Archive

Archive for the ‘aimi’ Category

[E] Vacation

November 27, 2012 2 comments

image

 

We are going for a vacation this weekend a.k.a gathering in Bayou Lagoon Resort, Melaka!

Yahoooooooooooooooo~

Nope, it’s not my gathering, but Win’s secondary school punya gathering.

Personally, I don’t like to attend gathering.
I think those who come to gathering are more interested to show off how much have they accomplished.

What car are they driving.
What job/position are they having.
How much money are they making.
How big is the house they have bought.
How many kids they have.

Yada yada yada.

I hate that.

Ok tak semestinya semua orang yang pergi gathering macam tu.
Tapi mesti ada, kan.. yang datang gathering akan tanya kita soalan standard ni?

Kami tak pernah pergi lagi tempat ni, rasanya macam baru siap.
Harga bilik termasuk harga tiket waterpark.

Kami book apartment 2 bilik, tapi dok bertiga je sebab Win tanak kongsi dengan orang lain.
Aku lagi suka.

Kalau anak kami nangis tengah malam tak ganggu orang lain.
Kalau anak orang lain nangis tengah malam tak ganggu kami.

Aimi setakat ni tak pernah lagi bangun tengah malam even untuk minta susu.
Heaven sangat.
Kalau dia terjaga & tengok puting dia hilang baru dia nangis.
Sumbat puting, dia tidur balik.
Senang gila ada puting, tulah aku dah cakap kat Win dia tak percaya.
Cuma susah nanti bila nak suruh dia buang puting 😛

OK main point is, kami dah lama dapat tidur yg berkualiti
& tak biasa kalau dengar bunyi menangis tengah2 malam.
Kalau dengar anak orang menangis memang.. errr, geram la jugak 😛

Harap-harap nanti Aimi tak buat perangai pelik-pelik bila dah sampai sana & tak dapat bilik berhantu.
Thee hee hee.

 

Advertisements
Categories: aimi, Jalan-Jalan, Whatever

[E] Happy 1st Birthday, Aimi Zahra

November 22, 2012 Leave a comment


Dah lambat sangat entry ni sebenarnya, birthday Aimi 17 November yang lepas.

This year kebetulan birthday dia jatuh pada hari Sabtu, selepas 2 cuti umum Deepavali & Maal Hijrah, so kami balik Johor seminggu last week sambut birthday Aimi kat JB.

Dalam handphone aku tak ada gambar Aimi potong kek untuk di-upload kat blog, sebab aku sibuk tolong pegang pisau nak potong kek masa tu. Tok Wahid-nya Aimi sponsor kek aiskrim. Ngeh ngeh ngeh, thanks Tok Wahid.

Nenek pula belikan hadiah Aimi gelang kaki berloceng. So sekarang senang nak tau mana Aimi dok ada, ada bunyik tring tring!

So untuk menjamu keluarga makan-makan masa harijadi Aimi tu, aku masak 2 large pizzas, 30+ pcs beef kebabs skewer & fruits skewer.

Seronok ada adik ipar ramai-ramai ni, dorang tolong memasak sekali! Heh, thanks Hani, Hariz & Haziq. And Adi yang tolong BBQ.

Alamak, gambar skewer kebab tak dapat sebab aku sibuk gila mencucuk!!

Kak ipar aku plak masakkan shepherd pie & triffle. And bagi hadiah baju tuk Aimi XD – Thanks, kak yan & abg amy!

Simple je sebab sambut birthday budak setahun ni, bukan dia paham pun. Yang dia tau dia happy sebab ramai dok nyanyi lagu birthday kat dia.

Kawan-kawan Aimi kat neseri nanti aku bagi pek biskut meringue je yang aku order kat kawan opis yang lama. Dia bukak kedai pastry dah sekarang, tak kerja programmer dah.

Happy birthday, Aimi Zahra!

Semoga Aimi membesar menjadi anak yang solehah, sihat dan cerdik. Amin.

Categories: aimi, Wish & Greeting

[E] Oh it’s November! Part 2

November 6, 2012 3 comments

Okeh, sambung cerita semalam Part 1.

Bila Aimi dah keluar, dorang tak bagi aku pegang pun.. cuma tunjuk “HAAAA baby girl. Tengok!” & terus bersihkan dia. Well, kan doktor dah scan kata pompuan 4-5-6 kali. Kalau bukan pompuan pon takpe, baju baby yang dah beli semua unisex.

Masa aku dengar Aimi mula-mula nangis, doktor tengah goyang-goyangkan tali pusat dari perut aku & rentap keluar plansenta @ uri. Dia tenyah-tenyeh perut aku untuk pastikan uri betul-betul dah tertanggal. Dia korek punya korek tak tahulah dia cari apa dalam tu. Pastu dia masukkan cotton balls serap baki darah pulak. Asyik sebut, “Sorry ye, sikit je lagi.”

Win pulak dah hilang ke mana tak tau, pergi isi borang kat kaunter kot tuk kelahiran.

Pastu aku pun tak pasti doktor ada cucuk bius kat ‘situ’ ke tak sebelum dia start menjahit. Sebab aku dapat rasa setiap kali jarum tu mula memasuki kulit kat ‘situ’ tapi tak rasa ngilu pun. Tu yang aku kompius, ada bius ke tak ek? Tapi aku memang dok statik tak gerak-gerak lar, pandang je siling & biar je dia jahit kat ‘situ’ elok-elok untuk kesejahteraan rumah tangga LOL. Tapi lepas jahit, bolehhhh pulak nak korek lagi cakap tertinggal sesuatu. “Sorry ye..” Aik, tertinggal cotton balls tadi ke?

Apa yang aku rasa?

Macamana nak terangkan ekk, ok camni. Sebab dah rasa sakit yang amat sangat sebelum tu, apa-apa je yang terjadi seterusnya dah tak rasa sakit langsung.

Patutlah kawan aku yang bersalin tapi guna painkiller Epidural kata yang dalam TV tu tipu.. dia bersalin tak mengerang macam tu pun – rilex je katenye. Dah tu, kau pakai epidural memanglah boleh rilex, Kiah! Tapi dia kata sakit & ngilu masa jahitan kat ‘situ’ sampai doktor marah-marah dia sebab angkat punggung. Oh, now it all make sense. Kalau tak sakit masa nak bersalin, nanti sakit masa nak jahit sebab kesan Epidural kau dah hilang. KAHKAHKAH.

Pastu nurse bagi aku Milo suam. Nikmatnya ya Allah. Dari siang tadi aku tak makan apa dok tahan sakit saja.

“Eh, kenapa baby awak ni kulit dia.. bersih? Tak ada keruping keruping macam baby lain.” Nurse yang bersihkan Aimi tanya.

“Saya minum air kelapa.. kot?” aku pun tak sure jawapan aku betul ke tak.

“Minum lepas 8 bulan eh? Patutlah…” doktor pula menyampuk.

“Ok, nah bagi baby minum susu.” Nurse hulurkan Aimi yang berbalut dengan kain kaler pink.

First time aku pegang Aimi, dalam hati Ya Allah, muka macam arwah Opah! Hidung tu macam aku punya lah tapi..

Terkial-kial aku pegang baby Aimi yang lembik tu & nak support dia untuk dekat dengan breast. Nasib baik nurse tu baikkkk sangat. dia ajar aku kene duduk selesa dulu, then camana nak ‘aim’ puting masok mulut baby, camana nak kejutkan baby soh menyusu, camana latching yang betul. Lembut je dia ajar. Siap dia urut-urutkan breast untuk stimulate susu keluar. Tunjuk ajar yang first tu yang penting.

Punyalah lama dorang nak siapkan wad, 2 jam aku dalam labour room lepas bersalin tak buat apa-apa. Aimi dorang bawak pegi nursery untuk tidur.

Dah dapat wad, parents & kakak aku pun sampai hospital. Aku mintak nak in-room dengan Aimi sebab nak tidur dengan dia malam tu. Barulah bonding sikit. Win tak sempat nak qamatkan Aimi sebenarnya sebab dia ke hulu ke hilir setelkan borang apa tak tau. Ayah yang qamatkan.

Sekian cerita tentang November 2011.

Nanti nak sambung cerita pasal berpantang dengan Mak pula.

Caucincau~

Categories: aimi

[E] Biarkan luncai terjun bersama labu-labunya

March 7, 2012 6 comments

Biarkan dia minum susu lembu. Ada susu orang dia tak mahu.

Kan dah sembelit? Tak berak 3 hari.

Biarkan. Asalkan dia mahu minum.

Buatnya dia buat saspen macam minggu lepas tanak susu langsung kat neseri.. lagi aku cuak.

Dan sebenarnya aku dah nak putus asa nak pam susu kat ofis ni. Sikit je lagi sabar yang tinggal. Tapi aku akan gagahkan juga, sampai bulan 5 nanti kot.

Tiap hari aku pam susu kat ofis. Bila bagi kat neseri.. neseri kata Aimi takmo minum. Laaa ni, banyak plak botol susu dlm freezer takde orang nak minum. Haih.

Rasa camana ehh.. sedih pun ada. Kecewa pun ada.

Ni kalau orang yang obses pasal exclusive breastfeeding tau pasal ni, sure dorang mengata letu.

Cuba dorang dok dalam situasi aku ni tengok.. nak mengata ke tak? Cuba kalau anak korang pandai memilih (tapi salah membuat pilihan) macam Aimi. Kalau korang marah, dia merajuk langsung tanak minum waktu siang. SELAMA SEMINGGU.

Try tengok??! Cuba rasa apa aku rasa.

Tak semua orang bertuah macam korang yang berjaya exclusive breastfeeding. Jadi janganlah cepat judge aku, “Oh, she is not a good mother. She failed to breastfeed her own child.” Yada yada yada… bosan.

Oklah, aku admit yang Aimi start minum susu lembu pun sebab aku. There was one day when I only managed to packed up 4 bottles instead of 5 for the nursery. Masa tu, banyak tu je aku dapat bekalkan. Bila dah petang tu, aku sampai lambat sikiiiiiit je & Aimi dah minta susu tapi bekalan dah habis jadi dorang terpaksa guna susu lembu yang aku bagi sebagai back up.

And starting from that day, Aimi knew that there is another type of milk which taste sweeter than mommy’s milk – Cow’s milk (T_T)

Since that day too, every time nursery bagi kat dia EBM (expressed breast milk) dalam botol, bila dia rasa “ni susu mama tapi dalam botol”, dia buat gigit-gigit je. TAPI bila nursery bagi susu lembu tu, laju pulak dia minum. This happen everyday till yesterday. And maybe, today.

Bila mengadu kat Mak pasal ni, Mak kata, “Nak risau apa?  Kamu dulu pun telan susu lembu juga! Tak payah sedih sangatlah.” Asalkan anak tu mau minum, biar je dia.

Jadi, biarlah.

 

Categories: aimi, Shoutout

[E] Kesiannya

February 27, 2012 5 comments

Tiap kali orang tanya, “Mana you hantar your baby?”

Aku jawab, “Nursery”

“KESIANNYAAAA…”

Tulah jawapan yang selalu aku dapat. Kesian? Sebab aku hantar ke pusat jagaan kanak-kanak yang ramai orang maka anak aku tak dapat perhatian sepenuhnya?

Aku pun kesian juga tapi keputusan ni aku buat lepas pertimbangkan baaaaaanyak perkara.

Kalau diikutkan, neseri tu bising sangat – Aimi nak tidur pun susah. Aku tau sebab aku dah duduk kat neseri tu halfday tengok keadaan kat sana. Budak-budak main lari sini sana, baling mainan hampir nak terkena anak aku. Yang merayap & merangkak tu menangis melalak-lalak. Yang dah berlari pula tolak budak yang baru nak belajar berjalan. Hiruk-pikuk jadinya.

Tapi aku tak buat apa-apa sebab nak tengok apa tindakan cikgu-cikgu kat neseri tu.

At first thought, aku tak mahu tinggalkan Aimi kat situ.

Tapikan, mana ada tempat yang sempurna. Itu aku kena terima.

Masa hantar Aimi ke neseri, aku cuma boleh berdoa banyak-banyak supaya tak ada perkara buruk yang jadi.

Aku terpaksa. Tak ada pilihan dah.

Neseri tu cuma walking distance dari rumah, jadi kalau aku lambat balik tak sempat ambil Aimi sebelum pukul 7, aku boleh minta tolong Win jemput Aimi naik stroller je. Neseri dekat jadi tak payahlah aku bawa Aimi lama-lama dalam kereta. Kalau nanti dia dah pandai menangis tak mau duduk dalam carseat pun aku tak kisah sebab tak payah dengar dia nangis lama-lama.

Cikgu kat neseri tu rajin mandikan Aimi. Asal berak je mandi. 2x mandi kot, sebab baju yang aku bagi (3 pasang) semua dah dipakai bila Aimi balik petang-petang. Kuku pun cikgu potongkan. Lepas mandi, cikgu urut Aimi dgn baby oil. Jadi aku puas hati yang tu. Adalah yang aku tak berapa puas hati tapi takpelah, bukan major thing pun.

Part bising tu, Aimi has to learn how to sleep with all that noise.

Mak aku pesan, pastikan hantar Aimi ke neseri dah siap mandi.

So, Aimi aku mandikan pukul 6.50 tiap pagi. Kesian? Tak jugak. Aku mandikan dengan air suam, bukan sejuk gedi. Dan at least, aku mandikan dia & spend time urut dia lepas mandi. Dia suka.

Ada je parents hantar kat neseri, anak tu pakai baju tidur yang neseri pakaikan petang semalamnya. Maknanya parents dia tak buat apa2. Yang tu aku lagi kesian kot.

 

 

 

Categories: aimi

[E] Yuhuuuuu

February 25, 2012 3 comments

Fuuuuuuuuuuhhhhhhhh… sibuk ya amat lah bulan ini.

Masuk kerja kol 9pg, kene balik kol 7mlm. Kene punch hour 10jam sehari! Hujung minggu pun kene buat kerja!

Tapi aku cakap tak boleh la Boss balik kol 7mlm, aku kene fetch Aimi sebelum 7mlm sebab nanti kene extra caj. Lagipun budak tu pukul 7 je dah expect dapat nenen, kalau aku lambat je memang dia mengamok, mengaruk. Rase bersalah weh kalau amik dia lambat.. Jadi aku balik 6.30ptg, sambung keje dari rumah sampai 12mlm.

Well, sorilah blog ni dah nak menjadi blog emak-emak. Sebab aku tak ada tempat nak bercerita pasal anak kat ofis. Kawan-kawan ramai yang single dan aku tak mahulah membosankan dorang cerita pasal benda yang dorang tak tahu (atau mungkin tanak amik tau). Cerita kat sini lah ye?

Aimi tanak susu badan yang aku bekalkan sepanjang seminggu dia kat neseri baru-baru ni. Dah kene paksa dengan cikgu kat nursery pun, dia tanak juga. Tapi kalau bancuhkan Anmum, wahhh laju je 4oz susu die bedal sekali minum! Saje je kan… ?

Susu aku bekal bukan susu lama, semalam punye stok arini buat minum tau? Lainlah kalau susu tu stok 3 bulan lepas, lojik la kalau dia tanak sebab rase dah tak sedap ke.. busuk ke..

Haih, Aku malaslah nak bersedih-sedih hal camni. Bukan aku tak usaha pam susu kat opis nak bagi dia. Aku pam susu tiap 3jam walaupun sibuk gila kat ofis. Stok susu ada tapi dia yang tak mahu. Aku nak buat macam mana? Dah buat trick tukar botol pun tak berapa nak jalan.

Susu Anmum tu, cikgu nursery bancuh dalam botol Avent. So aku bagi botol NUK untuk nursery try feed Aimi susu badan. Mula-mula dia mau tapi sekarang dah tau bezakan so dia tetap nak Anmum juga. Yang peliknya, bila Win yang feed dia susu dalam botol NUK tu, dia boleh pula telan? Ahhh, anak Papa.

Suka hatilah, Aimi oiiii~ Malam je die nak susu badan.. ok la tu daripada tanak langsung. Itupun dia malasssss sangat nak bangun menyusu, lebih besarkan tidur. Patutlah tembam.. kuat tidur HAHAHA.

Oh, Aimi sekarang 6.35kg masa cucuk 3bulan aritu. Pipi je tembam tapi badan slim & tinggi cehcehceh.

OKlah aku dah penat keje 10jam harini.

Baibaibai.

 

Categories: aimi, Whatever

[E] Apa khabar

February 14, 2012 4 comments

Aku dah kembali bekerja hujung bulan 1 aritu. First day sampai kat bangunan ofis, aku lupa mana floor yang project team aku duduk? Wing mana? Sebab kompeni ni sewa ofis level 3, 4 & 5 so aku memang confuse gile mase tu mana aku nak tuju. Nasib baik aku jumpa jugak last-last.

First day kawan-kawan ofis tengok aku, dorang kata aku kurus!! Siap tanya tips. Bwahahaha.. sapa kata orang lepas bersalin akan menjadi gemuk? Memang boleh kurus ok. Ekceli taklah kurus sangat tapi at least aku dapat ideal weight. Dulu aku underweight.

Aku raselah, boleh kurus cepat kalau mase pregnant tu berat badan naik ikut yang dicadangkan. Masa hujung-hujung pregnant berat dalam 62kg, ni baru jap tadi aku timbang berat badan.. sekarang 52.9kg. Seluar jeans longgar & londeh sudey.

Lagipun masa aku pregnant tu, bulan puasa – aku puasa penuh tolak lima hari HAHAHA. Sebab demam & termuntahkan sahur. Masa awal-awal tu muntah tiap hari jadi berat turun 2kg.

Mase berpantang plak memang Mak aku tak bagi tambah nasi. Tak boleh makan makanan berlemak & bersantan. Bertungku & paling penting pakai bengkung ketat-ketat. Ni pun dok pakai lagi korset waktu siang pergi ofis – sebab tu la nampak slim kahkahkah.

Aimi plak kat neseri macam ok aku tengok. Masa dia kat sana aku tak tahulah macam mana, tapi bila aku ambil dia petang-petang tak comot lah. Dah mandi, tukar baju, cikgu tolong potongkan kuku, urut perut sebab kembung.

Manalah tak kembung, malam-malam dia tidur dari maghrib sampai subuh taknak bangun minum susu. Dulu aku kejut gak soh minum tapi dia boleh menangis sebab aku kacau dia tidur & die tak mau minum! Fenin la akakkkk~ Mak aku kate, biarlah dia tidur.. kalau dia lapar dia mintaklah susu. Tapi best gak wey, sekarang aku boleh tidur lena sebab dia tak meragam malam. Baik aku enjoy saat ini sebelum dia pandai buat hal.

So kepada yang wish aku “selamat berjaga malam…”… your wish didn’t come true – yet. HAHA.

Tadi cikgu nursery Aimi kata yang dia tanak susu badan yang aku bekalkan, dia nak susu tepung Anmum yang aku spare dalam beg dia in case aku punya bekalan susu tak cukup. Haihlah anak~

Aku ni usahalah perah susu setakat ada. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang orang tua-tua kata. Harini perah, esok minum. Susu tinggal sebelah je ni, punyalah susah hati. Besar sebelah plak tu, tak belen! Eeeeee~ Aku dah minum susu soya Melilea, telan habatussauda, minum air banyak2.. adalah sikit peningkatan. Tapi budak ni tak nak pulakkkk ah sudah.

Win pula bolehlah diharap jaga anak. Pandai mandikan, tukar lampin & pujuk2 sikit. Aku cakap terus-terang, tak pernah terlintas kat fikiran aku pun yang Win nak buat semua ni. Soh goreng telur pun dia guna microwave.. inikan tukar lampin anak kan?

Tapi nampaknya aku silap. Win boleh buat semua yang aku tak bajet dia boleh buat. Tulah, tak baik tau prasangka buruk kat orang 😛

Keep it up, Papa!

Be a good girl, Aimi!

Categories: aimi, Shoutout