Home > Whatever > [E] Rindunya nak raya kat kampung kuala

[E] Rindunya nak raya kat kampung kuala

pic 003

 

Dulu mase aku bujang, beraya kat kampung @ Kuala Kangsar lah memori membesar yang paling best! Yang bestnya pasal beraya kat kampung ni mestilah sebab suasananya. Budak-budak pakai baju raya berjalan dari rumah ke rumah kutip duit raya & orang surau pun datang ‘ngero’ dari rumah ke rumah baca doa selamat. Sebab tu boleh dikatakan tiap rumah kat kampung aku tu masak menu spesial tuk pagi raya!

Sejak kami dok kampung tu dulu, memang tiap tahun Mak akan masak sedap-sedap masa hari raya pertama.

Mihun sup utara.

Laksa kuala.

Soto ayam.

Mee kari.

Tu main course jer, yang side dish macam rendang ayam, kuah kacang makan dengan nasi himpit & lemang memang juadah wajib. Yang tu boleh kata Mak aku nak masak tiap hari pun boleh kahkahkah.

So tiap kali kami budak-budak (sampai aku dah anak dara pun) kalau nak pergi beraya kat rumah dalam kampung mesti bincang nak pergi rumah siapa dulu untuk isi perut. Rumah yang setakat hidang biskut beli kat pasar tepi bus stand kuala tu memang kami pergi yang last sekali lahhhh. Ape kelassssss😛

“Rumah Mak Jan tahun ni ada Mee Kari. Kek lapis sarawak pun ada!”

“Rumah Cik Yang Misah masak mee sup & soto ayam.” <– rumah aku le tu.

“Rumah Chuut masak laksa.”

“Rumah Pah Pa pun laksa.”

“Rumah Nyah Aki? Mesti dia hidang kek yang dia jual kat pasar malam tu kan? Heeee~~”

Jadi bila hari raya aku tak jumpa makanan yang macam ni, hati aku jadi sedih. Saaaaaaayuuuuuu.. hati ini makin sayuuuu~

Tahun ni giliran raya belah Win kat Johor. Raya belah Win ni senang je, makan kerepek – tengok tv – tidur – online – tidur. Tetamu pun tak ramai datang.

MakAyah aku pun tak jauh raya nanti, kat Kota Tinggi je.

Petang-petang raya tu bole la aku ajak Win raya dengan MakAyah dalam hutan kat Kota tu, kesian dorang beraya dengan adik aku yang kecik tu je, Mamat. Macam biase, Abang aku kawen dengan anak tunggal so memang konfem la dia tak balik raya pertama, akak aku plak beli tiket katerbang ke JB yang murah, which is only raya ke-4 baru balik jumpa MakAyah.

K, Mak.. tahun ni Ida nakkkkkk rendang pedas daging makan dengan lemang yang Mak buat, kuah kacang makan dgn nasi impit. Thee hee hee.

Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: