Home > Shoutout, Whatever > [E] Bunyi Guli

[E] Bunyi Guli

Aku selalu dengar bunyi budak main guli kat rumah atas aku ni. Trrr Trrr Trrrrrrrrrrrrrrr~ Bunyi guli bergolek, bunyi guli jatuh. Rajin dia main guli pastu kutip banyak kali.

TAPI… RUMAH ATAS AKU MANA ADA ORANG! Tuan rumah atas ni kadang-kadang je datang jenguk rumah dia.

Latest, semalam pagi kol 8 aku dengar bunyi guli tu. Aku tau, by that time jiran rumah atas (sebelah kiri & kanan rumah kosong atas aku ni) semua dah pergi keje. “Anak hantu rumah atas ni tak tidur lagi ke. Pukul 8 pagi masih main guli.” .

Bila aku tulis status kat fesbuk, barulah jiran sebelah rumah aku pun komen kata dia pun dengar bunyi budak main guli & alihkan perabot tapi dari rumah atas dia! thee hee hee…

Aku pernah dengar kat rancangan Tanyalah Ustaz, biasa kalau dengar bunyi guli bergolek & orang alihkan perabot ni.. stended gangguan makhlus halus. Tapi bila aku dengar bunyi tu semua, tak la rasa seram sangat walaupun tahu kebarangkalian apa yang ustaz tu cakap mungkin ada betulnya.

Ekceli sejak aku stay kat hostel UTM Skudai dulu, biasa dah dengar bunyi guli & alih perabot ni kat bilik atas bilik aku. Masa tu aku tinggal sorang-sorang sebab tak balik raya haji. Malam tu aku dengar bunyi orang menumbuk lesung, menyambal apa esok nak raya? Lagipun mana boleh memasak dalam bilik hostel sebab ada pengesan asap tu kan? Siang pulak main guli. Hish!

Aku masa tu betul-betul ngantuk nak tidur, dahlah sedih tak balik kampung beraya.. lagi nak buat aku marah. Aku pun naik bilik tu bawak kertas bertulis, “Jangan bising” konon nak masukkan celah bawah pintu. Lantaklah dia nak marah aku balik ke apa. Aku nak dia senyap.

Sekali bila aku sampai kat pintu bilik tu, tade dah bunyi orang menyambal. Aku pun tak jadi nak letak kertas tu bawah pintu dia. Aku pergi turun tangga yang boleh nampak tingkap bilik tu, tengok-tengok ehhhh dah gelap tutup lampu! Tau dia takut~

Bila aku sampai bilik, baru aku terfikir, “Eh sebenarnya bilik atas ni ada orang ke tak?” Pastu aku tidur dalam ketakutan.

Then aku sewa umah apartment tingkat atas skali, selalu gak dengar org main guli kat umah bawah @ sama level dgn rumah aku. Haih, masalahnya rumah bawah aku kosong!

Ni sekarang, umah atas aku pulak main guli & alihkan perabot. Paling ketara bunyi dia bertukang membetulkan pintu master bedroom dia gamaknya, pukul 1 pagi! Gila apa? Kuat gila. Kot ye pun esok pagi la betulkan pintu ye dok. Tapi tula, tuan rumahnya jarang tidur kat umah atas ni. Aku dengar pastu tanya Win, dia dengar tak? Dia pun dengar. Kami pun tidur buat-buat tak tahu saja.

Lantaklah korang nak main guli ke apa. Jangan kacau hidup kami sudah. Janji Aimi tak menangis tak tentu pasal, aku biar je dulu.

Biarlah semuanya diselubungi misteriiiiiiiiii~

Categories: Shoutout, Whatever
  1. awayzha
    August 3, 2012 at 8:04 AM

    Teman biase dengor cite macam tu. Biase le. Yang kat atas tu sebenornye makhluk yang same mase mike kat UTM Skudai dulu. Deme tulah yang ikut kome pindah ke Seri Kembangan dan sewa rumah kat bawah atau atas rumah mike. Jiran rapat katakan. Selagi deme tak kacau mike, biorlah deme bahagia buat yang deme suke! Hahaha…

    • August 3, 2012 at 1:58 PM

      ehh pandai eh Abah cakap loghat peghok! hahaha.
      tule kome, teman pun rase kalo idok nyusohkan idop teman bior lantok ler die nak main guli ke main galah panjang ke.. teman maleh nak pikior doh😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: