Archive

Archive for the ‘Tips’ Category

[E] Homemade beef patties AJAIB

November 29, 2012 4 comments

Malam tadi kami dinner burger ajaib.
HAHAHA.
Sebab dimasak oleh IKAN si Pemanggang Ajaib!

Kali ni aku try buat beef patties guna resepi kat blog Sa.
Boleh tahan dia punya rasa, bak kata Win “kalah BigMac”.

Senang gila buat beef patties ni rupanya.Tutup mata pun boleh masak!
Nah aku bagi resepi yang aku try semalam.

Cincang halus:
– bawang merah
– bawang putih
– daun bawang
– daun ketumbar

Gaul dengan minced meat.
Tabur garam & serbuk blackpepper.
Lagi menarik kalau korang cuba masukkan serbuk roti.
Ada resepi modified instead of guna serbuk roti, guna biskut Hup Seng hancur.
Woha!

Tapi malam tadi aku tak ada both items, so blasah je labu.

Pecahkan sebijik telur & gaul rata-rata (untuk 400gm daging cincang cap Ramly)
Last skali korang bentukkan la patties tu jadi macam mana korang nak.
Nak tebal ke, nipis ke, bulat ke, bentuk love ke, bintang ke.. semua boleh.

Aku biar dia rest 30 minit dalam fridge.

Pastu susun cantik-cantik atas grill.
In this case, aku susun atas Pemanggang Ajaib lah.
Guna api stove yang perlahan.

Oh, nak masak patties ni tricky sikit.
Tak tahulah kenapa Ramly minced meat ni dia keluarkan air yang banyak masa aku masak.
Jadi aku kene check selalu kalau ada air, aku tuang keluar dari pemanggang.

Dan seperti yang aku jangka, patties yg lebar asalnya, jadi mengecut.
Tapi aku tak sangka patties tu MENINGGI – tebal!
Aiyoyo~

10 minit in the middle of cooking time, aku tak tutup pun pemanggang.
Aku biar nganga sebab nak bagi patties tu kering & ada kesan grill.

10 minit terakhir aku tutup balik pemanggang sebab nak bagi dalam patties tu masak betul-betul.

Bila dah siap, aku susun cantik-cantik sebab nak tangkap gambar.

SEDAPPPPP!

Patties juicy, rasa pun mengancam.
Cuma minced meat tu jenis murahan, ada ketulan otot ke lemak entahlah.
So ada je benda yang aku kunyah tapi tak leh hancur.

Selamat mencuba, korang!

Advertisements
Categories: Recipe, Tips, Whatever

[E] IKAN si Pemanggang Ajaib

November 28, 2012 2 comments

 

Weh kome, teman udoh beli pemanggang ajaib IKAN ni online.
Semalam sampai, semalam juge teman menerai-nye!

IKAN tu jenama je tau?
Bukan maknanya dia boleh bakar ikan je.
Katenye kita bole masak macam-macam guna pemanggang ni.
Kuih bengkang pun boleh, kome!

Ok, semalam petang Walaupun hujan lebat yang amat,
aku tetap usung Aimi pergi Mydin kat belakang rumah ni nak beli barang.

Mula-mula aku beli barang nak buat homemade burger patties.
Tapi pikir, aih kang leceh plak nak potong sayur burger, perut dah lapo ni.

So aku pun beli ayam. Aku belah 4.
Kembang kejap hidung sebab berjaya siang ayam guna tangan sendiri,
selalunya tangan abang bangladeshi yang potong ayam 😛

Beli kentang, carrot & brokoli nak masak dengan ayam.

Aku perap peha ayam simple je: (sempat perap 30minit je sebab lapo bebenor!)
– bawang putih
– bawah merah
– halia
– kiub pati ayam
– sos tiram
– kicap
– sos blackpepper
– serbuk blackpepper
– mixed herbs

Potong kentang, carrot & brokoli in big chunks.
Siap.

Pastu aku susun cantik-cantik dalam Pemanggang IKAN tu sebab nak tangkap gambar.
Sebelum tu aku sapu butter kat dalam pemanggang.

Pasang api sederhana, letak je pemanggang atas stove.
Dah bole pergi solat maghrib.

Dalam 15-20 minit kot, aku letakkan brokoli pulak sebab nak ada rasa crunchy.
Tak suka brokoli lembik.
5 minit lepas letak brokoli, aku tengok lagi.
Semua dah lembut masak elok.

Dah bole makan!
Kejap je dah siap makanan yang lazat & sihat ni sebab tak guna byk myk & garam.

Aku berpuas hati dengan hasil masakan IKAN pemanggang ajaib ni. *thumbs up*

So, malam ni akan buat homemade beef burger patties pulak!
Wohooo~

ps: rase macam nak belikan tuk Mak & Mama pulak. Sebab best gila benda ni!!!

Categories: Recipe, Tips

[E] Boss tegur

September 18, 2012 Leave a comment

Boss: Hey Ida, everyday you makan nasi lemak, meh?

Ida: Ehhhh? Where gotttt.. *broken english replying the broken english*

Boss: Yalah. Every time I see you in the pantry.. I see you eating nasi lemak! No meh?

Ida: Eh, you only see me in pantry once a month whatttt. Meaning I only eat nasi lemak once a month lorr *giggling*

Boss: Eee.. you not scared meh eating nasi lemak everyday?

Ida: Haih. If I eat nasi lemak everyday, do you think I will be in this size?? *pointing at my scrawny-self*

Boss: HAHAHA.

……………..

Aku suka keje kat sini sebab dorang tak kisah berapa tinggi pun pangkat kau kat opis ni, tetap tak payah nak berencik puan segala. Panggil pakai nama saja. Kami kat sini tak kisah.

Tak macam ada kawan yang tulis kat fesbuk pasal tak puas hati pekerja darjat rendah yang tak panggil dia Puan/Cik sebab dia pangkat lagi tinggi. Sebijik macam ceita Kassim Selamat! Keje kat sektor kerajaan memang macam ni ke? Darjat pangkat itu penting? Kalau dia pangkat rendah kene jalan tunduk hormat kat kau pastu panggil kau Puan/Cik eh? Tsk.. kesian.

……………..

OK back to the story.

I admit i love nasi lemak. But I don’t have it daily.

Lagipun aku memang nak naikkan berat badan, that’s why I never skip a meal and munch biscuits + drink Milo every 2 hours in between. Nasi lemak 3x seminggu pun aku sanggup makan asalkan dapat tambah body mass. Ekceli tiap hari makan nasi lemak pun I don’t mind sebab memang aku suka! Hohoho. Tapi alahai, susahnye nak naikkan berat badan!

Sapa kata lepas kawen konfem gemok? BUSTED. Aku tak pun?

Sapa kata lepas beranak konfem gemok? BUSTED. Aku tak pun?

Sapa kata lepas umur 30-an konfem gemok? Yang ini possible sebab masa tu metabolism rate akan reduce and tendency tuk menjadi berisi tu ada.

Aku ni makin underweight pulak tak tahu kenapa.

Bukan nak berlagak tapi aku nak sangkal apa yang orang dok kata “Lepas kawen nanti gemok la tu…” & “Lepas beranak gemok la tu..”. Well, tak semestinya bro/makcik/pakcik.

So, jangan tanamkan dalam minda kamu semua yang kalau tergemuk lepas beranak anak pertama, pastu kata “Alah memanglah lepas beranak jadi gemok. Tengok Aisywarya Rai!”

No No No Noooooo~ Jangan jadikan previous pregnancy kamu sebagai alasan menjadi gemok. Boleh kurus sebenarnya.

First, masa pantang 44 hari tu pakai bengkung ikat kuat-kuat sket. Pakai kene disiplin, 24 jam sehari & sapu minyak panas bagi terbakar lemak. Jangan komplen. Memanglah panas, tapi kau nak cantik tak? Haa, kalau nak cantik.. diam. Pakai je jangan banyak bunyi. By the time nak naik kerja lepas 2 bulan cuti bersalin, semua baju sebelum pregnant dah boleh pakai. Jimat duit tak payah beli baju besar.

Then, bila dah elok sikit rupa perut tu tak menggeleber sangat, sapu pati halia & pakai korset biase pulak for the next 6 months. InsyaAllah boleh bentukkan balik badan lepas bersalin. I’ve tried it and it works. Pakai lagi lama, lagi bole shape up. Tak payah beli yang Premium Beautiful beribu riban tu pun takpa aihhhh, aku pakai Cosway punya pun elok je.

Ciss apa ni nak cerita lain termelalut cerita lain.

Kbai.

Categories: Tips

[E] Cerita insuran kereta

February 29, 2012 6 comments

Oii, lupa nak cerita pasal insuran kereta.

End of this March, insuran Si Putih dah nak mati so Win check kat ISM nak tengok nilai NCD insurans tu. Supposedly NCD = 55% lah sebab tak pernah claim apa-apa. Sekali tengok 0%!!!! FUUUUUUU~

Nak tau kenapa boleh jadi mcm ni?

Masa Jun 2011, Si Putih kene langgar dengan motor (kita panggil dia Motor A) yang dilanggar oleh satu lagi motor (kita panggil Motor B). Si Putih mestilah cedera, dia bukan dibuat daripada besi tahan remuk. Motor A marah Motor B sebab langgar dia, then Motor B mengaku bersalah dan nak setel kat balai polis – bayar saman RM300. Dia tak cedera pun & motor dia pun tak teruk. Ok fine.

Sapa nak bayar kos repair Si Putih?

Aku try buat third party claim through my insurance company (Allianz), yakni buat tuntutan kat insuran motor tu. Apparently, kereta TAK BOLEH claim insuran motorsikal. Kereta tak boleh claim insuran bas, lori & semua pengangkutan awam. Mampos.

Win pun dengan baik hati menggunakan duit bonus beliau membayar kos ketuk & cat semula Si Putih. Kesian Win, bukan salah dia pun tapi dia plak kene bayar kos repair. Tu yang buat aku tambah sayang kat Win tu.

Insurance company aku dapat tau yang this accident involving a motorcyclist, diorang reset NCD aku jadi 0% without even bother to send me any notice.  Nak duit pandai, bagi duit tak mahu!

Bila aku call tanya WEY APESAL KAU RESET NCD INSURAN AKU? AKU TAK CLAIM SESEN PUN? Allianz kata, “Polisi dah stated kalo eksiden dengan motor, NCD akan reset 0% sebab ada polisi untuk motor tu buat tuntutan kecederaan & kerosakan motor.” Polisi molisi.

Kurang assam sangat kan? Padahal mana ada Motor B buat apa-apa tuntutan pon.

Aku tanyalah, habis tu macam mana aku nak dapat balik NCD tu? Allianz soh buat rayuan. RAYUAN? ehh aku plak kene merayu padahal bukan salah aku. Akulah mangsa dalam hal ni! &^%$%#$^&

Mula-mula dia kata, buat surat kata Motor B takkan buat tuntuan. Cari Motor B dan suruh dia sain. Kejadah aku simpan nombor tepon Motor B sedangkan dia dah mengaku salah & bayar saman kat polis?

Prosedur rayuan plak leceh. Allianz soh buat Surat Sumpah kata yang Motor B takkan buat tuntutan sebab dia tak cedera & attached skali report polis dari Motor B yang kata dia tak cedera & motor tak rosak. Nasib baik mamat Motor B ni pandai buat karangan. Dia dah bagitau dalam report yang dia tak cedera.

Kami pun gigih buat surat sumpah & minta sain peguam sumpah tu. Bukan minta tapi BELI RM6 untuk satu cop hokey? satu hal pulak aku kene bayar! eeee geram betul la aku dengan insuran ni. Menyusahkan orang teraniaya macam aku ni je.

Ok aku pun pos semua dokumen dia nak.

2 minggu lepas tu, insuran call cakap tak dapat apa-apa surat pon. Bengong. Dia la tu tak cek pos box. Hujung-hujung aku scan & email je soh dia print sendiri kat sana.

Tak lama lepas tu dia balas email aku cakap NCD dah retain. Ok bagus.

Tapi, the retained value 55% tu tak update kat ISM. Bila aku tanya kenapa? Headquarters cakap yang aku kene call Allianz Ipoh sebab dorang je bole update status NCD kat ISM. Eh, apesal kau tak beritahu aku awal-awal? Aku pulak kene call! Menyusahkan aku betul laaaaa~

Agaknya kalau Win tak cek tiap 2 hari memang sampai ke sudah NCD aku dlm ISM 0%. Kang masalahnye, kalau tak udpate kat ISM, nanti bila nak renew insuran kereta kat kompeni insuran lain, dorang cek status NCD kat situ untuk tengok berapa NCD bole transfer! Bengongggg~

Ok moral of the story: Kalau kereta korang kene langgar dengan motorcyclist, jadikan cerita aku ni sebagai pedoman. Bye.

 

Categories: Shoutout, Tips

[E] Review: Bersalin di KPJ Kajang

February 3, 2012 28 comments

Aku dah lama nak tulis ni sebenarnya, tapi asyik lupa. Busy pun ye juga. Entry ni bukan nak promot KPJ Kajang, dorang tak bagi sesen pun kat aku. Caj bil mahal lagi, ada. Haha. Ok here goes..

Checkup doktor

  • Aku paling suka jumpa doktor kat sini sebab tak pernah kene marah. Yang buat checkup kat aku Dr Rasliza, tapi time aku nak dekat bersalin tu dia pergi haji so Dr Mashita ganti kejap. Doktor baik, tak over peramah & tak menakut-nakutkan macam asyik-asyik bagi nasihat “You kena makan ini.. jangan makan itu.” Bosanlah doktor camtu
  • Dengar cerita, doktor O&G yang paling otai kat sini ialah Dr Bala tapi Win kate lebih baiklah kalau doktor pompuan yang sambut baby. So aku ikut jelah. Aku dah pernah jadi patient Dr Bala, mase miscarriage dulu buat D&C dengan dia. Memang terer. Takde complication apa pun, lepas D&C sihat walafiat terus & masih ingat lagi Dr Bala kata lepas D&C tu, “Tak payah pantang. You boleh makan dari KFC sampai ke McD.” I LOIKE
  • Tiap kali checkup memang akan scan perut so seronok la jugak tengok orang dalam tu tendang-tendang. Pastu doktor print bagi kat aku buat kenangan. Macam tau-tau je kami eksaited sebab anak first heh..

Labour Room

  • Cantik giler. Warna apa kau suka? Pink? Purple? Baby Blue? Mintak je nak bilik wallpaper kaler apa (kalau time tu banyak pilihan lah). Labour room tu ada single bed, tv and dedicated CTG (untuk check degupan jantung baby).
  • Tapi cuma suami je dibenarkan masuk jadi tak payahlah aku tepon mak ayah, mertua & ipar duai datang mase nak bersalin tu.. bukannya boleh masuk pun.
  • Tapi kalau rase-rase cam nak cepatkan contraction, tak payah beranganlah nurse nak bagi kau keluar dari labour room tu. Dok situ sampai beranak. Nak jalan pun dalam tu saja.
  • Ade wifi so kalau rase nak update status fesbuk dah bukaan brape cm senang.
  • Tenang je dalam bilik tu, selagi tak ada orang menjerit lah. Kebanyakan kat sini pakai epidural so dorang rileks-rileks je. Orang kaye beb, sanggup bayar epidural kat sini = Rm900.

Nurse

  • Baik hati, cantik, peramah, berbudi bahasa & paling penting ialah tak marah tak tentuhala.
  • Masa aku sakit contraction tu dorang datang tengok tiap 10minit. Check CTG. Kalau nak kencing, dorang bawakan besen besi tu. Nak makan tak boleh sebenarnya, tapi nurse tu baik jadi die bagi juga & pesan jangan bagitau doktor. Aku lapar, dahla nak simpan tenaga nak push.. haha.
  • Nurse datang check lepas bersalin pun bagus. Aku bodoh je cakap, “Saya tak tahu camane nak tukar diapers baby” dengan senang hati dia ajar. Tukar diapers baby girl susah sket ok.. ade teknik2 tertentu – dari depan ke belakang. Kalau baby boy senang, ko cuci mana hala pun takde infection risk. Tak pandai susukan baby pun, dorang ajar. Time aku first time nak tukar maternity pad (sebab hospital pakaikan yang tali, aku tak tahu nak bukak camana), nurse pun offer nak tolong tukarkan pad. Tu yang aku sayang tu.
  • Again, aku suka nurse kat sana. Yang muda comel lote, yang berumur tak ramai haha. Yang berumur ni slalu otai marah-marah kot.

Ward Bersalin

  • Aku amik pakej double bed sebab single bed dah penuh. Ok what double ni, katil sebelah tu aku book tuk Win dengan extra caj RM50 jek. Selesa Win nak tido.
  • Rooming in memang digalakkan kat sini sebab nanti baby & mom bonding bagus sket. So bole mintak nurse bawa baby nak tidur sama kat wad. Aimi masa tidur kat katil aku die muntah kahak, banyak plak tu. terpaksalah kami berhimpit-himpit tidur huhu sebab nak elak space yang kene muntah.
  • Makan biasalah.. kita pilih nak menu apa dari borang dia bagi tu.
  • Complete dengan flask air so tak payah susah2 bawa dari rumah.

Kesimpulannya, aku memang suka servis kat KPJ Kajang ni. Pengalaman bersalin pun tidak menakutkan untuk first timer macam aku.

Terima kasih Felda kerana membayar 80% dari bil hospital saya! Saya mesti pilih!

Categories: Tips, Whatever

[E] Tanyalah Ustaz

August 13, 2010 5 comments

tanyalah ustat

Puasa first day haritu pagi-pagi bukak TV ada rancangan Tanyalah Ustaz @ TV9 Di Hatiku wah nama panjang sekali tu aku bagi. Tajuk dia Bulan Ibadah. Cun-cun time aku bukak tu ada satu soalan Ustaz tu baca dari email lebih kurang beginilah bunyinya..

Ustaz, saya dan suami baru mendirikan rumah tangga sebulan yang lalu. Bagaimanakah caranya untuk kami mengelakkan diri daripada godaan agar tidak membatalkan puasa?

Aku tergelak jugak dengar soalan ni. Itupun mau tanya ka..?

Aku tulis jawapan Ustaz (lebih kurang beginilah bunyinya) tu dalam point:

  • JANGAN CARI MASALAH – sebab hukumnya haram .
  • Kalau ‘terbuat’ jugak kena kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja).
  • Membebaskan hamba. Zaman sekarang mana ada hamba dah kan? So macam mana? Maka hendaklah,
  • Puasa selama 60 hari berturut-turut. Dah kena puasa bulan Ramadhan, ganti lagi 2 bulan. Kalau dalam 60 hari tu termiss jugak, kene ulang lagi! Kalau dah cuba berpuasa 60 hari beturut-turut tapi tak mampu, hendaklah
  • Memberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi. Kat Malaysia ni makanan asasi adalah nasi.

Demikianlah jawapan Ustaz.

Kalau tanye akulah kann, aku rase macam nilah:

  • Agak-agak tak boleh nak tahan kan, yang pompuan dok rumah pakai baju yang tutup aurat and then pakai tudung litup. Keluar dari shower jangan berkemban takut kena terkam so pakai baju siap-siap dalam bilik air.
  • Jangan pakai minyak wangi. Semburlah Ridsect ke ape kan kat baju bagi suami tu takmau datang dekat.
  • Pastu terai pakai bedak sejuk kat muka sepanjang masa. Lagi tebal lagi bagus. Sebab Win selalu takut bila tengok aku pakai bedak sejuk, so apa kata korang cuba pulak?

Tontonlah rancangan Tanyalah Ustaz @ TV9 Di Hatiku sepanjang bulan Ramadhan ini untuk bersama-sama menambah ilmu kita. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Cau-cin-cauu~

Categories: Tips

[E] Soal Jawab bersama Kak Edot

April 9, 2010 6 comments

Semalam aku buka website Kotex ni lepas tengok iklan dia kat TV malam tadi. Baca segment Mitos Terbongkar. Maka aku habiskan masa malam tadi dengan ketawa hikhikhik bila baca mitos adik-adik ni.

8. Sentuhan lelaki pada payudara perempuan dapat merangsang pembesaran payudara.

Dik non, kalau ade lelaki cuba guna modal ni nak ‘pegang’ adik dengan alasan tu jangan percaya. Ni semua taktik je dik. Kalau ini betul, lingkuplah bisnes orang yang jual sabun/krim membesarkan payudara.

14. Saya dengar kalau perempuan berpegang tangan dengan lelaki ini akan menyebabkan kehamilan betul ke?

Haha, kalau macam ni ramai orang buang anak gamaknya dik non sebab ter-pegang tangan lelaki pastu ter-hamil pastu tak tahu nak buat apa. Adik, kat sekolah ada belajar Sains Tingkatan Tiga bab 13 tak? Persenyawaan manusia tak berlaku macam tu dik. Mungkin, pendidikan seks perlu diajar pada usia yang lebih muda?

15. Semasa datang period kita dilarang mencuci rambut.

Eh Dik non, habis tu kalau rambut dah busuk atau berminyak takkanlah nak simpan sampai habis period baru nak cuci? Nanti rambut mengerbang macam hantu, mak ayah tengok pun takut dik. Takde maknanya orang kata kalau cuci rambut tu boleh hentikan period. Jagalah kebersihan diri.

23. …kalo you all x pkai dedorant or perfume,the boys akn dpt bau drh haid kita2 tau..malu tak kalo mcm tu??apatah lagi diowang tuh boyfren kita…huh!!abis bf kita xska kn kta…pstu kna putus..sedih??mgkn kot..sesetengah girls tntu sedih..so..utk elakkan kita malu dpn org rmai or bf kita sndir…jadilah lebih wangi dri yg biasa utk menutup bau2 drh haid kite..walaupon bau tu x brapa kuat..walau sedikit bau yg keluar,kita ttp malu!

Dik non, datang bulan tu perkara normal malah kalau tak datang tu memang masalah besar jika belum berkahwin. Tak kiralah period atau tak, memang kena jaga kebersihan diri supaya bau badan tidak mengganggu ketenteraman orang sekeliling kita. Kenapa pula budak lelaki nak putuskan hubungan dengan gefren dia kalau dapat tahu gefren dia datang bulan, kan tu maknanya budak perempuan tu normal? Lainlah kalau budak lelaki tu suka kat budak lelaki juga, mungkinlah kot dia guna alasan tu untuk putuskan hubungan. Adik, kalau takut berbau kat ‘situ’, rajin-rajinlah tukar pad.

32. Bila lelaki dan perempuan saling menenung mata,selama 3 minit berturut-turut, automatik akan jatuh cinta.

Wah, kalau macam tu susah lah cikgu-cikgu kat sekolah dik non. Asal Cikgu Din masuk kelas je, budak-budak perempuan semua jatuh cinta kat cikgu tu. Kesianlah kat isteri Cikgu Din.

111. Selalunya senggugut dapat dihilangkan bila kita sudah berumahtangga!

Mitos ni busted-lah Dik non. Kak Edot dah kahwin tapi masih senggugut tiap-tiap bulan, tau? Tak cukup kalsium & zat besi gamaknya, tu yang cramp kat bahagian bawah perut bila datang bulan.

185. Kentut menyebabkan buasir..

Hoh, siapa kata? Kalau jenis kentut keluar api mungkin-lah kut?

191. Dalam seminggu kamu tidak pernah lagi membuang air besar,itu bermakna kamu tidak akan datang haid buat selama-lamanya………

Yang ini siapa yang reka? Kalau tak buang air besar tu masalah penghadaman kena jumpa doktor. Atau beli Fabermax.

333. Curi seluar dalam lelaki ,secara diam-diam, basahkan dan sapu kan dimuka. bagi menghilangkan jerawat.

EHHHHHHH??? Nasib baik muka Kak Edot ada jerawat Dik non. Ini menunjukkan yang Kak Edot tak pernah membuat perkara terkutuk itu. Walaubagaimanapun, tak payahlah curi seluar dalam orang lelaki ni dik non. Takut-takut tuan punya seluar dalam tu ada kurap pastu dik non sapu kat muka, kurap naik kat muka dik non pula. Niat nak cantik, tapi tengok-tengok kurap yang naik. Baik jangan buat dik non. Pakailah produk yang jual kat kedai tu mahal sikit tak apa asalkan berkesan.

Categories: Tips