[E] Oh it’s November! Part 2

November 6, 2012 3 comments

Okeh, sambung cerita semalam Part 1.

Bila Aimi dah keluar, dorang tak bagi aku pegang pun.. cuma tunjuk “HAAAA baby girl. Tengok!” & terus bersihkan dia. Well, kan doktor dah scan kata pompuan 4-5-6 kali. Kalau bukan pompuan pon takpe, baju baby yang dah beli semua unisex.

Masa aku dengar Aimi mula-mula nangis, doktor tengah goyang-goyangkan tali pusat dari perut aku & rentap keluar plansenta @ uri. Dia tenyah-tenyeh perut aku untuk pastikan uri betul-betul dah tertanggal. Dia korek punya korek tak tahulah dia cari apa dalam tu. Pastu dia masukkan cotton balls serap baki darah pulak. Asyik sebut, “Sorry ye, sikit je lagi.”

Win pulak dah hilang ke mana tak tau, pergi isi borang kat kaunter kot tuk kelahiran.

Pastu aku pun tak pasti doktor ada cucuk bius kat ‘situ’ ke tak sebelum dia start menjahit. Sebab aku dapat rasa setiap kali jarum tu mula memasuki kulit kat ‘situ’ tapi tak rasa ngilu pun. Tu yang aku kompius, ada bius ke tak ek? Tapi aku memang dok statik tak gerak-gerak lar, pandang je siling & biar je dia jahit kat ‘situ’ elok-elok untuk kesejahteraan rumah tangga LOL. Tapi lepas jahit, bolehhhh pulak nak korek lagi cakap tertinggal sesuatu. “Sorry ye..” Aik, tertinggal cotton balls tadi ke?

Apa yang aku rasa?

Macamana nak terangkan ekk, ok camni. Sebab dah rasa sakit yang amat sangat sebelum tu, apa-apa je yang terjadi seterusnya dah tak rasa sakit langsung.

Patutlah kawan aku yang bersalin tapi guna painkiller Epidural kata yang dalam TV tu tipu.. dia bersalin tak mengerang macam tu pun – rilex je katenye. Dah tu, kau pakai epidural memanglah boleh rilex, Kiah! Tapi dia kata sakit & ngilu masa jahitan kat ‘situ’ sampai doktor marah-marah dia sebab angkat punggung. Oh, now it all make sense. Kalau tak sakit masa nak bersalin, nanti sakit masa nak jahit sebab kesan Epidural kau dah hilang. KAHKAHKAH.

Pastu nurse bagi aku Milo suam. Nikmatnya ya Allah. Dari siang tadi aku tak makan apa dok tahan sakit saja.

“Eh, kenapa baby awak ni kulit dia.. bersih? Tak ada keruping keruping macam baby lain.” Nurse yang bersihkan Aimi tanya.

“Saya minum air kelapa.. kot?” aku pun tak sure jawapan aku betul ke tak.

“Minum lepas 8 bulan eh? Patutlah…” doktor pula menyampuk.

“Ok, nah bagi baby minum susu.” Nurse hulurkan Aimi yang berbalut dengan kain kaler pink.

First time aku pegang Aimi, dalam hati Ya Allah, muka macam arwah Opah! Hidung tu macam aku punya lah tapi..

Terkial-kial aku pegang baby Aimi yang lembik tu & nak support dia untuk dekat dengan breast. Nasib baik nurse tu baikkkk sangat. dia ajar aku kene duduk selesa dulu, then camana nak ‘aim’ puting masok mulut baby, camana nak kejutkan baby soh menyusu, camana latching yang betul. Lembut je dia ajar. Siap dia urut-urutkan breast untuk stimulate susu keluar. Tunjuk ajar yang first tu yang penting.

Punyalah lama dorang nak siapkan wad, 2 jam aku dalam labour room lepas bersalin tak buat apa-apa. Aimi dorang bawak pegi nursery untuk tidur.

Dah dapat wad, parents & kakak aku pun sampai hospital. Aku mintak nak in-room dengan Aimi sebab nak tidur dengan dia malam tu. Barulah bonding sikit. Win tak sempat nak qamatkan Aimi sebenarnya sebab dia ke hulu ke hilir setelkan borang apa tak tau. Ayah yang qamatkan.

Sekian cerita tentang November 2011.

Nanti nak sambung cerita pasal berpantang dengan Mak pula.

Caucincau~

Advertisements
Categories: aimi

[E] Oh it’s November! Part 1

November 5, 2012 2 comments

November.

Aku cuba nak ingat balik rase sakitnye bersalin normal tanpa sebarang painkiller, tapi tak boleh nak ingat secara tepat pulak. Dah nak setahun pun, agaknye otak hilangkan ingatan part sakit tu sebab tanak aku phobia nak beranak lagi kot πŸ˜›

Seingat aku, 2 minggu sebelum estimated due date aku dah cuti. So lepak kat umah rileks-rileks tengok tv senang hati tak payah fikir pasal kerja. Heaven. Siap boleh jahit comforter tuk baby.

Khamis 17 November pagi subuh, ada kesan darah kat panties. Aku cuak.. sebab dulu masa miscarriage pun tanda macam ni lah. Dahlah aku tak tahu rupa tanda nak bersalin macam mana. Win tengok kesan darah tu dia kata, “Takde pape ni. Rileks je” (ceh macam la dia tauuuu) & dia pun pergi kerja macam biasa. Tapi lepas 15 minit camtu aku tengok kesan darah makin banyak pulak.

Kaget.

EDD sebenarnya 21 November.

Telefon Win soh patah balik sebab aku rase tak sedap hati. Nasib baik Win pun tak jauh mana, so sementara tunggu Win sampai aku siap-siap mandi & bawak beg nak pergi hospital tunggu depan pintu. Tak sarapan pun sebab gelabah puyuh.

Sampai hospital dorang masukkan dalam labour room. Pukul 8am doktor kata baru buka 2cm. Tak rasa contraction kuat sangat pun, macam mild period pain je.

Pukul 12 tengah hari doktor kata still 2cm. “So macam mana? Pergi balik dulu lah, nanti dah rasa sakit datang sini semula ye?” Aku kerutkan kening tanda protes disuruh balik & datang semula. Malaslah. “Atau kalau you taknak balik, kite induce je. Dah full term pun, rambut baby pun dapat rasa tadi. OK je kalau kite keluarkan dia harini.”

“Bolehla doc, kite keluarkan dia harini. Malas betul nak balik & datang sini balik.” Kang dibuatnya beranak sabtu @ ahad, mahal la bil bersalin! TAKNAK. Marilah bersalin hari weekdays kalau nak bil murah sikit. Ceh, macam lah bayar bil guna duit sendiri πŸ˜› nape kedekut sangat tah.

Doktor Mashita pecahkan ketuban dengan satu device macam lidi plastik pastu aku rasa macam ada air panas keluar tapi aku tak boleh nak tahan. Rasa macam terkencing tapi tak boleh tahan gituu. Pastu diorang pasang drip yang aku agak mungkin Pitocin. Ada hikmahnya aku tak tahu pasal induce ni, sebab otak aku tak cakap yang induce ni adalah sangat menyakitkan. Tak tahu maka tak takut. Anggap jela dalam drip tu ada hot chocolate πŸ˜›

Ignorance is bless.

“Air ketuban ok, jernih. Kalau hijau maknanya dia dah berak kat dalam. Tak elok.”

Lepas air ketuban dipecahkan, contraction baru rasa macam sakit sikit. Mula-mula rasa macam period pain yang sakit tu. 2-3jam lepas tu rasa macam sakit masa miscarriage.

Tiap 2-3 jam nurse datang cek bukaan. Yang semua orang dok kata sakit tu lah. Ada nurse buat lembut-lembut tapi doktor punya seluk senak sikit. Tapi dorang ni lain-lain. Nurse kata 5cm tapi doktor kata 4cm. Mana satu betul entah. Yang pastinya, aku kene tunggu 10cm.

Tangan ada branula yang disambung kat drip, tak boleh baring mengiring kanan sebab heartbeat baby jadi sangat slow so kena sentiasa mengiring ke kiri. Tak boleh bangun nak buang air, panggil je nurse kata nak buang air kecik then dia akan letak besen bawah punggung & cucikan. Rasa macam anak raja dilayan sebegitu rupa, cuma sakit contraction je bezanya.

Dalam pukul 5pm, sakit makin intense. Baru bukak 5cm masa tu. Fuh, nasibbaik bukak jugak. Kalau induce tanak bukak, seksa la jawabnya.

I refused the offer to use Epidural. Konon nak rasa bersalin normal tanpa painkiller. Walaupun tak natural. Eh, kalau macam tulah rasa sakit induce without painkiller, agaknye kalau bersalin natural tak sakit mana kot, kan? Sebab induce without painkiller is still bearable – at least to me.

Macam mana aku buat bila sakit contraction tu datang?

Win cuba bagi aku dengar MP3 zikir, katanya boleh jauhkan syaitan. What the??

Tapi aku tak suka, aku buang je headfon sebab rimas ada banyak benda lekat kat badan aku lah. Aku lebih suka dengar bunyi heartbeat baby dalam perut masa tu. Laju & ada rhythm.

Aku mengiring mengadap dinding yang ada wallpaper bunga ros, aku fokus kat satu je bunga. Tiap kali contraction, aku diam, pandang tepat kat satu je bunga ros tu & baca Qulhuallah dalam hati sampai abis. Tangan aku paut kuat-kuat kat palang katil, tak sampai hati nak hancurkan tulang tangan Win.

Contraction tu datang macam wave, boleh predict bila dia nak serang. So dah tau agak. So dah boleh sedia bila akan rasa sakit. Bila boleh agak, tak rasa takut sangat.

Win pun tak tahu nak buat apa, dia duduk diam je tepi katil tengok aku diam. Dia tanya sakit tak? Aku kata pergi tengok graf sana, kalau graf tu tinggi saya tengah sakit πŸ˜›

Cut the long story short, pukul 7.30pm aku rasa macam nak terberak sangat. Rasa macam tengah sembelit ada tahi keras nak keluar πŸ˜›

“Nak berak. Nak berak..” merayu kat nurse. Nurse check baru 7.5cm. Memang taklahhh dia nak bagi aku teran kan? Kene tunggu 10cm jugak.

Buat-buat tanya boleh tak aku teran sebab kalau teran ni mesti lega. Of course dia kata jangan teran lagi, suruh aku tahan. Sambil-sambil dia membebel tu dia tolong koyakkan lubang kat bawah. Fuhhhh.. tak tau rasa nak terima kasih atau nak terajang dia.

Aku cakap banyak kali pasal nak berak sebab nak hint dia soh panggil doktor. Aku tau, ni tanda baby punya kepala dah nak keluar.

Nurse semua dah siap-siap barang nak sambut baby, suruh aku kangkang luas-luas kat device yg support kaki & tangan paut kat tempat khas pada device tu. Nurse yang paling senior kat situ ajar cara-cara nak amik nafas masa nak push. “Tarik nafas dalam-dalam sekali, then teran. Jangan teran kat muka, tapi kat bawah je.” Aku kata nak mintak gas etonox sebab sakit sangat-sangat dah, tapi belum sempat nak amik gas doktor dah sampai!

Doktor masok je labour room then aku kata, “Nak push sekarang jugak! Bak towel nak gigit!”

Win berdiri sebelah kepala aku bagi semangat.

Dapat gigit towel, semua tenaga dapat difokuskan untuk push. Tak de ruang nak menjerit pun. Aku dapat rasa doktor sempat gunting buat episiotomi sebelum aku push for the first time.

PUSHHHH! Kepala baby keluar plup!

“Dah keluar kepala! Sikit je lagi push.”

Dengar Win cakap macam tu, aku tarik nafas dalam-dalam and then pushed for the second time.

PLUP! Meluncur laju keluar Aimi skali dengan tali pusat dia.

Lega! Lega sebab tiba-tiba kesakitan yang orang putih gambarkan sebagai “excruciating” tu hilang at once. Aku ingat aku sebut Alhamdulillah lepas tu.

Alamak, nak terkucil rasa. Sambung Part 2 nanti.

Ciao.

Categories: Whatever

[E] Keazaman yang kuat

November 2, 2012 Leave a comment

Ini bukan cerita pasal Zuhrin Azam yang kuat. Tapi ni cerita pasal keazaman.. orang putih kata “determination”.
Kat office ni ada dua orang kawan aku tengah diet. Jenis yang course diet berminggu-minggu punya. Sorang tu duduk sebelah aku, so aku banyak la tahu pasal diet dia ni.

Diet dia ni kene buat 8 minggu berturut-turut katanya.

Dua minggu pertama tak boleh makan karbohidrat, sayur & buah. Cuma boleh makan protein & air masak je. Masa dia mula-mula start diet ni, dia bawa telur rebus 2 biji & sejenis noodle jepun yang digoreng tanpa minyak & garam. Makan dengan tuna dalam tin (yang dalam air, bukan mayonis). Tea time dia makan telur rebus.

Sedih benar mukanya masa makan, tak enjoy langsung.

Aku saja je menyakat dia, offer coklat bar Whittaker’s perisa kacang dengan 33% cocoa… “Taknak larrr..” katanya. Hehe, kuat jugak semangat dia ni.

Bila dia pergi jalan-jalan kat MidValley, katanya hati dia meronta-ronta nak makan donut lah, ice cream lah..

Aku cakap, macam tu la aku rase masa puasa. Rasa nak itu, nak ini. Padahal masa tak puasa tak hingin pun πŸ˜›

Sekarang ni kawan aku tu tengah dalam minggu ke-2. Katanya suami dia dah berputus asa taknak ikut program diet macam tu lagi. “My happiness is now zero worr.. ” LOL. Tula, benda macam ni memang kene ada keazaman yang tinggi. Kalau tak kuat semangat, baru seminggu dah luntur..
Kawan aku plak tak sabar nak masuk minggu ke-3 sebab nanti dia boleh makan sup sayur. Tapi masih kene avoid carbs.

Isk kesian pulak aku tengok dia.. sebab duduk sebelah aku, memang kejenye melihat aku makan jela. Aku kan makan tiap 2 jam? Sebab nak gain weight πŸ˜›

Aku respek la kawan aku yang tengah diet ni. Dalam usaha dia nak diet, sanggup pantang makan.

Bukan macam sesetengah orang yang nak kuruskan badan, pantang tengok makanan dia ngappp!! Pastu komplen kata gemuk.

Haih tak pahamlah haku~

Categories: Whatever

[E] Oh Sugar! Honey honey

October 17, 2012 8 comments

She: Hubby, saya tak nak awak dapat diabetis bila dah tua nanti. So, awak nak Nescafe ke tak ni?

He: Tak nak…

My mom is diabetic, so I think I probably have 50% risk of having diabetes too.

So I am very concern on how much sugar I consume everyday. I am controlling how much sugar Win is taking too. That’s why I only make him 1 cup of 3in1 Nescafe every morning for his breakfast but very reluctant to make him another cup of 3in1 coffee before he goes to sleep. It’s TOO MUCH sugar and coffee for a day already!

We always ask for warm water when we order drinks from the restaurant. If the meal comes with fizzy/carbonated drinks, we will request to change it to Milo without ice. We don’t eat dessert after meal too.

In my office, the pantry provides coffee/tea dispenser – for FREE – but no one here in the office consumes more than 2 cups of coffee every day. I wonder how much coffee Win will have if Felda provides this free coffee machines too. Luckily, Felda doesn’t even provide a fridge or microwave in their pantries! HAHAH. Let alone providing free coffee from dispensers πŸ˜›

Win told me to mix the coffee instead of using the premix 3in1. But when I mix the coffee with less sugar and condense milk, he complained “Tawar!”. Hish! I make tea with less sugar and then he complained, “Hanyepp” <– cakap Jawa pulak!

I wish he knows how troublesome life with diabetes could be.

Tengoklah Mak sekarang.. aku nak ajak makan luar pun dia berat hati sebab masakan manis & air pun manis.

Tak boleh terluka sikit, nanti merebak. Silap-silap boleh kena potong kaki!

Kena control sugar intake, kalau tak nanti kene marah dengan doktor time checkup.

Kena cek kandungan gula dalam darah secara berkala, device nk cek gula dalam darah tu mahal tau?

Untuk Win, aku cuma bole kontrol masa dia kat rumah je. Masa dia makan dengan kawan-kawan ofis, aku tak boleh control dia order air apa. Kawan-kawan dia kuat makan/minum manis tau? Hishhh.. takut aku.

Memangla nampak mengongkong sebab tak bagi minum manis-manis. Bukan tak boleh langsung, sikit-sikit boleh je.

But I do this because I love him. (and also malas nak bancuh Nescafe malam-malam HAHAHA)

Categories: Whatever

[E] Dah lama I cari you

October 5, 2012 Leave a comment

Tadi pergi IOI singgah Daiso jap, nak cari remekin.

Jumpa kaler yang aku dah lama cari.. kaler merah ofkos! Tadi ingat nak amik kaler warna-warni tapi kensel sebab kang tak sama tema dengan barang dapur. Ceh pooodah~

Beli 4 ketul of this red remekin and 4 ketul of the gratin plate oval, konon-konon nak buat masak lasagna.

Sebab aritu buat lasagna, failed dari segi rupa. Rasa boleh tahan. Sebab aku masak dalam bekas besar, bila nak serve kene potong-potong. Buruk gila jadinya sebab lasagna aku tanak berdiri pun! Dahlah berani mati bagi makan kat tetamu lasagna cair tu @_@ . Nampak macam topping pizza je πŸ˜›

Nasib baik tetamu tu dah kawan dgnΒ  kitorang >10 tahun, so tak malu sangat la aku nak serve kat dia lasagna cair tu. Kahkahkah.

So next time nak masak lasagna, I think it’s better to have this individual gratin plate instead to make sure tak fail dari segi rupa.Β  Lantaklah if it is not meant for lasagna pun, bukan ada sapa nak judge πŸ˜›

Tuk sedapkan hati lagi (sebab dah TERspend duit banyak kat Daiso tadi), gratin plate ni aku bole buat bekas letak banana split.

Bole bake makaroni and cheese!

Bole bake macam-macam except cakes.

Anything but cake in my oven. I don’t like baking.

Because of the cheap price, I don’t mind kalau Aimi nak buat barang mainan masak-masak dia pun. Kehkehkeh.

Ekceli banyak lagi aku beli kat Daiso tapi tak sempat nak upload sini. Nanti aku buat entry lain pulak sebab tu ialah my new passion, making bento for Aimi.

Ok peeps. Go to your nearest Daiso to get these if you need one!

Bai.

Categories: Stumble Upon

[E] Kalau aku ajak

September 26, 2012 6 comments

Ni entry nak shout out.

Last two weeks, aku ada suarakan hajat nak naik Genting kat Win. Pagi-pagi buta lepas subuh, “Jom naik Genting nak?”.

Aku kalau ajak jalan memang camtu, tetiba rase nak jalan terus ajak. Takdenye nak plan. Bukan apa, slalu kalau mende camni di-plan.. susah nak jadi. Ade je aral melintang. Kami tak pernah naik GentingΒ  berdua, bertiga ni pun tak pernah. Tu yang aku nak pergi sangat tu.

“Hmmph, saya & Aimi tak sihat la. Awak je yang sihat. Tak best.”

Ok fine.

Last week, aku baca Whatsapp dia.. “Amacam Ren, jadi tak kita rider sejati harini?”

Aku tanya Win, plan apa ni rider sejati? Win kata Sepool ajak test ride motor naik Genting.

FUUUUUUUUUUUUUUUU…

Kalau dia jawab “Yes, jadi” kat Whatsapp tu memang la aku hangin satu badan.

Kalau aku ajak, dia takmau! Ni kawan ajak.. aku nak tengok apa jawapan dia.

Then dia reply, “Tak bolehlah, Aimi semalam muntah. Arini nak amik nebulizer.”

Khennnnnn…. tau takpe.

Dulu mase aku peknen, ajak gi naik Cameron test drive Si Puteh pun tanak. Sampai sekarang hajat aku nak pergi Cameron helen tak tercapai tau? Ahkak pendammmmm jek 😦 Tah bila dapat pergi Cameron.

Then sejak ada motor baru ni, aku saja sound, “Dah ada motor baru, tak nak lunch date dengan saya kat TPM ke?”

Dulu je, masa bertunang fuhh sanggup tu dia naik motor dari KL ke Mines Seri Kembangan (30km++) semata-mata nak lunch date dengan aku.

Sekarang dah kawen, dia jawab “Dulu banyak duit, sekarang dah pakai motor baru tak ada duit.”

OK fine.

Aku pernah drive redah jem dari Bukit Jalil ke KL semata-mata nak lunch date dengan dia kat Nasi Ayam Tat, Setiawangsa. Tup-tup bila sampai opis dia, boleh dia pergi ajak Sepool & wife join sekali? Haih. Orang nak lunch date dengan dia, dia pergi ajak orang lain pulak.

Nyammmmmmmpah.

 

Categories: Shoutout

[E] Hembeg mahal

September 25, 2012 6 comments

She: B, saya tengok kawan-kawan pompuan saya dok sebok beli hembeg mahal.. Branded-branded je semua dorang pakai. Saya pun nak try lah. Asyik beli yang murah jek..

He: Tak payahlah start…

She: ….

Yelakan.

I never have any branded handbag all this while. BONIA pun tak pernah.

Selalu dok beli yang cokia-cokia pasar malam or beli online kat blogshop kawan.

Skali bila dok sblah kawan yang pakai hembeg Louis Vuitton, aku pun tanyalah berapa harga ni..? Dia kata 4 ribu, husband belikan. Then aku tanya pulak, purse LV dia ni berapa harga? Dia kata 2 ribu setengah dia beli sendiri.

Mak oih!

Tapi dia tak bangga pun sebab dia tunjuk kawan meja depan kami tu pakai hembeg LV 15 ribu hengget letak atas lantai jek. Kahkahkah. Camana dia tau harga beg tu? Hanya jauhari mengenal manikam.

Baru-baru ni mak dia pergi Europe, dia pesan soh belikan hembeg Prada. Harga 1,280 pound. Mari aku tolong kira duit mesia brapa hengget… RM6382!Β  Tak apa kalau mampu. Apa salahnya? Bukan dia mintak duit aku pun.

Tapi ini betul-betul kejutan budaya untuk aku beb. Aku tak biasa pegang benda mahal-mahal gini. Tak mampu pun ye.

Apa rasanya bawak beg mahal-mahal ni berjalan ekk? Nak jugak aku tau. Tu yang nak try tu hahaha.

Aku tengok kat opis ni ramai yang pakai Longchamp. Aku tanyalah salah sorang ni, brapa harga? Katanya saiz kecik camni 600 hengget. Fuh, simple camni pun mahal? Oh, rupa-rupanya beg Longchamp ni kalis api. HEBAT!

Aku ada hembeg design cam Longchamp tu, tapi cap Marc Jacob beli kat Jonker’s Street, RM20 je. Bila aku bawak jalan, kawan-kawan aku tanya pulak “Eh, you beli kat UK eh? Brapa?” Bila aku kata beli kat Jonker’s Street je, dorang gelak.

See? Pakai hembeg pirate pun ok what πŸ˜›

 

Well, takpela. Masing-masing ada taste masing-masing hor…

Tak kisahlah kot kalau aku pakai beg murah pon. Nanti aku ada baaaanyak duit nak beli baaaaanyak design bag!

Thee hee hee.

 

Categories: Whatever