Home > HerHisTory > [E] MC – Aku faham perasaan kamu #2

[E] MC – Aku faham perasaan kamu #2

MC = Miscarriage.

Bila baca pengalaman D&C orang lain, aku rase seram sejuk pulak. Sebab aku punya tak sengeri diorang. Diorang kena cucuk belakang untuk bius! T^T Huk, aku ni penakut dengan jarum~

After ParentCraft Class yang aku attend dulu & tengok cara-cara doktor masukkan Epidural kat tulang belakang, aku terus set kat kepala otak “TAKNAK la Epi… takut!!”. Ya, aku lebih takutkan jarum kecik tu berbanding rase sakit bersalin sebenar kahkahkah. Anyway, I am still glad that I didn’t use Epidural and felt the original pain. Not really original lah sebab aku mintak induce mase nak kuarkan Aimi, malas nak balik umah dah bila dah sampai hospital😛 Orang kata induce ni sakit. But I didn’t care. The pain is considered bearable. What doesn’t kill you makes you stronger orang putih kata.

Since aku punya pregnancy masih awal sebab baru 7 weeks, so Dr. Bala suggest D&C je. Kalau nak tunggu keluar sendiri boleh jugak, tapi nanti banyak bleeding katanya. Dia ni macam tau-tau je aku takut darah banyak2 ni.

Mase Dr. Bala soh aku get ready untuk D&C, aku tanya “Sakit tak doktor?”

Then Dr. Bala kata, “Tak sakitlah.. I will put you into a very deep sleep. You won’t feel a thing. Within 15 minutes everything will be back to normal. After the D&C you’ll have normal bleeding like menstrual, and by this date next month you will get your next menstrual – if you are not pregnant.”

Aku diam. Masih takut nak say “Yes”. Tapi bunyi sangat convincing.

“But you have to make decision quickly. My anesthetic team are waiting in the OT. They were on-call this morning for my c-sect just now. ”

Ala dia nak cepat pulak. Tapi aku still takut, cemana ni? Aku call Win tanya camana, Win kata tak payah takutlah kalau Dr. Bala dah cakap camtu. Japgi dia sampai sebelum aku masuk OT.

So aku pun setuju tuk proceed with D&C.

Masa aku dah nak kene tolak keluar dari wad ke OT, Win sempat kejar aku. Dia hantar sampai pintu OT pastu bisik “I Love You”. Fuh, susah nak dengar ayat tuuuu, setahun sekali pun payah nak dapat tau? Dia bukan jenis cakap I Love You setiap hari.

Bila dah masuk OT, aku menggeletar sebab sejuk & takut. Then ada orang datang tanya nama, aku cakap betul tu nama aku. Dia cek tag nama aku jugak then dia kata jom kite buat D&C.

“Hi Hidayati, my name is Dr Suresh. I am the Anaesthetist. You ada allergic apa-apa painkiller? Pernah kena operate sebelum ni?” amboi banyaknya soklan.

“Setahu saya tak ada pun allergic apa-apa painkiller. Tak pernah pun kene operate sebelum ni.” aku jawab.

“She is a healthy young woman.” Dr. Bala cakap. Aku masih kenal dia walopon muka dia dah tutup dengan mask.

“You tinggal kat mana, Hidayati?” Dr Suresh ajak bersembang pulak, sambil siap-siap isi cecair dalam picagari.

“Erm, area Balakong sana. Tapi sebenarnya tak sampai Balakong lagi tapi tah kenapa nama taman tu Balakong.” Aku kalau nebes memang cakap banyak.

“Balakong? Bunyi macam belakang jerrr.. (ketawa)”  Then the whole anaesthetist team pun gelak.

“Kenapa nama tempat tu Balakong arr?” tanya Dr Suresh lagi. Sambil cucuk cecair tu dlm benda yang terpacak kat kapilari darah tangan kiri aku.

“Entah, mana saya tahu. Masa saya sampai situ nama dia dah memang Balakong.”

“Hahahah.. Ok, Hidayati. Bila saya kira satu, dua, tiga awak akan tidur.”

“ok…..” terus tidur lena.

………………..15 minutes later.

“Hidayati? Hidayati…” aku dengar ada orang panggil nama aku. Then aku bukak mata tengok salah sorang team anaesthetist tu yang kejutkan.

“Ok, dia dah sedar.” sambil dia panggil Dr. Bala.

Then dorang tolak aku keluar dari OT. Aku tengok Dr Bala cakap dengan Win.

Bila dah sampai wad, aku still rasa ngantuk gila pastu tidur lagi. Kesian Win tah brapa lama dia tunggu aku nak bangun.

Bila dah completely sedar, nurse bawak ke klinik Dr. Bala untuk check up lagi. Masa tu yang doktor kata, everything looks fine and aku boleh makan apa saja aku nak from McD to KFC. Dia pun kata ekceli aku boleh masok kerja tapi dia kesian so dia bagi cuti MC seminggu. And he said I can get pregnant as soon as possible. Thee hee hee. Takpe doc, saya nak bagi masa 2 bulan tuk saya hilangkan stress a.k.a meroyan.
That same day aku boleh discharge dah. On the way balik rumah, aku soh win stop kat jusco cheras selatan sebab nak makan McD & tengok wayang citer Harry Potter. Nak lepaskan tension la jugak.

Bill hospital = RM3000.

Terima kasih Felda sebab tolong bayarkan🙂. Nanti Win bayar balik kat Felda 20% dari total cost.

Eh, camana aku boleh ingat cerita 2 tahun lepas? Tapi aku lupa mana aku letak kunci rumah aku semalam?

Categories: HerHisTory
  1. August 15, 2012 at 12:04 PM

    moral tu yang down kan..aku dah ok dah..selepas membeli baju2 raya..tapi tak tahu la kalau lepas balik raya ni moral aku down..hahha..then bila ko preggy edot? selepas 2 bulan ke?..

    • August 15, 2012 at 12:06 PM

      haah, aku rest jap 2 bulan pastu try balik after dat. terus kena😛

      tapi cepat2 jumpa doktor sebab ada history miscarriage, then doktor bagi ubat hormon tuk kuatkan rahim kot.

  2. August 15, 2012 at 12:45 PM

    berpantang sakan dekat rumah since dh 16w pregnant memang induce stress la edot. lagi2 nak dekat raya ni. hehe. bestlah lepas d&c boleh makan mcd. syud mak dh bwk blk so xley mkn bukan2. haha

    a’ah. sakit kena cucuk. lain kali dah cakap kat im apa-apahal please bawak gi private. tak tahan OK jadi ayam tandoori!

    • August 15, 2012 at 1:29 PM

      kena pantang brapa lama? nak singgah sepang tgk korg pun xleh sebab win nk gerak balik johor jumaat mlm sabtu ni😦 korg raya kat perak kan?

      huuu, baca blog syud pun mcm dah rasa sakit T^T

      tp tula.. private ni mahal. kes aku pun sebbaik Felda kaver. miscarried kos RM3000 tak balik bawak baby, tapi beranak betul without painkiller at all = RM2800 & dapat balik bawak baby huhu. lagi mahal kos miscarried worr..

      insyaAllah, branak lagi nanti jgn mintak apa-apa painkiller, ehh.. so dat tak ada apa poking your spine🙂

  3. August 15, 2012 at 2:09 PM

    tah. ikut orang tua-tua 44hari. sebab gugur ni lagi dahsyat dari bersalin (diorang cakaplah). im maybe datang sepang esok (hari khamis). dia ada meeting dekat midvalley. rasa macam nak ikut dia. bosan ah dok rumah. haha

    kitorang balik perak raya pertama (hari ahad nanti)🙂

    next time nak ambil insurance prudential for mom tu kot. apa-apa complication diorang boleh cover. serik dah masuk hospital macam ayam.😀

    harap2 lepas ni ada rezeki beranak. taknak miscarriage dah. amin

    • August 15, 2012 at 3:05 PM

      fuh lamanyaaaa.. takpe ikut je cakap mak sebab dia memang akan jaga kite paling baik masa berpantang😀 takyah ikut sangat apa org lain kata kat fesbuk😛

      oh ingatkan Im dah sampai sepang skrg.

      k, nnt nk amik insurans tu make sure bace policy betul2. pnah bace pamphlet prufirst tu, dia kaver baby dalam perut tapi tak kaver si ibu, so mebi still kene byr jugak kos si ibu dok sepital. tahla ekk. tanya pada yg pakar.

      mase aku dulu, prulady aku tak kaver any maternity issue, sbb tu cuma insurans aku yg biase. so pakai GL win punye.

  4. nina nina
    August 16, 2012 at 8:59 AM

    2 taun lepas itu memori. something that have deep impact. that’s why it remains. Hilang kunci bagi impact sbb xleh masuk rumah je~ hihihi~

    • August 16, 2012 at 9:54 AM

      hehehe, betul jugak tu.

      benda2 kecik xde ruang dah dlm otak ni untuk diingati😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: