Archive

Archive for the ‘Whatever’ Category

What a pleasant surprise ^^

January 7, 2013 6 comments

image

Wohaa!

Just received this at the office in the morning. It’s a surprise from Win ^^

I’ve been asking to borrow his Credit Card (since I don’t have my own) to buy this iPad Mini, but he kept ignoring me.

So I just give up and didn’t put any hope of getting one.

Mana tahu he secretly ordered this online pulak! lol

And this is what he requested to be engraved on the back of the iPad mini.

image

Thanks Hubby!

Nah Aimi main ni, jangan kacau henpon Mama..k?

Categories: Whatever

Big bad wolf 2012

December 8, 2012 4 comments

image

Time reached: 6am
Waiting time to get a parking: 0min

Browsing time: 2hrs
Waiting time to get into a toilet: 0min
Chances of rubbing each others shoulders and bums: 0%

Number of books bought: 24
Cheapest book: RM3
Most expensive: RM30
Most priced at: RM8
Total damage: RM198

Waiting time to pay: 1mins
Time left: 8am

Ps: i’m glad we chose the right time to go to the BigBadWolf 😛

Categories: Whatever

[E] Homemade beef patties AJAIB

November 29, 2012 4 comments

Malam tadi kami dinner burger ajaib.
HAHAHA.
Sebab dimasak oleh IKAN si Pemanggang Ajaib!

Kali ni aku try buat beef patties guna resepi kat blog Sa.
Boleh tahan dia punya rasa, bak kata Win “kalah BigMac”.

Senang gila buat beef patties ni rupanya.Tutup mata pun boleh masak!
Nah aku bagi resepi yang aku try semalam.

Cincang halus:
– bawang merah
– bawang putih
– daun bawang
– daun ketumbar

Gaul dengan minced meat.
Tabur garam & serbuk blackpepper.
Lagi menarik kalau korang cuba masukkan serbuk roti.
Ada resepi modified instead of guna serbuk roti, guna biskut Hup Seng hancur.
Woha!

Tapi malam tadi aku tak ada both items, so blasah je labu.

Pecahkan sebijik telur & gaul rata-rata (untuk 400gm daging cincang cap Ramly)
Last skali korang bentukkan la patties tu jadi macam mana korang nak.
Nak tebal ke, nipis ke, bulat ke, bentuk love ke, bintang ke.. semua boleh.

Aku biar dia rest 30 minit dalam fridge.

Pastu susun cantik-cantik atas grill.
In this case, aku susun atas Pemanggang Ajaib lah.
Guna api stove yang perlahan.

Oh, nak masak patties ni tricky sikit.
Tak tahulah kenapa Ramly minced meat ni dia keluarkan air yang banyak masa aku masak.
Jadi aku kene check selalu kalau ada air, aku tuang keluar dari pemanggang.

Dan seperti yang aku jangka, patties yg lebar asalnya, jadi mengecut.
Tapi aku tak sangka patties tu MENINGGI – tebal!
Aiyoyo~

10 minit in the middle of cooking time, aku tak tutup pun pemanggang.
Aku biar nganga sebab nak bagi patties tu kering & ada kesan grill.

10 minit terakhir aku tutup balik pemanggang sebab nak bagi dalam patties tu masak betul-betul.

Bila dah siap, aku susun cantik-cantik sebab nak tangkap gambar.

SEDAPPPPP!

Patties juicy, rasa pun mengancam.
Cuma minced meat tu jenis murahan, ada ketulan otot ke lemak entahlah.
So ada je benda yang aku kunyah tapi tak leh hancur.

Selamat mencuba, korang!

Categories: Recipe, Tips, Whatever

[E] Vacation

November 27, 2012 2 comments

image

 

We are going for a vacation this weekend a.k.a gathering in Bayou Lagoon Resort, Melaka!

Yahoooooooooooooooo~

Nope, it’s not my gathering, but Win’s secondary school punya gathering.

Personally, I don’t like to attend gathering.
I think those who come to gathering are more interested to show off how much have they accomplished.

What car are they driving.
What job/position are they having.
How much money are they making.
How big is the house they have bought.
How many kids they have.

Yada yada yada.

I hate that.

Ok tak semestinya semua orang yang pergi gathering macam tu.
Tapi mesti ada, kan.. yang datang gathering akan tanya kita soalan standard ni?

Kami tak pernah pergi lagi tempat ni, rasanya macam baru siap.
Harga bilik termasuk harga tiket waterpark.

Kami book apartment 2 bilik, tapi dok bertiga je sebab Win tanak kongsi dengan orang lain.
Aku lagi suka.

Kalau anak kami nangis tengah malam tak ganggu orang lain.
Kalau anak orang lain nangis tengah malam tak ganggu kami.

Aimi setakat ni tak pernah lagi bangun tengah malam even untuk minta susu.
Heaven sangat.
Kalau dia terjaga & tengok puting dia hilang baru dia nangis.
Sumbat puting, dia tidur balik.
Senang gila ada puting, tulah aku dah cakap kat Win dia tak percaya.
Cuma susah nanti bila nak suruh dia buang puting 😛

OK main point is, kami dah lama dapat tidur yg berkualiti
& tak biasa kalau dengar bunyi menangis tengah2 malam.
Kalau dengar anak orang menangis memang.. errr, geram la jugak 😛

Harap-harap nanti Aimi tak buat perangai pelik-pelik bila dah sampai sana & tak dapat bilik berhantu.
Thee hee hee.

 

Categories: aimi, Jalan-Jalan, Whatever

[E] Oh it’s November! Part 1

November 5, 2012 2 comments

November.

Aku cuba nak ingat balik rase sakitnye bersalin normal tanpa sebarang painkiller, tapi tak boleh nak ingat secara tepat pulak. Dah nak setahun pun, agaknye otak hilangkan ingatan part sakit tu sebab tanak aku phobia nak beranak lagi kot 😛

Seingat aku, 2 minggu sebelum estimated due date aku dah cuti. So lepak kat umah rileks-rileks tengok tv senang hati tak payah fikir pasal kerja. Heaven. Siap boleh jahit comforter tuk baby.

Khamis 17 November pagi subuh, ada kesan darah kat panties. Aku cuak.. sebab dulu masa miscarriage pun tanda macam ni lah. Dahlah aku tak tahu rupa tanda nak bersalin macam mana. Win tengok kesan darah tu dia kata, “Takde pape ni. Rileks je” (ceh macam la dia tauuuu) & dia pun pergi kerja macam biasa. Tapi lepas 15 minit camtu aku tengok kesan darah makin banyak pulak.

Kaget.

EDD sebenarnya 21 November.

Telefon Win soh patah balik sebab aku rase tak sedap hati. Nasib baik Win pun tak jauh mana, so sementara tunggu Win sampai aku siap-siap mandi & bawak beg nak pergi hospital tunggu depan pintu. Tak sarapan pun sebab gelabah puyuh.

Sampai hospital dorang masukkan dalam labour room. Pukul 8am doktor kata baru buka 2cm. Tak rasa contraction kuat sangat pun, macam mild period pain je.

Pukul 12 tengah hari doktor kata still 2cm. “So macam mana? Pergi balik dulu lah, nanti dah rasa sakit datang sini semula ye?” Aku kerutkan kening tanda protes disuruh balik & datang semula. Malaslah. “Atau kalau you taknak balik, kite induce je. Dah full term pun, rambut baby pun dapat rasa tadi. OK je kalau kite keluarkan dia harini.”

“Bolehla doc, kite keluarkan dia harini. Malas betul nak balik & datang sini balik.” Kang dibuatnya beranak sabtu @ ahad, mahal la bil bersalin! TAKNAK. Marilah bersalin hari weekdays kalau nak bil murah sikit. Ceh, macam lah bayar bil guna duit sendiri 😛 nape kedekut sangat tah.

Doktor Mashita pecahkan ketuban dengan satu device macam lidi plastik pastu aku rasa macam ada air panas keluar tapi aku tak boleh nak tahan. Rasa macam terkencing tapi tak boleh tahan gituu. Pastu diorang pasang drip yang aku agak mungkin Pitocin. Ada hikmahnya aku tak tahu pasal induce ni, sebab otak aku tak cakap yang induce ni adalah sangat menyakitkan. Tak tahu maka tak takut. Anggap jela dalam drip tu ada hot chocolate 😛

Ignorance is bless.

“Air ketuban ok, jernih. Kalau hijau maknanya dia dah berak kat dalam. Tak elok.”

Lepas air ketuban dipecahkan, contraction baru rasa macam sakit sikit. Mula-mula rasa macam period pain yang sakit tu. 2-3jam lepas tu rasa macam sakit masa miscarriage.

Tiap 2-3 jam nurse datang cek bukaan. Yang semua orang dok kata sakit tu lah. Ada nurse buat lembut-lembut tapi doktor punya seluk senak sikit. Tapi dorang ni lain-lain. Nurse kata 5cm tapi doktor kata 4cm. Mana satu betul entah. Yang pastinya, aku kene tunggu 10cm.

Tangan ada branula yang disambung kat drip, tak boleh baring mengiring kanan sebab heartbeat baby jadi sangat slow so kena sentiasa mengiring ke kiri. Tak boleh bangun nak buang air, panggil je nurse kata nak buang air kecik then dia akan letak besen bawah punggung & cucikan. Rasa macam anak raja dilayan sebegitu rupa, cuma sakit contraction je bezanya.

Dalam pukul 5pm, sakit makin intense. Baru bukak 5cm masa tu. Fuh, nasibbaik bukak jugak. Kalau induce tanak bukak, seksa la jawabnya.

I refused the offer to use Epidural. Konon nak rasa bersalin normal tanpa painkiller. Walaupun tak natural. Eh, kalau macam tulah rasa sakit induce without painkiller, agaknye kalau bersalin natural tak sakit mana kot, kan? Sebab induce without painkiller is still bearable – at least to me.

Macam mana aku buat bila sakit contraction tu datang?

Win cuba bagi aku dengar MP3 zikir, katanya boleh jauhkan syaitan. What the??

Tapi aku tak suka, aku buang je headfon sebab rimas ada banyak benda lekat kat badan aku lah. Aku lebih suka dengar bunyi heartbeat baby dalam perut masa tu. Laju & ada rhythm.

Aku mengiring mengadap dinding yang ada wallpaper bunga ros, aku fokus kat satu je bunga. Tiap kali contraction, aku diam, pandang tepat kat satu je bunga ros tu & baca Qulhuallah dalam hati sampai abis. Tangan aku paut kuat-kuat kat palang katil, tak sampai hati nak hancurkan tulang tangan Win.

Contraction tu datang macam wave, boleh predict bila dia nak serang. So dah tau agak. So dah boleh sedia bila akan rasa sakit. Bila boleh agak, tak rasa takut sangat.

Win pun tak tahu nak buat apa, dia duduk diam je tepi katil tengok aku diam. Dia tanya sakit tak? Aku kata pergi tengok graf sana, kalau graf tu tinggi saya tengah sakit 😛

Cut the long story short, pukul 7.30pm aku rasa macam nak terberak sangat. Rasa macam tengah sembelit ada tahi keras nak keluar 😛

“Nak berak. Nak berak..” merayu kat nurse. Nurse check baru 7.5cm. Memang taklahhh dia nak bagi aku teran kan? Kene tunggu 10cm jugak.

Buat-buat tanya boleh tak aku teran sebab kalau teran ni mesti lega. Of course dia kata jangan teran lagi, suruh aku tahan. Sambil-sambil dia membebel tu dia tolong koyakkan lubang kat bawah. Fuhhhh.. tak tau rasa nak terima kasih atau nak terajang dia.

Aku cakap banyak kali pasal nak berak sebab nak hint dia soh panggil doktor. Aku tau, ni tanda baby punya kepala dah nak keluar.

Nurse semua dah siap-siap barang nak sambut baby, suruh aku kangkang luas-luas kat device yg support kaki & tangan paut kat tempat khas pada device tu. Nurse yang paling senior kat situ ajar cara-cara nak amik nafas masa nak push. “Tarik nafas dalam-dalam sekali, then teran. Jangan teran kat muka, tapi kat bawah je.” Aku kata nak mintak gas etonox sebab sakit sangat-sangat dah, tapi belum sempat nak amik gas doktor dah sampai!

Doktor masok je labour room then aku kata, “Nak push sekarang jugak! Bak towel nak gigit!”

Win berdiri sebelah kepala aku bagi semangat.

Dapat gigit towel, semua tenaga dapat difokuskan untuk push. Tak de ruang nak menjerit pun. Aku dapat rasa doktor sempat gunting buat episiotomi sebelum aku push for the first time.

PUSHHHH! Kepala baby keluar plup!

“Dah keluar kepala! Sikit je lagi push.”

Dengar Win cakap macam tu, aku tarik nafas dalam-dalam and then pushed for the second time.

PLUP! Meluncur laju keluar Aimi skali dengan tali pusat dia.

Lega! Lega sebab tiba-tiba kesakitan yang orang putih gambarkan sebagai “excruciating” tu hilang at once. Aku ingat aku sebut Alhamdulillah lepas tu.

Alamak, nak terkucil rasa. Sambung Part 2 nanti.

Ciao.

Categories: Whatever

[E] Keazaman yang kuat

November 2, 2012 Leave a comment

Ini bukan cerita pasal Zuhrin Azam yang kuat. Tapi ni cerita pasal keazaman.. orang putih kata “determination”.
Kat office ni ada dua orang kawan aku tengah diet. Jenis yang course diet berminggu-minggu punya. Sorang tu duduk sebelah aku, so aku banyak la tahu pasal diet dia ni.

Diet dia ni kene buat 8 minggu berturut-turut katanya.

Dua minggu pertama tak boleh makan karbohidrat, sayur & buah. Cuma boleh makan protein & air masak je. Masa dia mula-mula start diet ni, dia bawa telur rebus 2 biji & sejenis noodle jepun yang digoreng tanpa minyak & garam. Makan dengan tuna dalam tin (yang dalam air, bukan mayonis). Tea time dia makan telur rebus.

Sedih benar mukanya masa makan, tak enjoy langsung.

Aku saja je menyakat dia, offer coklat bar Whittaker’s perisa kacang dengan 33% cocoa… “Taknak larrr..” katanya. Hehe, kuat jugak semangat dia ni.

Bila dia pergi jalan-jalan kat MidValley, katanya hati dia meronta-ronta nak makan donut lah, ice cream lah..

Aku cakap, macam tu la aku rase masa puasa. Rasa nak itu, nak ini. Padahal masa tak puasa tak hingin pun 😛

Sekarang ni kawan aku tu tengah dalam minggu ke-2. Katanya suami dia dah berputus asa taknak ikut program diet macam tu lagi. “My happiness is now zero worr.. ” LOL. Tula, benda macam ni memang kene ada keazaman yang tinggi. Kalau tak kuat semangat, baru seminggu dah luntur..
Kawan aku plak tak sabar nak masuk minggu ke-3 sebab nanti dia boleh makan sup sayur. Tapi masih kene avoid carbs.

Isk kesian pulak aku tengok dia.. sebab duduk sebelah aku, memang kejenye melihat aku makan jela. Aku kan makan tiap 2 jam? Sebab nak gain weight 😛

Aku respek la kawan aku yang tengah diet ni. Dalam usaha dia nak diet, sanggup pantang makan.

Bukan macam sesetengah orang yang nak kuruskan badan, pantang tengok makanan dia ngappp!! Pastu komplen kata gemuk.

Haih tak pahamlah haku~

Categories: Whatever

[E] Oh Sugar! Honey honey

October 17, 2012 8 comments

She: Hubby, saya tak nak awak dapat diabetis bila dah tua nanti. So, awak nak Nescafe ke tak ni?

He: Tak nak…

My mom is diabetic, so I think I probably have 50% risk of having diabetes too.

So I am very concern on how much sugar I consume everyday. I am controlling how much sugar Win is taking too. That’s why I only make him 1 cup of 3in1 Nescafe every morning for his breakfast but very reluctant to make him another cup of 3in1 coffee before he goes to sleep. It’s TOO MUCH sugar and coffee for a day already!

We always ask for warm water when we order drinks from the restaurant. If the meal comes with fizzy/carbonated drinks, we will request to change it to Milo without ice. We don’t eat dessert after meal too.

In my office, the pantry provides coffee/tea dispenser – for FREE – but no one here in the office consumes more than 2 cups of coffee every day. I wonder how much coffee Win will have if Felda provides this free coffee machines too. Luckily, Felda doesn’t even provide a fridge or microwave in their pantries! HAHAH. Let alone providing free coffee from dispensers 😛

Win told me to mix the coffee instead of using the premix 3in1. But when I mix the coffee with less sugar and condense milk, he complained “Tawar!”. Hish! I make tea with less sugar and then he complained, “Hanyepp” <– cakap Jawa pulak!

I wish he knows how troublesome life with diabetes could be.

Tengoklah Mak sekarang.. aku nak ajak makan luar pun dia berat hati sebab masakan manis & air pun manis.

Tak boleh terluka sikit, nanti merebak. Silap-silap boleh kena potong kaki!

Kena control sugar intake, kalau tak nanti kene marah dengan doktor time checkup.

Kena cek kandungan gula dalam darah secara berkala, device nk cek gula dalam darah tu mahal tau?

Untuk Win, aku cuma bole kontrol masa dia kat rumah je. Masa dia makan dengan kawan-kawan ofis, aku tak boleh control dia order air apa. Kawan-kawan dia kuat makan/minum manis tau? Hishhh.. takut aku.

Memangla nampak mengongkong sebab tak bagi minum manis-manis. Bukan tak boleh langsung, sikit-sikit boleh je.

But I do this because I love him. (and also malas nak bancuh Nescafe malam-malam HAHAHA)

Categories: Whatever