Archive

Archive for the ‘Recipe’ Category

[E] Homemade beef patties AJAIB

November 29, 2012 4 comments

Malam tadi kami dinner burger ajaib.
HAHAHA.
Sebab dimasak oleh IKAN si Pemanggang Ajaib!

Kali ni aku try buat beef patties guna resepi kat blog Sa.
Boleh tahan dia punya rasa, bak kata Win “kalah BigMac”.

Senang gila buat beef patties ni rupanya.Tutup mata pun boleh masak!
Nah aku bagi resepi yang aku try semalam.

Cincang halus:
– bawang merah
– bawang putih
– daun bawang
– daun ketumbar

Gaul dengan minced meat.
Tabur garam & serbuk blackpepper.
Lagi menarik kalau korang cuba masukkan serbuk roti.
Ada resepi modified instead of guna serbuk roti, guna biskut Hup Seng hancur.
Woha!

Tapi malam tadi aku tak ada both items, so blasah je labu.

Pecahkan sebijik telur & gaul rata-rata (untuk 400gm daging cincang cap Ramly)
Last skali korang bentukkan la patties tu jadi macam mana korang nak.
Nak tebal ke, nipis ke, bulat ke, bentuk love ke, bintang ke.. semua boleh.

Aku biar dia rest 30 minit dalam fridge.

Pastu susun cantik-cantik atas grill.
In this case, aku susun atas Pemanggang Ajaib lah.
Guna api stove yang perlahan.

Oh, nak masak patties ni tricky sikit.
Tak tahulah kenapa Ramly minced meat ni dia keluarkan air yang banyak masa aku masak.
Jadi aku kene check selalu kalau ada air, aku tuang keluar dari pemanggang.

Dan seperti yang aku jangka, patties yg lebar asalnya, jadi mengecut.
Tapi aku tak sangka patties tu MENINGGI – tebal!
Aiyoyo~

10 minit in the middle of cooking time, aku tak tutup pun pemanggang.
Aku biar nganga sebab nak bagi patties tu kering & ada kesan grill.

10 minit terakhir aku tutup balik pemanggang sebab nak bagi dalam patties tu masak betul-betul.

Bila dah siap, aku susun cantik-cantik sebab nak tangkap gambar.

SEDAPPPPP!

Patties juicy, rasa pun mengancam.
Cuma minced meat tu jenis murahan, ada ketulan otot ke lemak entahlah.
So ada je benda yang aku kunyah tapi tak leh hancur.

Selamat mencuba, korang!

Categories: Recipe, Tips, Whatever

[E] IKAN si Pemanggang Ajaib

November 28, 2012 2 comments

 

Weh kome, teman udoh beli pemanggang ajaib IKAN ni online.
Semalam sampai, semalam juge teman menerai-nye!

IKAN tu jenama je tau?
Bukan maknanya dia boleh bakar ikan je.
Katenye kita bole masak macam-macam guna pemanggang ni.
Kuih bengkang pun boleh, kome!

Ok, semalam petang Walaupun hujan lebat yang amat,
aku tetap usung Aimi pergi Mydin kat belakang rumah ni nak beli barang.

Mula-mula aku beli barang nak buat homemade burger patties.
Tapi pikir, aih kang leceh plak nak potong sayur burger, perut dah lapo ni.

So aku pun beli ayam. Aku belah 4.
Kembang kejap hidung sebab berjaya siang ayam guna tangan sendiri,
selalunya tangan abang bangladeshi yang potong ayam 😛

Beli kentang, carrot & brokoli nak masak dengan ayam.

Aku perap peha ayam simple je: (sempat perap 30minit je sebab lapo bebenor!)
– bawang putih
– bawah merah
– halia
– kiub pati ayam
– sos tiram
– kicap
– sos blackpepper
– serbuk blackpepper
– mixed herbs

Potong kentang, carrot & brokoli in big chunks.
Siap.

Pastu aku susun cantik-cantik dalam Pemanggang IKAN tu sebab nak tangkap gambar.
Sebelum tu aku sapu butter kat dalam pemanggang.

Pasang api sederhana, letak je pemanggang atas stove.
Dah bole pergi solat maghrib.

Dalam 15-20 minit kot, aku letakkan brokoli pulak sebab nak ada rasa crunchy.
Tak suka brokoli lembik.
5 minit lepas letak brokoli, aku tengok lagi.
Semua dah lembut masak elok.

Dah bole makan!
Kejap je dah siap makanan yang lazat & sihat ni sebab tak guna byk myk & garam.

Aku berpuas hati dengan hasil masakan IKAN pemanggang ajaib ni. *thumbs up*

So, malam ni akan buat homemade beef burger patties pulak!
Wohooo~

ps: rase macam nak belikan tuk Mak & Mama pulak. Sebab best gila benda ni!!!

Categories: Recipe, Tips

[E] Bahan-bahan membuat sushiroll

March 22, 2011 13 comments

Semua bahan-bahan ni aku beli sebab nak belajar buat sushi.

Semua ni Jusco ada jual, cari je section yang jual seaweed (nori).. mesti jumpa most of the stuff yang digunakan untuk membuat sushi.

Ada jugak jual starter pack tapi pada aku mahal sangatlah, kalo aku beli satu-satu lagi murah.

Cuba tengok dari kiri, ada bamboo sushi mat & senduknya, peket besar nori, peket kecik mizkan powder (menggantikan cuka sushi), 2 peket shoyu (kicap jepun) tiub wasabe & peket putih besar tu ada beras sushi. Beras dia memang gemok pendek, buat sushiroll nampak padat gituuu. Mahal la tapi (T_T)

Masak beras sushi tu macam masak beras nasi biasa lah, aku guna ricecooker jek. 2 cup beras masak dengan 3 cup air. Nasi lembik nanti senang nak lenyek.

Lepas nasi masak, cedokkan ke dalam mangkuk dan tabur serbuk mizkan – mesti dibuat masa nasi panas. Yang ni aku lupa aku sukat macam mana tapi lepas gaul-gaul aku rasa.. bila rasa dah ok.. aku stop tabur.

Bila nasi tu dah agak suam-suam kuku, lenyak cantik-cantik atas nori. Kat peket nori tu ada ajar camana nak guna untuk sushiroll, in this case dia soh kerat separuh dari saiz asal. Tips, jangan lenyek terlalu banyak nasi sampai penuh nori, tinggalkan 1.5cm basi kelim gituuu.

Nak lagi sedap, sapu mayonis nipis-nipis atas nasi sebelum letak inti.

Pastu, isilah dengan timun jepun, crabstik & omelet yang dipotong panjang-panjang.

Roll!!

Tak boleh nak tangkap gambar masa lenyek nasi sebab tangan kene basah masa tu supaya nasi tak lekat pada tangan, tapi at the same time kene hati-hati jangan basahkan nori nanti die lembut susah nak buat kerja.

Masa roll tu, gulung seketat mungkin untuk padatkan nasi – barulah cantik masa potong & tak peroi.

Masa nak potong, basahkan pisau yang paling tajam pastu hiris – jangan tekan.

Itadakimasu…

*makan dengan kicap & wasabe*

Categories: Recipe

[E] Resepi Ayam ala Kenny – modified

March 7, 2011 7 comments

Bahan utama

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :

  • 3 biji bawang besar Bawang mahal gile skrg, aku gune 1 biji bawang yang besar tu je.
  • 4 biji bawang putih – ulas eh, bukan biji.
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – aku tambah lagi sos tiram, kicap sikit & lots of blackpeper yang tumbuk kasar
  • 2 sudu besar madu – – aku tak suka madu dalam makanan. kalo korg suka, letaklah.
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran – aku letak serbuk rosemary 1 sudu kecik sebab tersalah beli 😛
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Sos

  • Aku beli serbuk untuk buat sos je, pastu tambah air & modify. Pandai-pandailah letak blackpepper, garam gula tune rasa sos yang kite nak.

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Jangan lupa pre-heat oven 170 darjah Celcius selama 15 minit.
  5. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas setiap 1/2 jam, aku balikkan ayam & sapukan dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. Hidanglah dengan apa saja yang korang suka. Macam aku, letak kentang oregano & salad tomato.

ps: resepi asal aku tengok kat sini.

Categories: Recipe

[E] Experimental dinner

March 6, 2011 6 comments

 

Pegang ayam tu kuat-kuat jangan bagi dia lari.

Dah siap dibakar!!

Tambahkan salad tomato & kentang oregano.. wallah!

 

Semalam percubaan membuat Ayam Panggang ala Kenny Rogers. Resepi cari kat internet & fusion dengan resepi dalam buku Makcik Hanieliza.

Side dishes ada Kentang Oregano resepi Makcik Hanieliza & salad tomato.

Kuah blackpepper tu beli peket sedia ada kat kedai je pastu modify ikut sedap mulut.

Outcome? Bolehlah rasa dia tuk 1st attempt. Win makan sampai tak larat bangun hahaha.

 

 

Categories: Recipe

[E] Puding Pic & Puding Roti

February 16, 2011 4 comments

Semalam dok belek-belek buku masak-masak 1 Hari 1 Resepi nak terai menu pencuci mulut & minum petang.

Tengok pun kat rumah masih ada roti gardenia yang dah expired tapi blom tumbuh kulat, so aku buat satu set puding roti & satu set puding pic sebab Win kate nak yang tu.

Jeng

jeng jeng… tengok nilah hasilnye puding pic!!!

Amik gambo puding pic je sebab tu je yang nampak presentable.

Puding roti tu penyet sebab tade loyang yang sesuai nak digunakan. Jadile, asalkan sedap dimakan. Nanti ada jumpa loyang yang murah, nak beli ah.

 

Resepi makcik Hanieliza ni memang senang nak buat. Rasa pun sedap kalo ikut betul-betul sukatan dia bagi tu.

Categories: Recipe

[E] Makaroni bakar

December 19, 2010 2 comments

makaroni rebus sampai kembang

 

+ inti + sos putih + telur & susu segar

 

tabur cheddar cheese & daun parsley.

 

bakar dalam oven sampai cheese nmpk perang

Hmmmm, not bad jugak rase makaroni bakar ni guna makcik Hanieliza punye buku resepi itu hari. Tapi mebi kalo lain kali buat lagi makaroni bakar ni aku nak tukar sos putih tu gune sos carbonara @ alfredo dlm tin mana tau kot-kot rasa dia lagi best?

Aku susah sikit nak telan benda ni, tambah-tambah kalo dah sejuk. Macam kurenggg sket rasa dia. Tapi tengok Win telan lepas satu, satu pinggan makaroni ni.. heran jugak. sedap ke?

Disebabkan smlm masak dinner portion banyak macam 6org makan, harini breakfast pun sambung lagi makan. Dahlah, tahun depan pulaklah masak makaroni bakar ni (T_T) tak lalu dah nak makan.

Hoyoyo~ petang ni try masak apam balik pulak. (Kire upah untuk Win sebab tolong basuh kete ^_^ )

Categories: Recipe