Home > Whatever > [E] Oh it’s November! Part 1

[E] Oh it’s November! Part 1

November.

Aku cuba nak ingat balik rase sakitnye bersalin normal tanpa sebarang painkiller, tapi tak boleh nak ingat secara tepat pulak. Dah nak setahun pun, agaknye otak hilangkan ingatan part sakit tu sebab tanak aku phobia nak beranak lagi kot😛

Seingat aku, 2 minggu sebelum estimated due date aku dah cuti. So lepak kat umah rileks-rileks tengok tv senang hati tak payah fikir pasal kerja. Heaven. Siap boleh jahit comforter tuk baby.

Khamis 17 November pagi subuh, ada kesan darah kat panties. Aku cuak.. sebab dulu masa miscarriage pun tanda macam ni lah. Dahlah aku tak tahu rupa tanda nak bersalin macam mana. Win tengok kesan darah tu dia kata, “Takde pape ni. Rileks je” (ceh macam la dia tauuuu) & dia pun pergi kerja macam biasa. Tapi lepas 15 minit camtu aku tengok kesan darah makin banyak pulak.

Kaget.

EDD sebenarnya 21 November.

Telefon Win soh patah balik sebab aku rase tak sedap hati. Nasib baik Win pun tak jauh mana, so sementara tunggu Win sampai aku siap-siap mandi & bawak beg nak pergi hospital tunggu depan pintu. Tak sarapan pun sebab gelabah puyuh.

Sampai hospital dorang masukkan dalam labour room. Pukul 8am doktor kata baru buka 2cm. Tak rasa contraction kuat sangat pun, macam mild period pain je.

Pukul 12 tengah hari doktor kata still 2cm. “So macam mana? Pergi balik dulu lah, nanti dah rasa sakit datang sini semula ye?” Aku kerutkan kening tanda protes disuruh balik & datang semula. Malaslah. “Atau kalau you taknak balik, kite induce je. Dah full term pun, rambut baby pun dapat rasa tadi. OK je kalau kite keluarkan dia harini.”

“Bolehla doc, kite keluarkan dia harini. Malas betul nak balik & datang sini balik.” Kang dibuatnya beranak sabtu @ ahad, mahal la bil bersalin! TAKNAK. Marilah bersalin hari weekdays kalau nak bil murah sikit. Ceh, macam lah bayar bil guna duit sendiri😛 nape kedekut sangat tah.

Doktor Mashita pecahkan ketuban dengan satu device macam lidi plastik pastu aku rasa macam ada air panas keluar tapi aku tak boleh nak tahan. Rasa macam terkencing tapi tak boleh tahan gituu. Pastu diorang pasang drip yang aku agak mungkin Pitocin. Ada hikmahnya aku tak tahu pasal induce ni, sebab otak aku tak cakap yang induce ni adalah sangat menyakitkan. Tak tahu maka tak takut. Anggap jela dalam drip tu ada hot chocolate😛

Ignorance is bless.

“Air ketuban ok, jernih. Kalau hijau maknanya dia dah berak kat dalam. Tak elok.”

Lepas air ketuban dipecahkan, contraction baru rasa macam sakit sikit. Mula-mula rasa macam period pain yang sakit tu. 2-3jam lepas tu rasa macam sakit masa miscarriage.

Tiap 2-3 jam nurse datang cek bukaan. Yang semua orang dok kata sakit tu lah. Ada nurse buat lembut-lembut tapi doktor punya seluk senak sikit. Tapi dorang ni lain-lain. Nurse kata 5cm tapi doktor kata 4cm. Mana satu betul entah. Yang pastinya, aku kene tunggu 10cm.

Tangan ada branula yang disambung kat drip, tak boleh baring mengiring kanan sebab heartbeat baby jadi sangat slow so kena sentiasa mengiring ke kiri. Tak boleh bangun nak buang air, panggil je nurse kata nak buang air kecik then dia akan letak besen bawah punggung & cucikan. Rasa macam anak raja dilayan sebegitu rupa, cuma sakit contraction je bezanya.

Dalam pukul 5pm, sakit makin intense. Baru bukak 5cm masa tu. Fuh, nasibbaik bukak jugak. Kalau induce tanak bukak, seksa la jawabnya.

I refused the offer to use Epidural. Konon nak rasa bersalin normal tanpa painkiller. Walaupun tak natural. Eh, kalau macam tulah rasa sakit induce without painkiller, agaknye kalau bersalin natural tak sakit mana kot, kan? Sebab induce without painkiller is still bearable – at least to me.

Macam mana aku buat bila sakit contraction tu datang?

Win cuba bagi aku dengar MP3 zikir, katanya boleh jauhkan syaitan. What the??

Tapi aku tak suka, aku buang je headfon sebab rimas ada banyak benda lekat kat badan aku lah. Aku lebih suka dengar bunyi heartbeat baby dalam perut masa tu. Laju & ada rhythm.

Aku mengiring mengadap dinding yang ada wallpaper bunga ros, aku fokus kat satu je bunga. Tiap kali contraction, aku diam, pandang tepat kat satu je bunga ros tu & baca Qulhuallah dalam hati sampai abis. Tangan aku paut kuat-kuat kat palang katil, tak sampai hati nak hancurkan tulang tangan Win.

Contraction tu datang macam wave, boleh predict bila dia nak serang. So dah tau agak. So dah boleh sedia bila akan rasa sakit. Bila boleh agak, tak rasa takut sangat.

Win pun tak tahu nak buat apa, dia duduk diam je tepi katil tengok aku diam. Dia tanya sakit tak? Aku kata pergi tengok graf sana, kalau graf tu tinggi saya tengah sakit😛

Cut the long story short, pukul 7.30pm aku rasa macam nak terberak sangat. Rasa macam tengah sembelit ada tahi keras nak keluar😛

“Nak berak. Nak berak..” merayu kat nurse. Nurse check baru 7.5cm. Memang taklahhh dia nak bagi aku teran kan? Kene tunggu 10cm jugak.

Buat-buat tanya boleh tak aku teran sebab kalau teran ni mesti lega. Of course dia kata jangan teran lagi, suruh aku tahan. Sambil-sambil dia membebel tu dia tolong koyakkan lubang kat bawah. Fuhhhh.. tak tau rasa nak terima kasih atau nak terajang dia.

Aku cakap banyak kali pasal nak berak sebab nak hint dia soh panggil doktor. Aku tau, ni tanda baby punya kepala dah nak keluar.

Nurse semua dah siap-siap barang nak sambut baby, suruh aku kangkang luas-luas kat device yg support kaki & tangan paut kat tempat khas pada device tu. Nurse yang paling senior kat situ ajar cara-cara nak amik nafas masa nak push. “Tarik nafas dalam-dalam sekali, then teran. Jangan teran kat muka, tapi kat bawah je.” Aku kata nak mintak gas etonox sebab sakit sangat-sangat dah, tapi belum sempat nak amik gas doktor dah sampai!

Doktor masok je labour room then aku kata, “Nak push sekarang jugak! Bak towel nak gigit!”

Win berdiri sebelah kepala aku bagi semangat.

Dapat gigit towel, semua tenaga dapat difokuskan untuk push. Tak de ruang nak menjerit pun. Aku dapat rasa doktor sempat gunting buat episiotomi sebelum aku push for the first time.

PUSHHHH! Kepala baby keluar plup!

“Dah keluar kepala! Sikit je lagi push.”

Dengar Win cakap macam tu, aku tarik nafas dalam-dalam and then pushed for the second time.

PLUP! Meluncur laju keluar Aimi skali dengan tali pusat dia.

Lega! Lega sebab tiba-tiba kesakitan yang orang putih gambarkan sebagai “excruciating” tu hilang at once. Aku ingat aku sebut Alhamdulillah lepas tu.

Alamak, nak terkucil rasa. Sambung Part 2 nanti.

Ciao.

Categories: Whatever
  1. November 5, 2012 at 9:32 PM

    pergh. takutnya baca. :))

    adeh. episiotomy selalu kedengaran ngeri. haha.

    • November 6, 2012 at 7:00 AM

      Errr… episiotomy tu tak rasa sgt pon sebab contraction punya sakit lagi overwhelming masa hujung2 tu rasanya.
      Doktor biase buat epi kalo nk teran sblm bukaan 10 rasenye kan?
      Kalo bole tggu bukak 10 guna epidural, xyah rase episiotomy huhu…😉

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: