Archive

Archive for the ‘Jalan-Jalan’ Category

[E] Vacation

November 27, 2012 2 comments

image

 

We are going for a vacation this weekend a.k.a gathering in Bayou Lagoon Resort, Melaka!

Yahoooooooooooooooo~

Nope, it’s not my gathering, but Win’s secondary school punya gathering.

Personally, I don’t like to attend gathering.
I think those who come to gathering are more interested to show off how much have they accomplished.

What car are they driving.
What job/position are they having.
How much money are they making.
How big is the house they have bought.
How many kids they have.

Yada yada yada.

I hate that.

Ok tak semestinya semua orang yang pergi gathering macam tu.
Tapi mesti ada, kan.. yang datang gathering akan tanya kita soalan standard ni?

Kami tak pernah pergi lagi tempat ni, rasanya macam baru siap.
Harga bilik termasuk harga tiket waterpark.

Kami book apartment 2 bilik, tapi dok bertiga je sebab Win tanak kongsi dengan orang lain.
Aku lagi suka.

Kalau anak kami nangis tengah malam tak ganggu orang lain.
Kalau anak orang lain nangis tengah malam tak ganggu kami.

Aimi setakat ni tak pernah lagi bangun tengah malam even untuk minta susu.
Heaven sangat.
Kalau dia terjaga & tengok puting dia hilang baru dia nangis.
Sumbat puting, dia tidur balik.
Senang gila ada puting, tulah aku dah cakap kat Win dia tak percaya.
Cuma susah nanti bila nak suruh dia buang puting 😛

OK main point is, kami dah lama dapat tidur yg berkualiti
& tak biasa kalau dengar bunyi menangis tengah2 malam.
Kalau dengar anak orang menangis memang.. errr, geram la jugak 😛

Harap-harap nanti Aimi tak buat perangai pelik-pelik bila dah sampai sana & tak dapat bilik berhantu.
Thee hee hee.

 

Categories: aimi, Jalan-Jalan, Whatever

[WE] Langkawi Trip

July 18, 2012 2 comments

Kami pergi ke Langkawi 3 hari 2 malam pada hujung minggu yang lepas. Parking kereta kat Putrajaya Sentral pastu beli tiket KL Transit ke LCCT.

Harga tiket tuk 2 orang RM11. Tapi disebabkan ke LCCT tak ada stesen KL Transit, kami kena turun kat Salak Tinggi & naik bas ke LCCT. Tambang bas termasok dengan harga tiket yang beli kat Putrajaya Sentral tadi.

Flight sampai di Langkawi dalam pukul 2 ptg macam tu. Aimi baik sangat dalam flight & tak nangis apa pun, maybe sebab aku sumbat mulut dia dengan pacifier sebab tak nak dia sakit telinga mase take off. Tu haaa yang tergantung kat baju dia tu, pacifier la. Selalu sangat ludah pacifier tak bagi signal, last-last gantung je sebab susah nak basuh kalau dah jatuh.

Lepas check in kami gerak ke kedai Pak Aji Mail ni. Beli coklat! Beli kain batik! Beli kain pelekat! Beli beg troli semata-mata nak bawak balik coklat ke KL!

Pastu tengok kat bahagian pinggan mangkuk & set Corning Ware.. Win kata, “Kalau nak, amiklah..”

Apelagi aku pun sambar laaa satu set Corning Ware hohoho! YABEDABEDUUUU~ terima kasih ye Hubby kerana mengganti balik set Pyrex yang awak pecahkan itu hari (hahaha mengungkit!)

Hari kedua kat Langkawi kami pergi ke Pulau Payar. Amik pakej Langkawi Coral RM110 per adult. Naik feri dalam 45 minit, dapat satu bento box nasi goreng sejuk & ayam goreng kejung with drinks & oren. Bolehlah. Yang penting kami dapat tengok Marine Park ni.

Air kat sini jernih & aktiviti utama kat sini adalah snorkeling. On our way from jetty to the beach, nampak corals, ikan nemo & baby sharks berenang kegembiraan di bawah jeti. Cantiknya subhanallah~

Aku saja celup Aimi dalam air laut ni sebab nak bagi dia rasa semua benda di sekeliling dia. Kawan aku takut nak celup anak dia, takut gatal katanya. Aku tak peduli, dari jauh aku datang takkan nak tengok saja.

Aimi suka je dok mandi pantai ni. Dia memang hantu air. Siap hirup air laut lagi! Bila dia rasa masin, mulalah buat muka pelik. Nasib baik dia tak makan pasir, tengok gambar muka dia macam nak makan pasir jek kan?

Aku dah lumur si pipi labuh ni dengan sunblock SPF50++ dengan harapan janganlah kena sunburn. Dahlah kulit dia memang sediakala gelap, kang jadi gelap lagi plak 😛 So far, tade masalah kulit pun budak ni lepas mandi pantai.

Budak ni baikkkkk sangat masa kat Pulau Payar ni. Dia dah kenyang pastu dia pun selamba tidur kat meja tepi pantai. Win sangatlah baik hati menjaga budak tu tidur hohoho.

Aku pun apa lagi berdesuppppppp pegi snorkeling! Corals kat sini taklah cantik sangat tapi aku suka masa berenang-pakai-baju-keselamatan tu, ikan-ikan comel datang berenang sama-sama. Sumpah aku tak bawak roti ke apa tau.

Our final day kat Langkawi, kami naik cable car kat Gunung Mat Chincang. Budak ni tak peduli pun gayat ke apa. Tapi masa naik cable car ni, tekanan udara berubah so sakit telingat sikit. Sebab tu aku sumbat pacifier kat mulut Aimi sebab nak suruh dia telan air liur tuk kurangkan rasa sakit telinga.

Cantik gilaaa permandangan dari atas cable car ni… nampak laut biru kehijauan gituuu~

Gambar ni kat checkpoint cable car pertama Gunung Mat Chincang. 700 meters above sea level. Budak ni mengantuk pastu cranky. Kena sumbat pacifier baru diam nak soh bergambar.

All in all, best bercuti kat Langkawi kali ni. Walaupun tak pergi ke tempat-tempat standard pelancong pergi, tapi aku puas hati.

Disebabkan si pipi labuh ni baik semasa bercuti, aku rase bole pergi bercuti lagi kat pulau lain kali 😀

Categories: Jalan-Jalan, Whatever

[E] Sungai Congkak ho-yeah

February 14, 2011 10 comments

Kami kelah kat Sungai Congkak pagi Sabtu yang lepas hohoho. Saje je pergi untuk relax-relax, tenangkan fikiran penat keje. Kami gerak pagi kol9 sebaik saje aku siap masak nasi lemak sambal tumis udang.

Sampai je kat sane, spot yang kami pergi first time aritu dah ada orang jadi kami pergi naik atas lagi cari spot kosong.

Sampai je haruslah makan weh. Makan tepi sungai perasaan dia lain sikit, lapar semacam.

Jadi makan pun tambah nasi lemak 2-3 kali.

Masa dok makan tepi sungai tu ikan tengas pun kerumun kat kaki. Ee, aku rase geli-geleman kalo ade bende lalu kat kaki tapi win suke pulak. Win letak nasi lemak dalam air tengok ikan-ikan tu kerumun.

Eee, idokleh teman. Geli.

Baiklah, memperkenalkan nasi lemak sambal tumis udang. Nak tau sedap ke tak, sila hubungi aku di talian telefon bimbit untuk tempahan.

Oh, nak tau sape yang amik gambo kami berdua?

Memperkenalkan, Im.

 

Lain kali kalo pergi lagi kat sana, nak beli khemah dan tdo satu malam kat sana ah.

Tanak ramai-ramai, serabut. Nak berdua jek.

Categories: Jalan-Jalan

[E] Ulu Kenas hilangkan panas

February 5, 2011 1 comment

Kat Kuala Kangsar cuaca memang panas terik sampai Sungai Perak pun boleh surut airnye!

Memang jauh beza ah dengan cuaca masa kami kat JB 5 hari aritu asyik ujan je. Ehhhh?? Kat kuale cume 3 hari! Kat JB 5 hari! Eh eh eh. Ini kene ganti ni, lagi 2 hari kene spend kat kuale hohoho.

Oih nak cerita pagi tadi kami pergi mandi sungai kat Ulu Kenas!! Best woo~ sejukkkkkk.. Tapi Win sesema dia takmo mandi tapi main air jela & teman aku berenang sana sini.

Sementara tu Mak & Ayah bakar ikan keli tepi sungai tu, cicah sambal belachann special Mak pehhhh

TERBAEKKK!!

 

Best kan balik Kuale?

Categories: Jalan-Jalan

[E] Jadual perjalanan adalah seperti berikut

January 26, 2011 4 comments

Sila ikut jadual perjalanan agar semua pihak berpuas hati.

 

Categories: Jalan-Jalan

[E] Sikit punye BESAR dah diorang tulis

August 24, 2010 Leave a comment

Sikit punye BESAR dah diorang tulis perkataan Ipoh tu kalau orang tak nampak juga mana Exit PLUS ke Ipoh memang la kene pakai spek bawa kete.

Exit Ipoh ni complicated sikit, tu yang diorang besarkan font Ipoh tu haa kalau tak nampak jugak tak taule teman. Gamaknya ramai orang dah terlepas exit ni kot sebelum ni.

Kalau nak Exit ke Ipoh, Sg. Siput, Jelapang dan Tanjung Rambutan memang kene exit siap-siap kat sini. Kat exit ni ada exit lain. Paham dak? Macam mimpi dalam mimpi lah kire. Pernah tak korang mimpi yang korang tengah mimpi? Aku pernah. Pastu bangun tido aku senyum-senyum sebab berjaya mimpi tengah mimpi. Ceh, macamlah dapat pahala kan?

Cukuplah merepek. Kalau terlepas yang ini habislah kene buat u-turn kat Kuala Kangsar nuu ha.

Ingat, raya nanti nak balik Ipoh, Sg. Siput, Jelapang & Tanjung Rambutan jangan terlepas exit ni tau pastu kang SMS aku tanya macam mana nak u-turn pastu tanya alamat rumah aku kat K. Kangsar plak nak rasa masakan Mak aku gulai lemak pegaga dengan udang pulak.

Fuiyoo tiap kali lalu sini mesti macam eksaited sebab nampak IPOH besar atas bukit tu. Kenapa buat kat Ipoh je tak buat kat Kuala Kangsar sekali? Sebab banyak sangat huruf kot. Ceh. Kedekut.

Categories: Jalan-Jalan, Whatever

[E] Bila balik kampung

July 30, 2010 Leave a comment

Dango beratap rumbia. MakAyah buat.

Sarapan pagi itu di kebun

Kutip gelugor kat kebun

Jumpa kawan kat kebun

ps: banyak lagi gambar kat album di fesbuk

Categories: Jalan-Jalan