[E] Bumbo

Tadi aku ada bace artikel pasal Bumbo seat ni ditarik balik in US sebab banyak eksiden melibatkan skull fractures.

Bumbo tu apa? Ni ha.. seat untuk budak yang baru nak belajar duduk. Yang Aimi duduk ni bukan aku beli, ni jiran aku bagi pinjam. Kalau beli ni, kat mesia jual RM189 each. Mahal bebenor.

Ekceli seat ni bagus jugak especially tuk budak nak belajar duduk & makan. Tapi memang tak boleh letak lama-lama sebab kang dia nangis nak keluar. Bila dia dah kuat, memang dia akan tendang lantai sampai seat ni nak tergolek ke belakang/tepi. Sebab tu kena perhati bila letak budak dalam ni, bukan pegi buat benda lain.

Aku raselah kan, kebanyakan eksiden melibatkan Bumbo seat ni mesti sebab makbapak letak baby atas tempat tinggi macam atas meja ke, atas countertops, atas kerusi pastu dorang tak perhati. Tu yang jatuh dari tempat tinggi @ terhantuk kat mainan. Bahaya.

Masa aku letak Aimi dalam seat ni kat kampung Win @Masai sebab nak suap dia makan, ada makcik tu marah aku sebab letak Aimi dalam ni. Dia tanya “Dah bole duduk ke budaknye? Kalau tak boleh jangan letak.”

Tapi Aimi masa tu dah 7 bulan lah, dia nak duduk tapi tak reti imbang duduk tegak, asyik nak terjatuh. Sebab tu aku letak dalam seat ni. Haih, orang tua-tua zaman skrg ni ingat kita tak sayang anak kot.

Konsep dudukkan budak kat riba kita & suap makan, dengan konsep dudukkan budak kat dalam seat ni & suap makan – SAMA je kan? Cuma sekarang ada gajet macam ni, jadi apa salahnya guna?

Memang betul, kalau kita salah guna gajet ni boleh mengundang kemalangan. Jatuh & cedera. Tapi kalau kita guna betul-betul, boleh menyenangkan hidup kita, betul tak?

Samalah macam buaian, kalau guna betul insyaAllah selamat. Tapi kalau guna tak betul, macam-macam bole jadi.

Contohnya, macam pen. Pen sangat berguna untuk menulis, tapi kalau kau pergi cucuk mata budak dengan pen, apa.. kau nak tarik balik semuaaaaa keluaran pen?

  1. Aito
    August 16, 2012 at 10:35 PM

    Cute cgt analogy pen ituh.hehehe..p seriously cgt agree edot. Safiyyah membesar mmg gune bumbo. Dr xpndi ddk smpii pndi ddk. Hahah. Pegi mana mana sure bwk.sng kot. Bila time makan, xperlu nk gilir gilir pgg. Slalu gune pon time mkn la kot. Tapi mmg sntiasa observe. Skrg, dh tak muat cgt dah.hihi

    • August 17, 2012 at 11:05 AM

      aku dh jarang guna bumbo sebab dia pandai duduk dah. kalau letak pnu kang dia regangkan badan sampai bumbo nak terbalik tergolek.😛

      kalo kat kedai, mintak baby seat je kami ni. mls nk bawak bumbo gemok tu LOL

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: