eh?

Cuba bayangkan, punyalah dia punya nakkk tu.. nak tidur mengadap youtube motor ni, mimpi pulak tengah bawak motor ni, bangun tidur baca forum motor ni, balik kerja baca facebook motor ni. Kesian aku tengok. Menyampah pun ada jugak. Dulu mase nak beli Puteh pun camni jugak tau.

Aku tak kisah sebenarnya dia nak beli motor ni, aku suka lagi ada! Selesa dia nak ulang-alik kerja naik motor macam ni compare to motor sekarang yang lebih sesuai bawak jalan dekat-dekat.

Pastu aku bayangkan kalau aku naik kat belakang tu, boleh peluk Win ketat-ketat sebab seat tinggi – takut jatuh! HAHAHA. Teringin jugak rasa nak bawak motor ni. Nama je aku ada lesen motor, tapi nak bawak kat jalan besar aku takut! Mesti aku beratur belakang kereta, tak berani nak mencelah😛 Kalau ada motorist lain sure dah maki hamun sebab mana ada orang bawak motor beratur belakang kereta hoi~

TAPI…

aku dah janji dengan Win nak buatkan awning kalau dia betul-betul beli motor ni. Yela masa tu aku saje je cabar dia, tu yang aku selamba je menabur janji. But, since semalam loan dia dah lulus and dia pun dah excited nak gi kedai buat booking, aku kenelah gelabah sekarang sebab kene pasang jugak awning kat tepi living room ni tuk 2 bijik motor parking. Motor lama dia sayang nak jual, Abah bagi katanya.

Cis, dulu pun aku sayang nak jual Comot (kete kancil) aku jugak whaaaaat~ tapi jual jugak sebab tade tempat parking & maintenance tinggi kalau pakai 2 kereta.

Ala, tapi kalau nak naik motor ni aku kena beli helmet lagi canggih, fullface. Leather jacket. Kasut boot.

Barulah kena gaya minah rempit. Tak gitu?

Categories: HerHisTory
  1. July 30, 2012 at 11:15 AM

    cun moto ni zuhrin..memang macho la kalo bawak.ramai awek boleh terpikat.wakakaka

    • July 30, 2012 at 11:20 AM

      hamboi hamboi hamboiiii~ awek terpikat kat moto tak apa tapi kalau terpikat kat zuhrin meh aku bagi kuntauuu sikit😛

  2. ijalida
    September 6, 2012 at 1:27 PM

    terbaik…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: