Home > aimi > [E] Oh it’s November! Part 2

[E] Oh it’s November! Part 2

Okeh, sambung cerita semalam Part 1.

Bila Aimi dah keluar, dorang tak bagi aku pegang pun.. cuma tunjuk “HAAAA baby girl. Tengok!” & terus bersihkan dia. Well, kan doktor dah scan kata pompuan 4-5-6 kali. Kalau bukan pompuan pon takpe, baju baby yang dah beli semua unisex.

Masa aku dengar Aimi mula-mula nangis, doktor tengah goyang-goyangkan tali pusat dari perut aku & rentap keluar plansenta @ uri. Dia tenyah-tenyeh perut aku untuk pastikan uri betul-betul dah tertanggal. Dia korek punya korek tak tahulah dia cari apa dalam tu. Pastu dia masukkan cotton balls serap baki darah pulak. Asyik sebut, “Sorry ye, sikit je lagi.”

Win pulak dah hilang ke mana tak tau, pergi isi borang kat kaunter kot tuk kelahiran.

Pastu aku pun tak pasti doktor ada cucuk bius kat ‘situ’ ke tak sebelum dia start menjahit. Sebab aku dapat rasa setiap kali jarum tu mula memasuki kulit kat ‘situ’ tapi tak rasa ngilu pun. Tu yang aku kompius, ada bius ke tak ek? Tapi aku memang dok statik tak gerak-gerak lar, pandang je siling & biar je dia jahit kat ‘situ’ elok-elok untuk kesejahteraan rumah tangga LOL. Tapi lepas jahit, bolehhhh pulak nak korek lagi cakap tertinggal sesuatu. “Sorry ye..” Aik, tertinggal cotton balls tadi ke?

Apa yang aku rasa?

Macamana nak terangkan ekk, ok camni. Sebab dah rasa sakit yang amat sangat sebelum tu, apa-apa je yang terjadi seterusnya dah tak rasa sakit langsung.

Patutlah kawan aku yang bersalin tapi guna painkiller Epidural kata yang dalam TV tu tipu.. dia bersalin tak mengerang macam tu pun – rilex je katenye. Dah tu, kau pakai epidural memanglah boleh rilex, Kiah! Tapi dia kata sakit & ngilu masa jahitan kat ‘situ’ sampai doktor marah-marah dia sebab angkat punggung. Oh, now it all make sense. Kalau tak sakit masa nak bersalin, nanti sakit masa nak jahit sebab kesan Epidural kau dah hilang. KAHKAHKAH.

Pastu nurse bagi aku Milo suam. Nikmatnya ya Allah. Dari siang tadi aku tak makan apa dok tahan sakit saja.

“Eh, kenapa baby awak ni kulit dia.. bersih? Tak ada keruping keruping macam baby lain.” Nurse yang bersihkan Aimi tanya.

“Saya minum air kelapa.. kot?” aku pun tak sure jawapan aku betul ke tak.

“Minum lepas 8 bulan eh? Patutlah…” doktor pula menyampuk.

“Ok, nah bagi baby minum susu.” Nurse hulurkan Aimi yang berbalut dengan kain kaler pink.

First time aku pegang Aimi, dalam hati Ya Allah, muka macam arwah Opah! Hidung tu macam aku punya lah tapi..

Terkial-kial aku pegang baby Aimi yang lembik tu & nak support dia untuk dekat dengan breast. Nasib baik nurse tu baikkkk sangat. dia ajar aku kene duduk selesa dulu, then camana nak ‘aim’ puting masok mulut baby, camana nak kejutkan baby soh menyusu, camana latching yang betul. Lembut je dia ajar. Siap dia urut-urutkan breast untuk stimulate susu keluar. Tunjuk ajar yang first tu yang penting.

Punyalah lama dorang nak siapkan wad, 2 jam aku dalam labour room lepas bersalin tak buat apa-apa. Aimi dorang bawak pegi nursery untuk tidur.

Dah dapat wad, parents & kakak aku pun sampai hospital. Aku mintak nak in-room dengan Aimi sebab nak tidur dengan dia malam tu. Barulah bonding sikit. Win tak sempat nak qamatkan Aimi sebenarnya sebab dia ke hulu ke hilir setelkan borang apa tak tau. Ayah yang qamatkan.

Sekian cerita tentang November 2011.

Nanti nak sambung cerita pasal berpantang dengan Mak pula.

Caucincau~

Categories: aimi
  1. huserk
    January 27, 2013 at 4:30 PM

    heheh mnareknya baca kisah ni.. hehe

    • January 27, 2013 at 4:53 PM

      Lorrrrr lama dah tulih crita ni last year November😛
      Huserk smbg PhD ekk? Bestnye dok kat UK. JELES AH

      • huserk
        January 29, 2013 at 6:15 AM

        Hehe baru baca saja scroll blog nak stalking hehe.. a ah baru start last november jugak..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: