Archive

Archive for the ‘Wish & Greeting’ Category

[E] New addition – Aleeya Nur Imaani

November 23, 2012 4 comments

Aleeya @6th day

 

Welcome to the world, Aleeya!

Terlupa nak cerita aku dapat anak sedara yang baru, tapi tak baru sangatlah sebab dah 2 minggu. 😛

Memperkenalkan, Aleeya Nur Imaani!

Dia keluar awal 2 minggu dari estimated due date, agaknya malas nak dok dalam perut mak dia lama-lama kot. Dah sendat 😛 Takpun memang anak kedua cepat keluar gamaknya, hor?

Kali ni kakak aku beranak normal tanpa any painkiller juga, sama macam yang first dulu.

Tapi kali ni lebih hebat! Sebab tak ada koyakan besar, maka tak ada jahitan! No tear, no stitch.

It’s also possible to tear in other places. Some women tear at the top of the vagina, near the urethra. (This is known as a periurethral laceration.) These tears are often quite small, and if you get one, you’ll probably need only a few stitches or none at all.

These tears don’t involve muscle, so they usually heal more quickly and are less painful than perineal lacerations. The main complaint is a burning feeling when you pee

– BabyCenter

 

Hebat gila kau tunggu bukaan 10cm eh, Anyah? Dahlah baby Aleeya ni besaq – 3.6kg!

Aku dulu 7.5cm pun dah menggelupur macam nak terberak sangat dah. Fuh~

Sebenarnya, aku suka bersaing dengan kakak aku ni. Dulu anak first, dia kata dia tak amik painkiller, so aku pun tanak amik painkiller jugak lah. Apadahal?

Tapi, kali ni benchmark semakin meninggi. NO STITCH?

Not sure bout that but I will try! Cuma tak tahu bila nombor dua nak keluar sebab setakat ni ‘sperm provider’ reject my application nak pregnant tahun depan.

“Kesian Aimi, kecik lagi. Bagilah dia manja-manja dulu.” kata Win. OK fine.

Tapi takpe. Inshaa Allah permohonan akan dibuat lagi tahun depan XD

Bila dah approve, the rest Allah yang tentukan.

 

 

Categories: Wish & Greeting

[E] Happy 1st Birthday, Aimi Zahra

November 22, 2012 Leave a comment


Dah lambat sangat entry ni sebenarnya, birthday Aimi 17 November yang lepas.

This year kebetulan birthday dia jatuh pada hari Sabtu, selepas 2 cuti umum Deepavali & Maal Hijrah, so kami balik Johor seminggu last week sambut birthday Aimi kat JB.

Dalam handphone aku tak ada gambar Aimi potong kek untuk di-upload kat blog, sebab aku sibuk tolong pegang pisau nak potong kek masa tu. Tok Wahid-nya Aimi sponsor kek aiskrim. Ngeh ngeh ngeh, thanks Tok Wahid.

Nenek pula belikan hadiah Aimi gelang kaki berloceng. So sekarang senang nak tau mana Aimi dok ada, ada bunyik tring tring!

So untuk menjamu keluarga makan-makan masa harijadi Aimi tu, aku masak 2 large pizzas, 30+ pcs beef kebabs skewer & fruits skewer.

Seronok ada adik ipar ramai-ramai ni, dorang tolong memasak sekali! Heh, thanks Hani, Hariz & Haziq. And Adi yang tolong BBQ.

Alamak, gambar skewer kebab tak dapat sebab aku sibuk gila mencucuk!!

Kak ipar aku plak masakkan shepherd pie & triffle. And bagi hadiah baju tuk Aimi XD – Thanks, kak yan & abg amy!

Simple je sebab sambut birthday budak setahun ni, bukan dia paham pun. Yang dia tau dia happy sebab ramai dok nyanyi lagu birthday kat dia.

Kawan-kawan Aimi kat neseri nanti aku bagi pek biskut meringue je yang aku order kat kawan opis yang lama. Dia bukak kedai pastry dah sekarang, tak kerja programmer dah.

Happy birthday, Aimi Zahra!

Semoga Aimi membesar menjadi anak yang solehah, sihat dan cerdik. Amin.

Categories: aimi, Wish & Greeting

[E] Happy 10th Anniversary!!

March 21, 2012 Leave a comment

.. ekceli 3rd Anniversary kawen tapi yang gedik 10th anniversary tu = bencinta 😛

pagi-pagi buta tadi sibuk bersiap langsung lupa harini hari apa.

dah sampai opis barulah teringat “eh harini anniversary lahhh” pastu SMS happy anniversary kat Win. Sedih la jugak sebab macam aku sorang je dok ingat hari ni hari apa.

tak lama lepas SMS tu, aku dapat call dari receptionist kata ade delivery. Aku ingatkan baju yang aku order online dah sampai.

rupa-rupanya Win hantar seprais~~

bunga?? seriously.. BUNGA?

dalam sepuloh tahun bencinta aku tak pernah dapat bunga. so tadi masa dapat bunga.. rasa camana nak cakap ah? macam baru nak bercinta pulak hikhikhik. rase cam ade rama-rama dalam perut. rasa macam ada secret admirer. ceh 😛

kenapa sebelum ni tak pernah dapat bunga?

sebab aku sendiri dah cakap kat Win masa awal-awal bercinta dulu, kalau nak bagi hadiah bagilah benda yang aku boleh makan iaitu coklat & aiskrim. jangan bagi bunga sebab bukannya boleh makan pun pastu bunga tu kang kecut. bazir je.

anyway, best jugak dapat bunga sepuloh tahun sekali.

ni pun mesti sebab mase order bunga kat online tu Win tengah demam semalam 😛

Happy Anniversary, Hubby! xoxo

Categories: Shoutout, Wish & Greeting

[WE] Sempena Ramadhan

August 10, 2010 Leave a comment

sempena bulan Ramadhan tahun ini, kami mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua umat Islam, terutamanya family & rakan2.

maafkan segala kesilapan & kesalahan kami berdua.. sama ada perbuatan atau percakapan, yang disengajakan atau tidak. semoga bulan Ramadhan tahun ini dapat membersihkan hati kita semua.

..

selamat menyambut Ramadhan yang mulia,
banyakkan amalan, kurangkan dosa,
puasa bukan setakat menahan lapar dahaga,
mengumpat mengata pun tak buleh juga.

..

Ramadhan datang setahun sekali
Ramadhan depan kita belum tentu jumpa lagi,
oleh itu marilah kita memperbaiki diri,
dahlah baca al-Quran pun setahun sekali.

..

berbuka jangan mengikut nafsu sangat,
kenyang amat, sembahyang pon tak hengat
makan banyak, perut pun sendat,
pastu komplen kata, “baju raya ketat tak muat!”.

..

bangun sahur janganlah culas,
minumlah sikit at least milo panas,
bini dah perangat lauk, yg laki tolonglah kemas,
takkan basuh pinggan pun tak pass?

Categories: Wish & Greeting

[E] Happy First Anniversary

March 22, 2010 10 comments

edotwin1

Categories: Wish & Greeting

[E] Welcome the new addition to the family

February 3, 2010 6 comments

Welcome Farouq Irsyad Mukriz Hakimi Nazmy, Win’s second nephew.

He was born on 2nd Feb 2010.

EdotMembebel: Gempak name budak ni. B, nanti awak nk letak nama anak awak ape ye~

Categories: Wish & Greeting

[W] Salam Aidilfitri 2009/1430H

September 13, 2009 2 comments

salam-aidil-fitri2009

Credit: Original typography by AwangPurba.

Categories: Wish & Greeting