Home > Whatever > [E] Keazaman yang kuat

[E] Keazaman yang kuat

Ini bukan cerita pasal Zuhrin Azam yang kuat. Tapi ni cerita pasal keazaman.. orang putih kata “determination”.
Kat office ni ada dua orang kawan aku tengah diet. Jenis yang course diet berminggu-minggu punya. Sorang tu duduk sebelah aku, so aku banyak la tahu pasal diet dia ni.

Diet dia ni kene buat 8 minggu berturut-turut katanya.

Dua minggu pertama tak boleh makan karbohidrat, sayur & buah. Cuma boleh makan protein & air masak je. Masa dia mula-mula start diet ni, dia bawa telur rebus 2 biji & sejenis noodle jepun yang digoreng tanpa minyak & garam. Makan dengan tuna dalam tin (yang dalam air, bukan mayonis). Tea time dia makan telur rebus.

Sedih benar mukanya masa makan, tak enjoy langsung.

Aku saja je menyakat dia, offer coklat bar Whittaker’s perisa kacang dengan 33% cocoa… “Taknak larrr..” katanya. Hehe, kuat jugak semangat dia ni.

Bila dia pergi jalan-jalan kat MidValley, katanya hati dia meronta-ronta nak makan donut lah, ice cream lah..

Aku cakap, macam tu la aku rase masa puasa. Rasa nak itu, nak ini. Padahal masa tak puasa tak hingin pun😛

Sekarang ni kawan aku tu tengah dalam minggu ke-2. Katanya suami dia dah berputus asa taknak ikut program diet macam tu lagi. “My happiness is now zero worr.. ” LOL. Tula, benda macam ni memang kene ada keazaman yang tinggi. Kalau tak kuat semangat, baru seminggu dah luntur..
Kawan aku plak tak sabar nak masuk minggu ke-3 sebab nanti dia boleh makan sup sayur. Tapi masih kene avoid carbs.

Isk kesian pulak aku tengok dia.. sebab duduk sebelah aku, memang kejenye melihat aku makan jela. Aku kan makan tiap 2 jam? Sebab nak gain weight😛

Aku respek la kawan aku yang tengah diet ni. Dalam usaha dia nak diet, sanggup pantang makan.

Bukan macam sesetengah orang yang nak kuruskan badan, pantang tengok makanan dia ngappp!! Pastu komplen kata gemuk.

Haih tak pahamlah haku~

Categories: Whatever
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: