Home > Whatever > [E] Resepi Laksa untuk Mama

[E] Resepi Laksa untuk Mama

Hi Mama,

Sorry semalam tak sempat nak tunjuk camana nak masak laksa Kuala Kangsar kat Mama, Ida dah masak dulu😛 Sebabnya, rahsia kuah laksa nak sedap ialah kena perangat lama-lama bagi asam keping tu kembang, bunga kantan tu lembut. Dan satu lagi rahsia dah bagitahu Mama, kene letak Ajinomoto!

Kuah laksa:

– preferably ikan sardin fresh, kalau tak ada Mama belilah ikan yang rupa dia sama macam ikan sardin tu – macam semalam kita guna ikan selayang. Rasa dia pun lebih kurang jek. Murah plak tu. Semalam tu, Ida guna 18 ekor ikan saiz kecik, tak sampai sekilo pun. Basuh bersih-bersih & rebus sampai masak nak hancur pun tak apa.

– sementara tunggu ikan direbus, potong satu labu bawang besar yang besaaaar. kisar dengan belachan. preferably belachan Penang (utara) sebab kita nak masak laksa utara, bukan laksa Melaka😛 Tapi semalam Ida belasah guna belachan cap Giant jer. Yang ni kena agak-agak la saiz dia, semalam Ida guna 2x saiz ibu jari.

– bila ikan nampak macam dah siap, keluarkan ikan & toskan. Air rebusan tu jangan buang sebab yang tu nak buat kuah dia pulak.

– masukkan bahan yang dah kisar & cili boh (1 senduk besar hitam kat dapur Mama tu – nak pedas lagi boh sepeket terusss) dalam air rebusan ikan tadi. UPDATE: Lupa nak cakap – asingkan isi ikan dgn tulang, kisar isi ikan dgn sedikit air & campurkan dalam kuah laksa.

– masukkan daun kesum, bunga kantan & asam keping (semalam kita letak 5 keping) dan biarkan kuah mendidih lama.

– last skali masukkan garam & pak ajinomoto. Siap.

Condiments:

– timun, bawang, lettuce, cili merah, & telur rebus macam Mama tolong potongkan semalam.

Selamat mencuba!

ps: kalau condiments letak nenas & daun pudina = laksa Penang. which personally Ida langsung tak suka. tak paham kenapa antarabangsa declare laksa Penang tu antara paling sedap di dunia. hahaha. jangan maraaaaa orang Penang😛

Categories: Whatever
  1. zulia
    August 10, 2012 at 8:24 PM

    adoi. telan air liur aku baca laksa ko nih..

    • August 11, 2012 at 8:04 PM

      Haha patut baca lepas berbuke time.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: