Home > Whatever > [E] Miscarriage – Aku faham perasaan kamu

[E] Miscarriage – Aku faham perasaan kamu

Aku baru baca blog entry kawan @ Infosys aku, Si Cumel. Cik Feresa, aku faham perasaan kamu.

Cik, aku pun ada pengalaman miscarriage. Bulan 12 tahun 2010. Sama macam kamu, aku tak tahu apa yang menyebabkan spotting & tiba-tiba miscarried. Masa tu 7 minggu pregnant. Sedih tak payah cerita lah, meroyan jugak aku 2 bulan lepas tu.

Masa tu aku asyik salahkan diri sendiri, adakah sebab aku kuat sangat buat kerja sebab baru berpindah rumah?

Atau sebab aku terkejut masa eksiden kereta kancil dilanggar Murano di Gambang?

Atau sebab aku naik motosikal ke tempat kerja sebab hantar kereta kancil yang remuk tu ke bengkel?

Atau sebab aku termakan nenas dalam kek harijadi kawan aku kat ofis hari sebelumnya?

Banyaknye atau.

Nasib baik Dr Bala yang buat D&C (cuci rahim) kat aku di KPJ Kajang, pandai betul memujuk hati yang tengah sedih masa tu. Dia kata ni bukan salah sesiapa. Badan kita memang dijadikan untuk eliminate product yang mungkin tak jadi dengan elok. Dia kata “It’s probably chromosome abnormalities” dan aku telan katanya tu bulat-bulat. Tak larat dah aku nak ber”atau” dengan diri sendiri.

Aku jadi sedih sangat sebab hari pertama aku nampak spotting, aku pergi hospital & scan perut. Nampak heartbeat si dia – sangat perlahan. Aku rasa Dr Bala pun dah tahu apa akan jadi, dia suruh aku berpuasa malam tu dan tidur kat wad. Esok dia nak tengok lagi heartbeat tu.

Malam tu kat wad perut aku cramp gila, sakit macam ada orang rentap usus besar usus kecik. Tapi aku sakit sorang-sorang, suami tak boleh temankan kat wad. Dan macam yang doktor jangka, esoknya heartbeat tu stop beating and he asked me to prepare for D&C. That’s the reason why dia suruh aku puasa in the first place.

Menangis jugak aku walaupun dalam hati aku dah tahu benda ni akan jadi. It happened to my mom, my sister and my cousin. Percentage rate untuk aku kena juga agak tinggi.

Cuma lepas aku buat D&C dekat KPJ Kajang, aku sihat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dr Bala siap cakap aku bole makan semua dari McD sampai ke KFC & boleh masuk bekerja macam biasa. Doktor kata, “You two can start making baby rite away. There is no need to wait”. Memang pun, aku rase sihat. Thanks, Dr. Bala. Doktor memang baik.

Oh, berpantang macam orang bersalin tu tak payah cakaplah, aku miscarried tak bagitau sesiapa jadi semua pun aku makan xde pantang-pantang. Sampailah mak/mertua tanya kenapa tak balik kampung? Baru aku bagitau apa yang jadi.

Anyway, masa aku meroyan tu aku tak boleh tengok/baca blog orang yang tengah mengandung. Jeles. Dengki. Sebab aku punya tak jadi. Yelah, sebab aku punya memang dirancang – bukan surprise, expectation aku memang tinggi.

Bila tak jadi, sedih dia lain macam. Aku betul-betul down, rasa sedih yang tak tahu nak luah kat siapa. Aku kongsi apa aku rasa dengan jiran sebelah rumah aku yang pernah miscarried juga masa dia dah 3 bulan preggy, lega sikit rasa sedih tu bila dapat kongsi. Terima kasih, Farah.

2 bulan lepas tu aku cuba lagi, berjaya lagi. Tapi masa tu, aku takut sangat. Takut benda yang sama jadi lagi. Aku & Win memang tak eksaited sangat kali tu. Kami wait and see. Aku hadap hari demi hari, tak fikir pun pasal minggu depan @ bulan depan.

Aku tak announce kat Facebook, tak tangkap gambar masa peknen, tak luahkan perasaan kat blog pun. Sebab aku taknak orang tahu & tanak komplen apa-apa. Diam je. Lepas 10bulan, kami dapat Aimi.

Sekarang, aku sangat hati-hati dengan apa aku tulis/buat kat blog/fesbuk/twitter berkaitan anak.

Kain baju Aimi aku tak pernah sidai luar rumah sebab jiran aku dah kawen 7 tahun tak dapat anak. Kalau dia nampak baju baby, apa dia rasa agaknya? Sedih mungkin. Jadi aku sidai baju dlm rumah je.

Blog nak cerita pasal Aimi, aku buat tempat lain. Sapa nak baca pegi sana, tanak baca dok sini je. Fesbuk Aimi pun lain, sebab aku dulu menyampah orang upload gamba anak tiap 5 minit kat wall fesbuk dia. Menyemak newsfeed aku je dengan muka anak dia. So FB Aimi aku asingkan dari aku punya. Itupun aku letak gambar Aimi untuk atok nenek & sedara yang jauh di mata.

Miscarriage. Sangat sakit. Badan dan perasaan.

Categories: Whatever
  1. August 3, 2012 at 3:09 PM

    kena pulak time ni. huhuhu. edot…sekarang dah faham perasan sedih tu. harini dapat tahu pregnant twins, tapi dapat tahu juga yang diorang dah tak ada heartbeat😥

    • August 3, 2012 at 3:18 PM

      oh syud, i just read your blog. i baru baca fren of mine, nak komen kat dia tapi panjang sangat nak tulis. so i buat satu entry. then baca yours pulakk alahai, 2 bad news in one day.

      faham sangat apa syud rasa sekarang. dulu aku tak suka orang cakap apa-apa, sebab semua pun aku tak suka…

      kongsilah perasaan dengan orang terdekat, ye syud. lega sikit.

  2. August 3, 2012 at 8:01 PM

    tq edot…ada juga yang melalui pengalaman mcm aku..dlm kes aku..family aku n inlaw tak de yang pernah dnc..jd aku rasa mcm alien pulak..aku pun hanya tanya kwn2 kenapa aku preggy ada spotting..lepas tu adik aku tgh preggy..adik ipar dua org pun tgh preggy..jadi mcm mana nak sorok perasaan tu..tapi betul..bila jadi mcm ni..mmg takut nak cerita apa2 pd public..aku pantang mcm biasa je..cuma buat utk cukupkan syarat..

    syud: takziah..semoga kita ada rezeki anak lagi..

    • August 3, 2012 at 10:07 PM

      Mak & akak aku x dnc pon, natural je. Aku pilih dnc sebab xnak rasa sakit mcm mlm aku kat wad tu. Xsanggup tgk darah 2minggu.
      Yg mase aku miscarried tu pon aku x kecoh sebab x elok kecoh kalo belom 3 bulan, sebab 3 bulan pertama tu sgtla high risk uk miscarried. Lps miscarried, lagiiilah x brani kecoh.
      Hmm sian ko, peer pressure dgn org sekeliling. Takpe, buat hati kering je. Pehtu nangis kat bantal.
      InsyaAllah, lps2 ni moga pregnancy yg seterusnya berjaya. Goodluck!

    • August 4, 2012 at 6:17 AM

      takziah juga cumelku. yup. semoga Allah menggantikan kita dengan yang lebih baik. amin🙂

      • November 7, 2012 at 9:37 PM

        Alamak I accidently terdelete comment sorg hamba Allah yg cerita pasal dia miscarriage.. So sorry.

        That someone, pls leave ur comment and this time I will make sure jari x tekan butang bukan2 lagi.. Sorry T_T

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: