Home > Recipe, Tips, Whatever > [E] Homemade beef patties AJAIB

[E] Homemade beef patties AJAIB

Malam tadi kami dinner burger ajaib.
HAHAHA.
Sebab dimasak oleh IKAN si Pemanggang Ajaib!

Kali ni aku try buat beef patties guna resepi kat blog Sa.
Boleh tahan dia punya rasa, bak kata Win “kalah BigMac”.

Senang gila buat beef patties ni rupanya.Tutup mata pun boleh masak!
Nah aku bagi resepi yang aku try semalam.

Cincang halus:
– bawang merah
– bawang putih
– daun bawang
– daun ketumbar

Gaul dengan minced meat.
Tabur garam & serbuk blackpepper.
Lagi menarik kalau korang cuba masukkan serbuk roti.
Ada resepi modified instead of guna serbuk roti, guna biskut Hup Seng hancur.
Woha!

Tapi malam tadi aku tak ada both items, so blasah je labu.

Pecahkan sebijik telur & gaul rata-rata (untuk 400gm daging cincang cap Ramly)
Last skali korang bentukkan la patties tu jadi macam mana korang nak.
Nak tebal ke, nipis ke, bulat ke, bentuk love ke, bintang ke.. semua boleh.

Aku biar dia rest 30 minit dalam fridge.

Pastu susun cantik-cantik atas grill.
In this case, aku susun atas Pemanggang Ajaib lah.
Guna api stove yang perlahan.

Oh, nak masak patties ni tricky sikit.
Tak tahulah kenapa Ramly minced meat ni dia keluarkan air yang banyak masa aku masak.
Jadi aku kene check selalu kalau ada air, aku tuang keluar dari pemanggang.

Dan seperti yang aku jangka, patties yg lebar asalnya, jadi mengecut.
Tapi aku tak sangka patties tu MENINGGI – tebal!
Aiyoyo~

10 minit in the middle of cooking time, aku tak tutup pun pemanggang.
Aku biar nganga sebab nak bagi patties tu kering & ada kesan grill.

10 minit terakhir aku tutup balik pemanggang sebab nak bagi dalam patties tu masak betul-betul.

Bila dah siap, aku susun cantik-cantik sebab nak tangkap gambar.

SEDAPPPPP!

Patties juicy, rasa pun mengancam.
Cuma minced meat tu jenis murahan, ada ketulan otot ke lemak entahlah.
So ada je benda yang aku kunyah tapi tak leh hancur.

Selamat mencuba, korang!

Categories: Recipe, Tips, Whatever
  1. November 29, 2012 at 11:21 AM

    Semalam, pemanggang ajaib ni masuk iklan kat tv… aku terus teringat ko..hahahaha…

    • November 29, 2012 at 11:22 AM

      haah la kan, aku pun baru tengok😛
      terus teringat kat diri sendiri kahkahkah

      and yes, jenama dlm iklan tula yg aku beli😛

  2. Saa
    November 29, 2012 at 11:28 AM

    Puas hati kan masak sendiri.. Burger McD and burger king pun kalah.. Hahaha…

    Weh, macam menarik je pemanggang tu. serbaguna erk.. Brape harga?

    • November 29, 2012 at 11:32 AM

      puassss.. thanks for the recipe, Sa!

      Yekot serbaguna sebab kat internet nampak macam orang dah try masak macam-macam guna mende alah ni. pizza, pancake pun bole kate deme.

      aku beli kat blog makcik azatiesayang[dot]blogspot[dot]com dengan harga rm132 termasok kos pos.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: