Home > Whatever > [E] Sebab tu aku malas

[E] Sebab tu aku malas

cold
Paling malas on YM. Orang suka tanya soalan, “Edot apa khabar? Dah ada baby ke belom?” lagilah aneh kalau sudah 2 tahun tak pernah bertegur sapa tiba-tiba saja tegur kat YM. Lah, rupa-rupanya dia nak bagitau dia pregnant sudah. Ok, aku tumpang gembira sebab tu memang berita gembira pun, nak pregnant bukan senang.

Pada orang tu mungkin dia fikir tak ada apa-apa, cuma bertanya khabar. Tapi cuba fikir lebih sikit lagi.

Katalah kan, bace betol-betol aku tulis katalah kan, si Edot ni dah berusaha setahun lebih nak getting pregnant tapi tak berjaya. Dia sedih tak dengar soalan tu? Rasa macam nak nangis tak? Ada tak rasa rendah diri sebab rasa diri macam tak sesubur orang lain yang malam nikah tu jugak-jugak dah bunting pelamin? Orang yang tak kawen kat Malaysia ni senang pulak get pregnant lalu terus membuang bayi masing-masing kerana terlalu takutkan mak ayah sendiri marah, kenapa dia yang dah kahwin secara sah dan dah berusaha lama masih tak dapat-dapat jugak anak?

So peeps, fikir dulu sebelum tanya aah. Aku tau, mesti eksaited punya sebab pregnant. Aku pun nanti eksaited nak bukak satu lagi blog pasal the whole pregnancy process. Tapi boleh kut consider perasaan orang lain masa nak tanya tu. Macam aku dah tulis tadi, memanglah tak bermaksud nak cederakan perasaan sesiapa, tapi kadang-kadang ada yang tercedera jugak.

Lagi satu kes, katalah kan eh bace betol-betol lagi sekali, aku tulis katalah kan si Edot ni masih dalam mode “tunggu” sebab laki dia kata tunggu pindah rumah yang atas tanah dulu sebab laki dia tak sanggup nak tengok si Edot ni naik turun tangga kat apartment 5 tingkat dengan perot besar, tunggu ada kereta yang besar sikit dari sekarang barulah boleh berusaha to get pregnant. Bila Edot jawab, “Belum lagi.. sekian sekian… ” mesti dapat reply, “Weh tak baik tolak rezeki.” Erk? Kalau belum dapat macam mana nak tolak? Kalau dah dapat pastu kata taknak, haa yang itu baru betul tolak rezeki kut. Lepas tu orang yang bertanya soalan tu nanti bergaduh pula dengan si Edot sebab tak sependapat.

Cuma sebab satu soalan, boleh buat orang yang kene jawab tu rasa sedih atau mungkin buat 2 orang kawan bergaduh sebab tak sebulu.

Senang cerita, tak payah tanya lah kan. Nak declare bagitau kata dah pregnant tak ape, tapi kalau tak tanya soalan “Dah ada baby?” kat pihak lain lagi baik kut.

Sebab, kalau kau tak tanya dan pihak lagi satu pun pregnant, dia pun for sure akan bagitau kat kau yang dia pregnant. Kan?

Categories: Whatever
  1. May 20, 2010 at 3:57 PM

    Sabar Yer….

    Orang Kat luar bukannyer tau kesusahan / Difficulties yg kiter rasa….

    Yang orang lain tau, KOMEN + PELIK …

    Suggestion jauh sekali..support, entah tak tau dorang ingat atau tak……

    • May 20, 2010 at 4:32 PM

      huhu.. mungkin la pada diorang tak de maksud ape2 cuma nk sampaikan berita gumbira tapi soalan yang diajukan sekali dgn berita tu hohoho.. pikir sendirilah kan.

      *sabo je le*

  2. anonymous
    May 20, 2010 at 6:22 PM

    relax la edot. maybe dia xde niat buruk pun, sekadar bertanya. lgpun xsalah kan kalau dorg nk kongsi cerita gembira dorg.
    kalau ko terasa dgn dorg, ko cakap je la direct yg ko xselesa ditanya begitu.huhuhu..

    • May 21, 2010 at 5:45 PM

      ala anonimus, betul memang tak salah.

      pasal ckp direct tu, aku taknak ckp kat situ jugak, ibu mengandung kan lagi cepat terase.

      ps: kenapa gune name anonimus? tak berani nak guna nama sendiri kah? hahaha

  3. zulia
    May 20, 2010 at 6:48 PM

    sependapat!!!!

    • May 21, 2010 at 9:00 AM

      sokong Tuan Pengerusi!!

  4. iladalila
    May 25, 2010 at 1:39 PM

    aku paham sgt perasaan ko edot….Pernah jadi kat aku satu ketika dulu….lepas aku misscarry..”Bila nak ada baby??!!!” soklan yang membuatkan aku selalu TENSION…Time tu mmg aku selalu jerk murung…berbulan gak nak pulihkan semangat…Tapi bila difikirkan balik..ada sebab Allah bg rezeki anak tu lambat. Agaknya kalau aku ada anak dulu kesian gak baby tu sbb masa tu kami belum stabil dr segi kewangan. Tapi sbg kawan aku sentiasa doakan yg terbaik tuk ko edot. Teruskan berdoa+usaha. InsyaAllah rezeki ko ada nanti..amin..

    • June 1, 2010 at 5:20 PM

      hoho, amin. terima kasih sebab doakan. doakan dapat baby comel lote jugak ah 😛

  5. momo zaini
    June 1, 2010 at 5:15 PM

    paling last aku nk tanya, kalau jumpe kawan2 ialah pasal private dorang aa.

    tapi biase le budak2 ni tanye pelik2 ntah apa2. lagi private lagi nak ditanye. apera.

    sayangnye, yg dok tanye bende2 gitu, selalunye la…pompuan.

    sibuk tul.

    • June 1, 2010 at 5:21 PM

      memanglah pompuan yg salu sebok tanya. this is one reason kenapa aku selalu elak gathering 😛

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to eDoTz Cancel reply