Home > Shoutout > [E] Taknak tunjuk

[E] Taknak tunjuk

Dulu masa aku pregnant kali kedua lps miscarried, aku tak brani nak announce apa-apa kat dunia siber. Taktau la pasal apa. Sebab aku takut kut.

Even kat mertua pun aku tak bagitahu direct, aku rase dia tahu mase aku dah 4-5 bulan pregnant.

Masa 4-5 bulan tu perut aku tak besar pun, still bole pakai suar jeans & t-shirt pergi keje tiap hari. Ramai yang tak prasan so buat apa aku nak kecoh. Kawan-kawan ofis perasan bila dah masok third trimester sebab aku start pakai baju besar, baru diorang tanya, “Are you pregnant?” Ceh, aku lagi 3 bulan nak beranak baru kau prasan?

Terus terang aku cakap, gambar scan baby tu pun aku takut nak upload kat blog/FB. Aku simpan dalam buku Diari Kehamilan yang Win bagi je (padahal gambar scan aku sangat clear, tadelah blur tak nampak apa macam orang dok upload tu hehehe). Status FB aku pun takde yang cakap pasal pregnancy sangat. Blog langsung aku tak update – update pun hujung-hujung pregnancy je. Gambar masa peknen kalau ada pun, sama ada terpaksa amik sebab Hari Raya @ sebab candid.

Dan bila aku tengok orang lain upload gamba scan dorang, fuhh beraninye. Mebi sebab dorang tak pernah miscarried kot.

Aku tengok blogger yang pernah miscarried before, pregnancy yang seterusnya tu dia tak brani sangat nak cerita.

Ada sorang tu, dia masa 1st time found out dia “double-line” terus tulis kat status FB lebih kurang macam ni la bunyinya – “Syukur Allah tidak menyempitkan rezekiku untuk mengandung walaupun baru kawen..” dan dia cerita ada kawan-kawan dia yang terasa dengan status dia tu sebab seolah-olah rezeki orang lain sempit kalau masih tak dapat anak walaupun dah lama kawen. Izin Allah, dia keguguran lepas 6 bulan pregnant. Complication. Masa dia tengah sedih sebab baru miscarried, baru dia tersedar pasal status FB dia tu dan dia minta maaf kat kawan dia yang terasa tu. Then bila dia pregnant lagi skali, dia sikit pun tak cerita pasal pregnancy dia & gambar apa pun tak ada.

Sebenarnya, orang yang baru lepas ‘kehilangan’ akan terasa hati / terasa sedih / terase sayu bila baca blog/FB pasal baby @ pregnancy. Akulah antaranya.

Win masa tu lagilah, aku rase marah sangat kat dia sebab being insensitive. Aku faham dia nak ajak aku menghiburkan hati lepas apa yang dah jadi tapi dia ajak pergi shopping dgn kawan dia yang tengah pregnant 3 bulan. Dah tau aku jeles kan.. lagi nak buat aku hangin! Hish.

Sebab tu aku luahkan perasaan kat Farah, jiran sebelah umah aku. Farah cerita, dia pun sedih sebab masa dia miscarried 2nd pregnancy masa 3 bulan tu.. adik ipar dia tengah pregnant 3 bulan juga  – anak first. Farah nangis dalam bilik air je.

Pastu baru aku tahu, jiran sebelah rumah Farah tu anak dalam kandungan mati 1 minggu sebelum estimated due date – pregnancy ke-3. Terms dia stillborn kot. Ya Allah, lagi sedih tu. Diorang ada 2 anak lelaki, yang mati dlm kandungan tu baby girl. Bila diorang datang rumah tengok Aimi baru lahir, anak lelaki dorang cakap, “Adik kami dah mati, dah tanam dalam kubur dah pun.”

Speechless sekejap.

After all the stories pasal miscarried/stillborn, I told myself not to brag about my pregnancy – not until the baby is born. Because anything can happen during the pregnancy. Happy & excited memanglah kan.. tapi aku tahan. Ini akulah. Korang? Itu korang punye pasal. Kbai.

 

 

 

 

 
ps: Sorry kalau entry ni buat korang terasa.

Categories: Shoutout
  1. August 19, 2012 at 9:29 AM

    dah rasa the same feeling. trmsuklah husband being insensitive.ha3.lelaki sama je.kot?

    yup.rs bnda yg sama gak edot.pasni xmo update pape regarding pregnancy no matter how excited i am (nanti). miscarried..memang pedih🙂

    • August 20, 2012 at 11:58 PM

      Huhu, either dorg x paham apa kita rasa @ dorg nk buat sesuatu tuk bg kita kurang sedih tp benda tu still buat kita sedih.
      Bila aku dh xthn sgt nk crita tp xde kwn nk dgr aku ckp psl pregnancy, aku tls juga kat somewhere tp tmpt yg org xtau huhuhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: