Home > Whatever > [E] Aku bukan robot

[E] Aku bukan robot

September 20, 2012 Leave a comment Go to comments

Tipulah kalau aku kata tak penat. Tipulah kalau aku tak mengeluh.

Ada masa, badan ni pun penat jugak dengan kerja & kerja rumah.

Semalam balik kerja, aku sakit kepala agaknya sebab semalamnya tak boleh tidur ada budak menjerit macam kena dera. Dia mengigau sambil menjerit kuat gila! Bukan setakat tu saja, siap mengigau angkat-angkat bontot sambil tepuk tangan sebut “UDA! UDA!” (baca: kuda! kuda!) Sekali pakej batuk & sesema dia. Perfect for a sleepless nite.

Tapi aku cakap nak sedapkan hati, selama 10 bulan sejak dia ada ni… cuma malam tu yang paling dahsyat dia buat macam tu. Apa sangatlah kan?

Semalam walaupun sakit kepala tapi pelan-pelan aku potong bawang nak masak dinner. Semalam sebenarnya aku rase stress gila sebab selain memasak, baaaaaanyak lagi kerja rumah menunggu. Rasa nak menjerit sekuat hati kat dapur tau? Tapi kalau aku menyumpah seranah sambil memasak kang tak sedap pulak lauk ni nanti sebab tade kasih sayang. Dahlah tak dapat pahala sebab tak ikhlas, kan?

Jadi aku paksa diri untuk ikhlaskan hati. Haha, camana kira tu? Ikhlas ke tak? Tapi lama-lama stress tu kurang jugak.

Aku masak simple je, asalkan boleh isi perut. Nasib baik Tuhan anugerahkan suami yang tak banyak komplen, apa aku masak dia makan. Dia tolong mandikan & main dengan Aimi sambil aku masak. Kurengggg sikit tension aku nak kene buat semua kerja.

Rambut yang banyak gugur atas lantai dapur aku buat-buat tak nampak.

Kain baju yang bersidai panggil untuk dilipat aku buat-buat tak nampak jugak.

Pinggan mangkuk kotor bertingkat-tingkat dalam sink tu pun aku buat-buat tak nampak.

Kadang-kadang seni buat bodoh ni perlu jugak, supaya hidup tak tension sangat.

Lantaklah.

Kadang-kadang aku rase nak dok rumah je. Jadi surirumah yang berwibawa.

Tapi hor, hutang PTPTN, hutang kereta, bil astro, insurans semua sapa nak bayar?

Jadi, kerjalaaaaaahhh~

 

 

 

 

Categories: Whatever
  1. NrulB
    September 20, 2012 at 3:58 PM

    fuhh sabar edot..jadi suri rumah yg berkerja, lg pulak office hour dr 8-6 /9-6 mmg sangat menduga. lg lau haritu letih sangat / xberapa sihat.mmg tension je. Alhamdulillah aku lepas beberapa kali perang dunia..husb aku faham.. jdnya jemur ngn lipat baju, cuci berak/ mandikan si kecik semua buat sama2(kdg2 lau aku tgh masak dia buat sorg2)…masak je kena masak sendiri.hehe…

    sape tak nak jadi suri rumah berwibawa..aku pun NAKKKK..hehehe..

    • September 20, 2012 at 4:13 PM

      huhu tu larrrr.. sabar jele.

      tapi memang stress hor kadang2 tu time penat sgt. nak beli makanan dah bosan plak makan kat kedai.
      so aku slalu ckp kat diri sendiri, buat ni buat ni ikhlas nnt dpt pahala.

      daripada nk menjerit-jerit jadi aku diamm jek.

      • NrulB
        September 20, 2012 at 4:30 PM

        mmg stress sangat lau penat..tu bila tgok sorg lg tu tebaring je, tu yg rasa mcm nak jerit.lau penat sangat balik je aku tido dulu. pas tu dlm 8lebih baru start masak.kdg masak ikan bilis cili padi ngn telur dadar.tp yg penting masak.kan kan..🙂

      • September 20, 2012 at 5:12 PM

        Btol btol btol! Tp dlm hati nak juga hire bibik tlg kemas umah hahaha

  2. zulia
    September 20, 2012 at 11:45 PM

    btol!!! penat… ni blom lagi anak. huhu

    • September 21, 2012 at 11:19 AM

      so camana ah nak buat? pegi spa manjakan diri.. mahal sangat la pulak hahahaha.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: